Bab 3

25 0 3
                                    

4 bulan kemudian~

  Ain merenung ke arah bingkai gambar Hanni yang merupakan pelajar contoh. "Kenapa korang selamatkan aku? Aku ni dahlah cacat....." Kata Ain. Disebabkan Ain bisu, tiada siapa dapat mendengarnya kecuali abang Amirul. Ain terdapat banyak persoalan tentang kejadian tersebut. Tiba - tiba, nama dipanggil oleh seseorang yang amat kenali.

"Termenung jauh nampak." Tasha senyum ke arah Ain. 'saya tak tau kalau awak faham bahasa isyarat..' Ain menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan Tasha.  "Alah, saya fahamlah bahasa isyarat...cakap je." Tasha hanya memandang Ain. "Tapi saya bisu..." Ain cuba untuk menggunakan suara tetapi tetap tidak keluar. "Orang biasa je tak dapat dengar. Saya dan Hanni istimewa, kami boleh dengar suara awak." kata Tasha. Ain tidak mempercayai Kata-kata Tasha jadi dia bertanyakan soalan sejarah. Kesemua soalan tersebut dijawab dengan betul. Dengan segera Ain memeluk Tasha dan mempercayainya. "Saya tak sangka ada orang boleh dengar saya selain abang Amirul." air mata mengalir membasahi pipi Ain.

  Tasha memeluk Ain balik dan menghiburkan dia. Selepas beberapa minit, Hanni datang serta membawa air untuk Tasha. Dia juga membeli makanan lebih untuk Ain. "Mesti kau laparkan Ain. Dah berapa hari tak makan." kata Hanni sambil menghulurkan makanan kepada Ain. Ain mengangguk dan mengambil makanan tersebut."Pelik juga. Macam mana korang tahu aku kat sini?" tanya Ain dengan hairan. "RAHSIA~" kata Tasha dan Hanni serentak.Ain tergelak dengan perlakuan pasangan kembar tersebut.

    Ketika mereka terhibur, mereka tidak tahu bahawa seseorang sedang memerhatikan mereka.......

*aku nak minta maaf sebab aku lupa nak cakap (pasal abang Amirul boleh bercakap ngan Ain) Sori tau~

sahabat selamanyaWhere stories live. Discover now