9: Missing

1.2K 115 5
                                    

"Kakak! Kakak!"panggil Chervyle kuat. Dia sudah tersesat. Dia langsung tidak menjumpai batu ungu di atas pokok. Dia hanya boleh memanggil-manggil kakaknya sahaja. Matanya meliar mencari kelibat kakak kembarnya.

"Chervyle? Kan kakak dah pesan supaya jumpa semula dekat batu ungu tu,"Cherryle terus terbang mendekati adiknya. Matanya tertangkap sesuatu di mata adiknya.

"A-adik, kenapa ni?"tanya Cherryle lalu mengelap air mata yang sedang mengalir di pipi Chervyle. Chervyle hanya menggeleng.

Dia tidak sanggup untuk menceritakan tentang pertemuannya dengan salah seorang kaum Decornelion.

"Kakak ada jumpa buah epal, tak?"tanya Chervyle sengaja mahu melarikan topik.

Cherryle terus menunjukkan sebakul buah epal yang berwarna jingga kehitaman.

"Err... betulke ni buah epal?"tanya Chervyle. Buah tu memang pelik.

"Buah ni baik untuk penglihatan kita dan juga otot sayap kita,"ujar Cherryle semangat. What is that? Pelik Chervyle.

Chervyle mengangguk perlahan. Macam mana kakak dia boleh tau pasal buah tu? Apa-apa sajalah?

Cherryle terus terbang untuk pulang ke rumah mereka sambil memimpin tangan adiknya. Sesampainya mereka di rumah...

"Kakak! Papa dalam rumah tu! Macam mana ni?!"jerit Chervyle terkejut. Dia betul-betul terkejut kerana rumah mereka sedang terbakar! Cherryle kaku sebentar tetapi dia terus menggelengkan kepalanya kasar.

"Chervyle, pergi ambil air dan padamkan api tu seboleh mungkin. Kakak akan masuk dan keluarkan papa,"arah Cherryle. Lalu dia menyembunyikan sayapnya dan terus masuk ke dalam rumah yang sedang marak terbakar.

Beberapa minit kemudian, Cherryle keluar semula dengan Reil. Keadaan Reil sangat parah. Darah keluar di mana-mana sahaja. Badan Reil ada kesan-kesan hitam.

Cherryle dan Chervyle rasa sedih dengan keadaan Reil. Serta-merta dengan itu, air mata kedua-dua gadis itu mula mengalir keluar.

"C-Cherryle? C-Chervyle?"Reil membuka matanya perlahan-lahan. Segala rasa sakit ditanggungnya dalam keadaan tidak bermaya.

"Papa! Papa masih hidup! Cherryle akan cari herba untuk papa. Tunggu tau!"Cherryle terus terbang pergi ke dalam hutan dengan seluruh kekuatannya.

"Kakak! Cepat!"jerit Chervyle sebelum kakak kembarnya masuk ke dalam hutan.

Tiba-tiba, Chervyle merasakan yang tangannya dipegang. Chervyle terus berpaling ke arah bapa yang dikasihinya. Air matanya deras mengalir dipipinya.

"Papa jangan risau,"ujar Chervyle dalam tangisan.

"T-Tidak. P-Papa dah... Tak lama..." beritahu Reil dalam nafas yang tersekat-sekat.

"Apa papa cakap ni? Papa akan selamat. Dah papa kena simpan tenaga sampai kakak balik. Lepas je kakak bawa balik herba tu, papa akan selamat,"Chervyle menenangkan bapanya. Reil memegang pipi Chervyle lembut.

"Chervyle, ada orang... Dari kaum... Ancarnelion telah... Tahu... Pasal kita... Sekeluarga... Mereka bakar... Rumah ni... Bawa kakak kamu... Ke rumah... Ibu saudara kamu... Di kerajaan Decornelion..."

Reil menarik nafasnya yang tersekat-sekat.

"Berdekatan... Pohon... Yang berbunga biru... Kehijauan... Kamu berdua... Kena selamatkan diri..."habis sahaja ayat itu, Reil akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir. Habis sahaja ayat itu, perpisahan antara anak dengan bapa terjadi. Habis sahaja ayat itu, rasa kehilangan tercetus dalam hati.

"Kakak! Tolonglah cepat!"Chervyle memanggil- manggil kakak kembarnya dalam tangisan.

Chervyle mula menangis tersedu-sedan. Sungguh! Perasaan kehilangan sangat sakit. Tidak mampu diungkapkan.




























Bersambung .........

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now