bab 4

31 0 2
                                    

   "AIN!!!!!" jerit Tasha. " jangan jerit boleh tak..." Ain hanya mengeluh dengan perangai Tasha itu. "Kenapa? sekarang waktu rehatkan." Tanya Tasha. "memanglahlah tapi...." sebelum Ain menghabiskan kata-katanya ,Tasha memotong dia. "tapi kenapa?" Ain berasa bengang dengan perangai Tasha. "cuba tengok kita dekat mana" Ain menuding jarinya sekeliling tempat tersebut. "Uh....perpustakaan, kenapa?" Tasha berasa bingung ketika itu. " KENAPA?! sebab..." Ain menarik telinga Tasha. Tasha hanya tahan kesakitannya sahaja. "...dekat perpustakaan ada peraturan tau. Peraturannya  'Tolong Jangan Bising'!!!" Ain menarik telinga Tasha dengan kuat sekali sehingga telinganya merah. "Ow~ huhuhu..sakitlah!"

    Ketika Ain menegur Tasha, kedengaran sesetengah murid sedang berbisik "Akak tu dah gila ke cakap sorang-sorang?" "Entah, akak sorang lagi tu pun sama. Tarik telinga dia tiba-tiba" Ain berasa tidak selesa lalu menarik tangan Tasha keluar dari perpustakaan. Selepas itu, Ain bertanya " takpe ke cakap ngan aku... nanti diaorang tu ingat kau gila." Tanya Ain. Tasha menepuk kepala Ain. Ain tidak berkata apa-apa. " Takpe...diaorang takkan faham apa yang kita lalui.." Tasha menundukkan kepalanya. " dia..orang..tak..kan.." Air mata mula membasahi pipi Tasha. Tasha mengelap air matanya dan mula menukar topik.

    "Hanni! kau beli apa kali ni?" Tasha bergerak ke arah Hanni meninggalkan Ain. Ain berasa terkejut akan reaksi Tasha sebentar tadi, Timbullah banyak soalan di kepala Ain 'apa terjadi?'  'kenapa Tasha menangis?' ' Apa yang diaorang rahsiakan daripada semua orang?'.....Ketika sedang berfikir, Ain tidak sedar Tasha dan Hanni sedang memanggilnya. " Hoi, termenung apa tu?" Tanya Hanni. Hanni adalah orang yang jarang bercakap. Ain terkejut dengan panggilan Hanni. "Uh...apa tadi kau cakap?" Tasha tersengih dengan pertanyaan Ain. "Mesti kau ada banyak soalan nak tanya. Betul tak?" Ain hanya tergamam.

                                                                                                                            BERSAMBUNG~ 

sahabat selamanyaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora