▶ Bab 94 ◀

3.9K 340 16
                                    

“Gemuk.” Tubuh aku serta-merta terkaku dengan tangan kedua-duanya sedang memegang sesuatu. Sebelah kanan memegang hanger, sebelah kiri memegang kemeja Baekhyun. Kedua biji mata aku tajam merenung Baekhyun yang seronok tersengih mentertawakan aku atas katil. Kakinya berlunjur, dengan tangan memegang iPad Pro untuk tujuan bekerja. Tetapi aku tak rasa dia buat kerja sebab mulut dia baru je mengutuk aku gemuk!

“Apa abang cakap tadi?” Soal aku. Aku letakkan dua barang di tangan atas katil kemudian berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki yang semakin nak jadi ayah orang, semakin tak sedar diri.

“Abang tak cakap apa-apa pun. Abang cakap, gemuk je.”

“Siapa gemuk?”

“Awak.” Tertarik nafas aku dibuatnya. Aku genggam tangan, ketap bibir nak tepuk-tepuk bahu Baekhyun. Tapi dia tangkap tangan aku dan dudukkan aku di birai katil, dekat dengannya.

“Janganlah cakap macam tu. Hilang semangat saya tahu tak.”

“Awak gemuk bukannya makan banyak-banyak. Awak gemuk sebab mengandung. Tak payahlah nak merajuk sangat.” Kata Baekhyun. Aku menjelingnya.

“57KG. Tak ideal langsung dengan tinggi 160CM macam ni.” Aku tengok diri sendiri. Kembang lain macam. Sakit mata aku. Tapi nak buat macam mana. Selera makan aku semakin hari semakin pelik. Sehari aku boleh makan tiga jenis hidangan yang berat-berat. Lepas tu tidur. Bangun tidur, aku makan lagi sampai penat. Sekarang, bila dah masuk bulan yang kelima aku mengandung, barulah aku perasan perubahan berat badan aku.

“Awak rasa tak normal sebab dulu awak memang kecil. Bila gemuk sikit, bising.” Kata Baekhyun. Eh, tak puas hatinya!

“Memanglah! Selera saya mengalahkan harimau lapar.” Tiba-tiba rasa nak menangis. Alahai.. mood macam ni paling aku tak suka. Perasaan dan emosi tu bercampur baur macam roda impian. Tak menentu. Kejap gembira, kejap suka, kejap sedih. Penat aku nak melayan mood sendiri dan kesian Baekhyun. Kadang-kadang bukan salah dia pun aku nak marah.

“Harimau nampak comel kalau lapar.” Kata Baekhyun sebelum menarik aku ke dalam pelukannya. Aku ikutkan sahaja rentaknya itu. Letakkan pipi pada dada Baekhyun, tangan memeluk tubuhnya. Aku masih duduk, tapi dalam keadaan ini aku separuh berbaring atas tubuhnya.

“Abang...”

“Hmm...”

“Kalau saya tak boleh kurus macam dulu, abang marah tak?” Soalan jenis apa yang aku tanya, aku pun tak tahu. Terdengar Baekhyun ketawa kecil.
“Tak marah.”

“Kalau saya lebih gemuk dari sekarang, abang marah?”

“Tak marah pun. Abang rasa happy sebab isteri abang gemuk sebab kahwin dengan abang.” Cair telinga aku mendengarnya. Tapi aku belum puas hati lagi nak menyoal lebih! Itu bukan jawapan yang aku nak!

“Kalau saya tak boleh bertahan masa lahirkan anak kita nanti, abang sedih?” Kali ini aku dapat jawapan yang lambat dari Baekhyun. Nafasnya menderu tenang, tapi aku yakin dia sebenarnya tak tenang. Detak jantungnya laju sedikit dari tadi. Aku pusingkan kepala menghadapnya dan mendongak memandang Baekhyun dari bawah.

“Abang reda kalau itu yang Tuhan dah takdirkan untuk kita.” Kata Baekhyun. Tiba-tiba aku rasa sayu. Aku kuatkan pelukan pada tubuh lelaki ini. Belakang kepala aku diusap dengan tangannya.

“Kalau saya mati, apa yang abang akan rasa?”

