Part 8

469 40 0
                                    

Putera Kevin bangun dari tidurnya. Dia melangkah pergi ke bilik Krystal dengan menggalas beg . Tiba tiba , dia bertembung dengan Putera Keith.

“Kau nak ke mana kevin?” Soal Putera Keith .

“Kau tau tak, Krystal tak jemput aku macam selalu pun. Dah pukol 8 pagi kau tau? Dah lah hari ni aku kena pergi shooting kat luar bandar. So aku nak cakap kat dia yang dia tak perlu..”

“Dia memang tak perlu teman kau lagi kan” Putera Keith memotong ayat Putera Kevin.

“Ye lah, aku bagi dia cuti” Kata Puteri sambil mengangkat keningnya. Dia ingin dianggap sebagai PA yang baik di mata Putera Keith.

“Apa kau ni, kau dah lupa ke? Kan dia dah berhenti jadi PA kau” Kata Putera Keith yang telah pun agak serak suaranya kerana menangis semalam.

“Haa? Maksud kau?” Putera Kevin sangat terkejut dengan kenyataan Putera Keith.

“Dia kan nak pindah Amerika hari ni. Kenapa kau macam tak tau ? Bukan ke aku dah cakap”

“Bila kau cakap? Manada” Putera Kevin mula menggeletar.

“Ada, pagi semalam.”

“Ouh ya, dia cakap masa aku tengah mandi. Patutlah aku tak dengar” Desis hati Putera Kevin.

Putera Kevin menghubungi seseorang dan mukanya agak serius.Selepas selesai menjawab panggilan,Putera Kevin melangkah ke pintu istana namun dihalang oleh Putera Keith.

“Kalau setakat call pengarah tak datang shooting sebab nak pergi cari Krystal baik tak payahlah. Kau dah terlambat” Kata Putera Keith.

Putera Kevin segera ke luar istana dan mencari pemandu keretanya.

“Mana pemandu kevin, ayahanda?”

Raja Kim menggelengkan kepala tanpa memandang ke arah Putera Kevin. Putera Kevin menyepak anak tangga lalu berlari ke pintu pagar istana.

Putera Kevin melihat Pemaisuri Kim hendak memasuki kereta sementara Puteri Carissa sudah pun berada di dalam kereta tersebut.

“Kenapa anakanda kelam kabut ni?” Soal Pemaisuri Kim yang hendak keluar rumah bersama Puteri Carissa.

“Bonda, tolonglah bonnda. Kevin nak pinjam kereta bonda untuk kejar Krystal”

Belum sempat Pemaisuri Kim memberi jawapan, Putera Kevin terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke lapangan terbang. Pemaisuri Kim berasa marah kerana anaknya terus memandu kereta ibunya tanpa persetujuan dan memecut selaju lajunya. Tiba tiba, Putera Keith meng honkan keretanya dan mengajak bondanya masuk . Pemaisuri Kim pun segera masuk ke perut kereta dan Putera Keith memecut mengejar kereta Putera Kevin di hadapan.

“Abang, kenapa laju sangat ni? Adik peninglah” Kata Puteri Carissa sambil memegang erat tali pinggang keledarnya.

“Kau diamlah. Aku ada hal” Kata Putera Kevin lalu memecut sehingga mencapai 80 km/j.

Sementara dalam kereta Putera Keith ,

“Anakanda, jangan bawak laju sangat. Ibu mual mual ni”

“Tenang bonda, kita makin hampir.” Muka Keith mula serius seperti sedang menghadapi perlawan f1

Pemaisuri Kim memicit micit kepalanya sambil menghubungi Raja Kim .

“Helo? Haihh. Tolong lah ke lapangan terbang sekarang. Putera Kevin dah melanggar dua lampu merah. Pening aku dibuatnya!”

“Apaa? Pengawal, cepat pergi ke lapangan terbang. Putera Kevin buat hal” Kata Raja Kim diikuti pengawalnya yang lain memecut kereta ke lapangan terbang.

Akhirnya, dua kereta milik Raja Kim berjaya berada di kiri dan kanan kereta Pemaisuri Kim yang dipandu oleh Putera Kevin. Putera Kevin perasan lalu memotong barisan demi barisan supaya dapat meloloskan diri dari bebelan, denda dan sebagainya lagi yang dia pernah lalui sebelum ini.

