▶ Bab 90 ◀

4.1K 385 35
                                    

Access card?

Macam mana aku nak masuk dalam rumah kalau access card tak ada? Hmm..

Sebenarnya dari tadi aku berdiri depan lif nak naik ke tingkat penthouse Baekhyun. Tapi aku baru teringat, bila aku terpandang seorang perempuan cina pegang access card semasa masuk ke dalam lif tadi. Aku sebenarnya tak ada access card rumah aku sendiri. Aku dah pulang semuanya dekat Baekhyun, dalam laci meja solek kalau tak silap. Kan?

Sekarang bila dah tercegat macam ni, menyesal tak pulang dulu? Ya, menyesal. Aku tak expect akan balik semula dekat dia. Berdebar-debar sungguh dari kondominium tadi sebab nak jumpa Baekhyun. Tapi...

"Hai, Soyoung. Kenapa ni? Dari tadi aku tengok kau tercegat depan lif. Lif rosak?" Soal seorang pengawal keselamatan. Umur macam 60 tahun. Sebab tu bahasa dia agak kasar. Sebab ikut taraf umur orang dah selalu telan masalah hidup.

"Emm.. taklah. Sebenarnya saya nak naik tingkat rumah suami saya, tapi.. access card tak ada. Maksud saya, benda tu suami saya pegang." Kata aku. Tersengih kambing sambil pegang bagasi sederhana besar dengan sebelah.

"Ohhh.. apa nama suami kau?" Agak psiko tanya soalan, tapi aku rasa orang tua bergigi emas ni sempoi. Aku suka.

"Byun Baekhyun." Aku sebut. Terus mata lelaki tua ni membulat besar.

"Oh! Kau isteri dia?! Eh, dia doktor falsafah kan? Pensyarah kalau tak silap aku. Kan?!" Terasa kembang kempis hidung aku dibuatnya bila Baekhyun dikenali sampai macam tu sekali. Aku mengangguk benarkan setiap soalan tu.

"Ya, dialah tu."

"Kau mengandungkan?" Aku mengangguk lambat-lambat.

"Ya.. macam mana pakcik tahu?" Aku tunduk memandang perut. Nampak ke? Aku pakai kemeja labuh kut. Rasanya tak nampak perut aku membulat masa berdiri macam ni.

"Baekhyun bagitahulah. Tak, sebenarnya dia ada pesan, kalau kau datang, dia suruh bagi access card dekat kau. Ni." Aku terus tergamam. Mata aku tak berkalih langsung dari terus memandang access card yang dihulurkan kepada aku itu. Aku... tak percaya.

Maknanya... Baekhyun memang bersedia terima kehadiran aku bila-bila masa? Macam tu?

"Terima kasih."

"Kejap, ada lagi." Aku pandang lelaki ini lagi. Dia tiba-tiba balik ke kaunter guard sebelum datang semula dengan sekotak hadiah berwarna merah hati yang cantik diikat dengan reben bertulis nama...

Aku. Byun Soyoung.

"Nah, suami kau serahkan dekat aku. Dia suruh bagi kau. Jangan tanya aku, apa isi dalam diia sebab aku pun tak tahu." Mati ayat aku nak tanya apa ada dalam tu. Aku sambut huluran lelaki tua ini dan belek sekejap.

"Terima kasih, pakcik."

"Sama-sama. Dah, pergi naik atas. Berehat. Kau kan mengandung, risau aku kalau jadi apa-apa nanti." Aku tersenyum terharu. Aku mengangguk.

"Okey. Terima kasih sebab bagi semua ni." Lelaki itu senyum senget sebelum mengangguk. Aku tarik nafas panjang dan berat sebelum masuk ke dalam lif.

"Hati-hati." Pesannya lagi. Aku senyum tanda terima kasih sebelum tangan melambai ke arahnya. Laju lif naik ke atas. Terus bertakung air mata aku pada tubir mata.

Baekhyun...

Ting!

Lif terbuka betul-betul di tingkat penthouse. Semuanya.. sama macam dulu. Langsung tak ada apa-apa yang berselerak. Memang Baekhyun seorang lelaki yang berkiteria kemas, kacak, dan berpendidikan.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now