▶ Bab 23 ◀

3.3K 436 23
                                    

Aku duduk bersila sambil memandang Baekhyun yang bersandar pada dinding dengan mata yang terpejam. Terkejut aku dibuatnya bila dia datang tiba-tiba tadi. Tapi apa yang pasti, mukanya tegang. Macam ada sesuatu yang tak baik baru berlaku.

Aku dehem sedikit. Betulkan tekak yang kering. Sambil tu kepala aku menyusun ayat yang sesuai untuk menanya Baekhyun.

"Awak kenapa ni? Hmm? Ada masalah?" Soal aku. Bila tak ada apa-apa respon dari dia, aku janggal seketika. Rasa seperti salah tanya pula. Padahal aku rasa soalan tu paling sopan yang aku fikirkan tadi. Daripada aku tanya macam ni, 'Awak macam baru mati bini je. Kenapa?' Aku nak hidup lama so... aku tak tanya.

"Ermm.. kalau tak nak bagitahu tak apa. Tapi jamahlah dulu air ni. Sejuk nanti tak sedap." Aku pandang secawan kopi biasa yang terhidang di depan mata. Baekhyun tarik nafasnya sebelum memandang aku. Tiba-tiba, tangannya mencuit hidung aku. Tergamam sekejap aku dibuatnya.

"Pandai je pujuk." Katanya. Aku sembunyikan senyum. Tak nak dia nampak yang aku tengah bangga-bangga kucing kat sini.

Baekhyun hirup air kopi tadi. Kemudian dia letak semula atas lantai. Aku rasa macam serba salah pula sebab bagi dia duduk atas lantai macam ni. Tapi rumah aku memang tak beraksesori. Bogel sepenuhnya.

"Awak kenapa?" Aku tanya lagi. Tak puas hati. Dia pandang aku kemudian senyum.

"Takkan senyum je?"

"Habis tu?"

"Ceritalah. Risau tahu tak." Aku terpaksa juga bertukar jadi perempuan yang kononnya paling tak tahu malu bila berdepan dengan Baekhyun. Aku mengesot sikit ke arah dia dan duduk menghadap lelaki itu. Baekhyun sukalah! Makin berbunga agaknya bila nampak aku rela dekat macam ni. Kalau tak, aku nak jauh je. Sebab rasa rendah diri dan malu.

"Tak ada apa-apalah. Stress je." Kata Baekhyun. Masih kekal dengan senyumannya. Aku berdecit kecil.

"Cakaplah. Awak tipu sayakan?"

"Tak, tak tipu. Betul." Katanya lagi. Aku mengeluh.

"Okeylah. Tapi kalau ada masalah, cerita je dengan saya. Saya dengar." Aku senyum. Dia cuit hidung aku sekali lagi. Aku berdecit kasar sebelum menolak tangannya jauh.

"Setakat ni tak ada lagi. Cuma saya rasa tak sabar, bilalah nak hari Isnin." Ujar Baekhyun. Sebut hari Isnin, aku dah seriau satu badan.

"Janganlah ingatkan. Saya nervous tahu tak. Dahlah kena kahwin muda." Aku sengaja panjangkan muncung. Mengulit hujung seluar jeans dengan jari. Baekhyun ketawa kecil. Terasa tangannya naik ke atas kepala aku dan diusap perlahan.

"Saya dah patut kahwin."

"Saya baru je 21 tahun. Awal lagi."

"Tahu tak umur saya berapa?" Soal Baekhyun. Aku terus angkat kepala. Ya tak ya.. aku tak tahu pun umur dia selama ni.

"Tak. Berapa?"

"26."

Tercengang aku. Terhenti pergerakan tangan yang sedang memintal hujung seluar.

"26?"

Baekhyun mengangguk. Aku diam lagi. Kenapa muka dia macam tak 26 tahun?!

"Kenapa diam? Tak percaya?" Aku terus menggeleng.

"Tak. Tak percaya. Sebab saya dengan awak... agak jauh." Kata aku.

"Umur kita jauh tapi hati kita selalu dekat." Nak tersedak air liur aku dibuatnya mendengar ayat tangkap leleh Baekhyun. Dia cuma sengih. Aku tahan ketawa.

"Tapikan, muka awak..." spontan aku sentuh kedua belah pipi dia untik. Aku tahu ni kali pertama aku bertindak macam ni, muka Baekhyun pun terkejut.

"... macam umur 30 tahun." Aku terus lepaskan tangan dan bangun laju. Larikan diri sebelum jadi mangsa dia.

"Dia dah pandai bergurau dah..." suara Baekhyun meleret. Seram sejuk aku dibuatnya walaupun Baekhyun masih dalam posisi yang sama. Aku tarik nafas panjang dan lepas. Sekarang, aku betul-betul rasa gembira. Aku percayakan dia walaupun dulu aku takut nak jatuh cinta. Dan sekarang aku tahu, orang yang selayaknya ialah Baekhyun.

Bersambung...

Next chapter depa nak nikah. Malam ni ramai2 kenduri. Pasang kanopi dengan panggil orang2 ramai. Kita gotong royong. On tak on? Hhahahahaha happy reading ❤.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now