Putera Kevin telah pun sampai di lapangan terbang. Dia terus keluar kereta tanpa menutup pintu kereta mencari Krystal. Seketika kemudian, Putera Keith dan kereta kereta Raja Kim sampai di lapangan terbang dan menjadi tumpuan awam. Putera Keith memberhentikan keretanya di belakang kereta yang dipandu oleh Putera Kevin. Kelihatan Puteri Carissa sedang muntah muntah di tepi longkang diikuti Pemaisuri Kim yang baru saja keluar kereta. Raja Kim dan Putera Keith didampingi pengawal segera mencari Putera Kevin untuk mengelakkan Putera Kevin melakukan hal yang bukan bukan.

“Mana Krystal, mana kau!” Jerit hati Putera Kevin setelah puas mencari Krystal. Putera Kevin rebah kerana penat.

Akhirnya, Putera Keith dan yang lain melihat Putera Kevin dan cuba mendekatinya namun dihalang oleh Raja Kim. Putera Kevin menghentak tangannya ke lantai dengan geram.

“Putera Kevin?”

Ya. Itu satu suara yang sangat dirinduinya. Satu suara yang sangat dinantikan setelah puas mengelilingi lapangan tersebut.Putera Kevin berdiri dan menatap matanya.

“Kau! Kenapa kau tak bagitau aku yang kau nak ke Amerika hah?” Kata Putera Kevin dengan marah.

Krystal sangat terkejut kerana suara Putera Kevin telah mencuri tumpuan ramai. Krystal tidak berdaya hendak meninggikan suaranya. Dia terlalu penat.

“Macam lah kau peduli” Krystal.

Putera Kevin memegang bahu Krystal . “Apa kau cakap? Aku penat cari kau. Aku penat tunggu kau. Sampai hati kau buat aku macam ni. Kau tak sayang aku ke?”

“Kevin, aku nak cepat ni. Cakaplah apa yang patut” Krystal memendam dan menanam dalam dalam perasaannya yang semakin mengharapkan kasih Putera Kevin.

“Aku sayangkan kau Krystal. Kau dah ajar aku untuk sayangkan kau, tapi kenapa kau tak boleh ajar aku untuk lupakan kau? Krystal, aku mohon. Jangan tinggalkan aku” Putera Kevin mula rebah dan hampir menitiskan air mata. Dia sedikit pun tidak mempedulikan orang ramai di situ.

Krystal meyuruh Putera Kevin untuk bangun lalu memeluk erat Putera Kevin.

“Aku pun. Tapi kau terlalu kejam sampaikan aku tak mampu untuk membenci kau.”

“Krystal, ..” Putera Kevin terus memeluk erat Krystal dan mengangkatnya lalu berpusing beberapa kali sehingga mencetuskan gelak tawa orang ramai yang senang melihat keintiman mereka berdua. Raja dan Pemaisuri Kim tersenyum melihat mereka berdua. Putera Keith akhirnya berpuas hati apabila usahanya selama ini berjaya iaitu Putera Kevin sudah pun mengaku yang dia sayangkan Krystal .

“Krystal , kita ada 15 minit je lagi” Kata Putera Kevin sambil melihat jam tangannya.

“Haa?” Krystal kehairanan.

“Yaa, tadi aku sempat tempah tiket untuk ke Amerika sekali tapi kena bayar tiga kali ganda. Tak pe lah,demi kau. Lets go.” Kata Putera Kevin lalu menarik tangan Krystal berlari ke tempat pengesahan tiket.

Raja dan Pemaisuri Kim , Putera Keith serta Puteri Carissa sangat terkejut dengan tindakan mereka.

“Kevin!” Raja Kim melaungkan nama puteranya dengan kuat sebagai tanda menyuruhnya berpatah balik. Putera Kevin dan Krystal sudah pun menaiki tingkat atas iaitu laluan untuk menaiki kapal terbang.

“Daddy, I will married her! Bye!” Kata Putera Kevin lalu berlari menaiki tangga kapal terbang . Kata katanya telah meriuhkan lapangan terbang. Auww~ so sweet~

====== THE END=======

Guard GirlWhere stories live. Discover now