"Kau...,"jari telunjuknya Ayrend dituju kepada muka Chervyle yang keliru.
"Aku tahu kau salah seorang dari kaum Ancarnelion. Jelaskan pada aku dan sebab dan kenapa kau ada disini! Aku nak balasan kukuh!"suruh Ayrend kasar.
"Se-sebabnya, papa saya kahwin dengan mama saya daripada kaum Ancarnelion. Kemudian lahirlah saya dan kakak kembar saya. Kami berbeza. Betul, saya kaum Ancarnelion. Tapi, kakak saya kaum Decornelion. Papa kami dah meninggal kerana ada kaum Ancarnelion telah bakar rumah kami. Kami kena selamatkan diri. Sebab tu papa kami suruh kami ke sini...,"beritahu Chervyle jujur.
Ayrend melihat Chervyle yang masih ketakutan. Badannya menggeletar teruk.
"Kenapa pula kau ni?!"tanya Ayrend pelik. Gadis itu menggeletar kuat sangat.
"T-tolonglah jangan bagitau ibu awak yang saya ni kaum Ancarnelion."pinta Chervyle.
"Apa kau ni?! Aku memang nak bagitau tadi. Sekarang kau minta jangan bagitau?! Argh! Masalah betul kau! Aku tak suka ada kaum Ancarnelion yang serumah dengan aku!"marah Ayrend. Tangannya terus menumbuk dinding bilik itu.
Chervyle terkejut. Merekah dinding itu. Kuat sangat. Apa yang patut dia buat? Lelaki itu nampaknya tidak senang dengan kehadirannya.
"Aku benci kau! Aku benci kaum Ancarnelion! Aku mesti bagitau ibu aku pasal kau!"Ayrend terus memegang tombol pintu untuk keluar. Dia perlu bagitau ibunya. Dia sangat bencikan kaum Ancarnelion.
Chervyle gelisah. Kalau mak cik Dyena tahu, kakaknya juga akan terkena tempiasnya. Tidak mungkin dia mahu kakaknya dibunuh oleh ibu saudara mereka juga.
Dia tidak boleh biarkan kakaknya dalam masalah disebabkan dia. Dia sangat sayangkan ahli keluarganya. Kehilangan bapanya mengajarnya untuk lebih menghargai ahli keluarganya yang lain.
Tangannya terus memegang lengan Ayrend kuat. Fikirannya mula ligat berfikir. Apa harus dia lakukan?
"Kau nak apa?!"tanya Ayrend kasar.
"Tolong jangan bagitau,"pujuk Chervyle. Matanya sudah bergenang.
Dia takut kalau ibu saudaranya tahu dan kemudian dia dan kakaknya akan dibunuh. Dia tidak boleh. Dia masih ada kakak untuk dijaga.
"Kau nak apa lagi?"tanya Ayrend dalam keadaan marah. Sungguh dia berang.
"S-saya...,"
"Nak apa?!"Ayrend mula semakin naik angin.
"S-saya... Saya...,"
"APA?!!"
"Saya akan ikut semua arahan awak! Jadikanlah saya hamba awak asalkan awak tidak bagitau ibu awak!"bagitau Chervyle lancar. Matanya terpejam rapat.
Ayrend tercegang. Dia memandang gadis ditepinya.
Kemudian, tangan gadis itu disambar dari terus memegang lengannya. Badan Chervyle ditolak rapat ke dinding.
Dum!
Chervyle terkejut. Sikit sahaja lagi dia hendak ditumbuk oleh lelaki itu. Mujurlah tumbukan itu terkena dinding.
"Heh! Kau sanggup jadi hamba aku?"tanya Ayrend sinis.
"Ya. Tolonglah jangan bagitau ibu awak. Saya akan lakukan apa sahaja!"kata Chervyle lagi.
Ayrend memandang tepat ke dalam anak mata gadis dihadapannya.
Chervyle mula berdebar. Mata tajam lelaki itu membuatkan dia berasa lemas.
"Apa sahaja?"tanya Ayrend ingin kepastian. Chervyle mengangguk.
"Baiklah!"Ayrend bersetuju.
"Aku nak..."
Bersambung......
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasyChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...