“Abang rasa, separuh jiwa abang akan mati, sayang.” Aku terus tekup muka pada bahunya. Emosi sedih aku datang. Aku takut dan risau sebenarnya. Minggu lepas, aku buat pemeriksaan bulanan biasa bersama Baekhyun di hospital. Doktor mengesahkan bayi aku sihat dan normal. Cuma doktor menjangkakan, aku tak boleh bersalin normal sebab tulang pinggul aku kecil. Dan yang paling menyedihkan, rahim aku tak kuat menampung kandungan sampai 9 bulan. Kalau aku kuat, mungkin boleh. Kalau aku tak kuat, mungkin lahir awal dengan kaedah pembedahan tadi. Kalau aku paksa juga untuk bertahan sehingga 9 bulan 10 hari, mati akan menjemput kami. Aku takut tu.

“Awak fikirkan pasal apa ni? Hmm?” Tanya Baekhyun dengan perlahan dan berbisik. Ciuman halus merata pada kepala aku. Aku masih diam.

“Pasal doktor eah? Dia cakap yang awak tak boleh tu?”

“Hmm..” aku mengangguk. Baekhyun tarik nafas panjang sedikit. Kemudian dia berdehem.

“Abang dah buat research dah. Kat dunia ni, 2 daripada 10 orang wanita akan mengalami benda yang sama macam awak. Doktor cuma anggarkan, dia belum sahkan pun. Jadi buat apa nak takut? Sebab 2 daripada 10 orang wanita tu berjaya sebab diorang semangat. Diorang tak fikir negatif pun.” Kata Baekhyun. Aku mengangkat kepala dan tubuh dari Baekhyun. Aku duduk tegak. Tarik nafas, lepas. Air mata yang bersisa aku seka perlahan.

“Normal ke bagi perempuan takut-takut macam ni?”

“Normal.”

“Macam mana abang boleh kata normal sedangkan abang lelaki? Abang pernah jadi perempuan eah?” Aku menyoal tanpa ketawa. Baekhyun pun sama. Senyum pun tidak. Wajahnya tenang.

“Kalau dengan cara abang kena jadi perempuan untuk gembirakan awak, abang sanggup. Abang sanggup rasa benda yang sama macam perempuan lain rasa.” Kata Baekhyun. Aku diam. Termenung.

“Dahlah, Soyoung. Benda ni benda kecil je. Jangan fikirkan sangat. Abang tak nak awak sakit. Esok nak jumpa ibu, kan?” Serta-merta topik ketakutan aku tadi bertukar persoalan. Aku merangkak melepasi tubuh Baekhyun dan baring di sebelahnya. Lupa sekejap tentang kerja aku menggosok baju Baekhyun tadi.

“Ibu nak jumpa saya untuk apa? Saya tak naklah.” Baekhyun berdecit kecil.

“Manalah abang tahu. Dia yang call abang, suruh bawa awak datang rumah esok. Kenapa takut? Dia bukannya makan orang.”

“Tapi dia pernah suruh saya tinggalkan abang dulu.”

“Tu dulu, sayang. Takkan sama dengan yang sekarang. Percayalah.” Kata Baekhyun. Aku tak percaya. Tangan aku gatal nak tanggalkan cincin Baekhyun tapi dia keraskan tangannya.

“Entah-entah, ibu masih tak restu kita.” Aku buat spekulasi sendiri. Baekhyun menepuk dahi. Aku buat muka tak tahu.

“Kalau ibu tak restu kita, abang takkan ada dekat sini. Mungkin abang dekat mana-mana, fikirkan pasal kita, jadi orang tak betul. Tapi sekarang, abang dekat sini. Dekat penthouse kita.” Kata Baekhyun. Aku mengeluh. Masih tak sedap hati juga. Entah kenapa, aku rasa bagaikan ada sesuatu yang bakal berlaku esok. Cuma aku tak tahu apa perkara sesuatu itu.

“Esok, abang akan pergi kerja. Petang abang balik, malam tu baru kita pergi rumah ibu. Okey?” Aku tiada pilihan melainkan angguk sahaja. Aku reda dengan apa yang berlaku esok hari.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now