Part 1

1K 30 0
                                    

Krystal menghela nafas yang panjang .

“Krystal , you can do it. Inilah pilihan terakhir yang aku mampu buat . Aku mesti bersungguh sungguh”

1016 sila masuk ke dalam sekarang .

Krystal memperkasakan semangatnya. Krystal berjalan menuju ke bilik audition dan duduk di kerusi yang disediakan.

“Sila memperkenalkan diri”

“Selamat sejatera. Nama saya Krystal Jung , anak pertama daripada dua beradik . Saya mendapat pendidikan di Kyung Hee High School dan mendapat ijazah sarjana muda di Sungkyunkwan University...”

“Apa kemahiran awak ?” Sergah seorang juri lelaki yang agak tua namun masin berambut mangkuk.

“Saya boleh erm ,, berenang , lompat jauh , lumba lari ..”

“Stop . Awak yakin ke dengan kemahiran awak seperti itu boleh menjadi seorana ‘Perseonal Assisstant’ ?”

Juri perempuan mencelah

“Kami buka audition macam ni bukan untuk main main . Saya cukup bosan dengan semua ni. Tak berkelayakan langsung.”

Juri perempuan tersebut bangun lalu menghempaskan  dokumen dokumen profil peserta.

Krystal terkejut . Krystal memang pantang bila ada orang memperlekehkannya seperti itu .

“Maafkan saya cik . Saya ke sini bukan untuk main main . Saya datang ke sini demi mencari kerja yang halal . Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing masing. Tidak bermakna rakyat biasa seperti kami tidak berkelayakan dan tidak berkemahiran. Jika bukan atas usaha kami, mampukah awak duduk di atas kerusi yang empuk macam tu?” Kata Krystal dengan tegas .

Juri perempuan tersebut memandang ke arah juri lelaki tersebut .

“Shit! Kau siapa nak menentang aku? Kau Cuma orang bawahan . Kau tak layak nak cakap macam tu pada aku . Mintak maaf!” Kata perempuan tersebut sambil mencekak pinggang .

Krystal sangat terkejut .

“Saya sudah minta maaf sebelum saya memulakan kata kata nasihat saya pada awak , cik. Memang saya rakyat biasa , tapi saya bersemangat besar . Saya bukan jenis yang manja!” Krystal tersenyum sinis .

Juri perempuan tersebut sangat marah. Dia melangkahkan diri mendekati Krystal lalu mencuba mencekik Krystal namun Krystal menepis tangannya lalu memusingkan tangannya sehingga dia dapat menahan tangannya di belakang badan juri tersebut .

“Lepaskan aku perempuan tak guna! Ish” Juri perempuan tersebut merengus kemarahan .

Tiba tiba, seseorang membuka pintu bilik audition lalu menepuk tangan .Krystal agak tergamam melihat lelaki tersebut . Juri perempuan tadi pun menolak Krystal sehingga jatuh . Krystal hendak marah tapi tak berani. Juri perempuan tersebut berlari mendekati lelaki tersebut .

“Ayahanda, diaaa..”

Lelaki tersebut tidak mengendahkan juri perempuan tadi . Dia meluru ke arah Krystal lalu menghulurkan tangannya kepada Krystal. Walaupun begitu, Krystal segan untuk menerimanya. Lelaki itu mengangguk lalu Krystal pun menerima bantuannya dan berdiri tegak .

“Siapakah nama tuan hamba?” Tanya Raja Kim.

Krystal terus duduk seperti menghadap seorang raja “Nama patik Krystal Jung. Maafkan patik tuan kerana telah bersikap kurang sopan sebentar tadi”

Gadis itu tersenyum sinis sambil membersihkan debu debu di bajunya .

“Tak mengapa. puteri beta memang agak manja . Maafkanlah sikapnya . Erm, Yong Hae (juri lelaki tadi) , tolong uruskan tentang PA baru putera beta , Krystal Jung” Raja Kim tersenyum manis lalu pergi meninggalkan bilik audition .  Juri perempuan tadi pun ikut serta”

“Ha ? Puteri ? Jadi dia adalah anak Raja Kim Jae Jong ?” desis hati Krystal .

Yong Hae pun memanggil Crystal untuk meminta mengisi kembali profil Krystal yang telah dirosakkan oleh Puteri Carissa. Mulai esok, Krystal akan ditugaskan sebagai PA Putera Kevin.

*Keesokannya*

Krystal menutup pintu kereta teksi.Krystal membetulkan kedudukan blazernya . Krystal melangkah masuk ke dalam namun ditahan oleh pengawal di hadapan istana tersebut .

“Maaf cik, cik tak boleh sesuka hati masuk ke istana kami” Kata  pengawal tersebut .

“Encik, saya adalah PA Putera Kevin. Kenapa tak boleh masuk pulak ?” Kata Krystal

“Maaf cik, walau apa pun yang cik katakan, kami tidak boleh membenarkan cik masuk sesuka hati tanpa bukti”

Krystal masih berkeras hendak masuk ke dalam .Tiba tiba, pagar istana terbuka.

“Apa bising bising ni? Kacau je aku nak berehat” Marah Putera Kevin .

“Maafkan kami, Putera Kevin . Gadis ini sangat degil sebab nak masuk istana” Kata pengawal tersebut dengan sopan .

“Cis. Kau ni peminat aku ke? Wahai perempuan yang tak sedar diri, aku ni seorang putera dan kau seorang ……..”

“Seorang PA bagi Putera Kevin”

Putera Kevin dan Crystal mengalihkan pandangannya ke suara tersebut.

“Ayahanda? Apa yang ayahanda cuba biacarakan?” Kata Kevin dengan perasaan yang tidak kurang puas hati.

“Mengapa? Tak salah kan? *datang dekat Krystal* Krystal Jung, awak boleh masuk ke dalam istana sekarang. Pengawal, tutup pintu” Kata Raja Kim .

Krystal dan Raja Kim pun terus berjalan sekeliling istana yang luasnya amat luas. Raja Kim menyuruh Krystal untuk belajar lebih lanjut tentang pekerjaannya dari Yong Hae.

“Ayahanda? Are you serious? Im a man and my PA is a girl ?” Putera Kevin membulatkan matanya.

“kekanda masih lagi belum mengenal dia. Beta tidak akan lagi mencari PA untuk kekanda selepas ini. Sudah cukup banyak PA yang ditukar ganti. Dan jangan menyusahkan ayahanda lagi. Sedarlah yang kekanda sudah mulai dewasa” Raja Kim terus berjalan menaiki kereta menuju ke pejabatnya.

Putera Kevin pun pergi ke lokasi shooting dan ditemani oleh Krystal.  Kawan sekerja Putera Kevin seperti artis artis terkenal dan krew sibuk menanyakan peranan Krystal yang sentiasa menemani dan melindungi Putera Kevin .

“Siapa tu ? Awek kau ekh” Tanya Peter Parker.

“Tak de lah. PA aku bro. Kau percaya tak ?” Kata Putera Kevin sambil menunjukkan mimik muka yang langsung tidak berpuas hati

“lol. Pelik pulak aku dengan keluarga diraja. Macam macam karenahnya”

“Kau fikir aku suka dengan dia? Tak tersenarai langsung lah dalam list aku. Dah lah kolot, erk” Kata Putera Kevin lalu menjeling Krystal.

Krystal yang sudah dapat mengagak sebab tindakan Putera Kevin menghela nafas panjang untuk menenangkan dirinya.

to be continued ..... 

Guard GirlWhere stories live. Discover now