Part 5

353 23 0
                                    

Sejak kejadian itu, hubungan antara Puteri Carissa, Putera Kevin dan Putera Keith serta Raja Kim semakin renggang. Puteri Carissa sering keluar rumah dan pulang lewat malam. Raja Kim yang sudah pun cuba memujuknya tidak berjaya.

*Seminggu kemudian*

Kaki Krystal pun sembuh. Krystal sudah boleh berjalan seperti biasa dan menjalankan kerjanya sebagai PA Putera Kevin. Krystal agak risau dengan sikap Puteri Carissa yang sering keluar rumah dan pulang lewat malam.

Malam itu, Puteri Carissa pergi ke luar rumah. Kebetulan, Krystal berada di tepi tiang istana kerana baru saja mengambil sapu tangannya yang terjatuh petang tadi . Krystal bertekad untuk mengikut jejak Puteri Carissa pada malam itu.Puteri Carissa berjalan dan menaiki keretanya yang sengaja parking di luar istana. Krystal berbisik dengan seorang pengawal istana di luar rumah tersebut. Pengawal itu pun mengangguk dan berbaik hati meminjamkan Krystal motornya.Dengan segera, Krystal mengejar Puteri Carissa yang tidak sedar dia diikuti oleh Krystal.

Akhirnya, mereka sampai di sebuah lorong yang gelap.Krystal kehairanan apabila melihat Puteri Carissa parking di lorong tersebut. Puteri Carissa keluar dari keretanya.Krystal menyorok di belakang tong sampah. Puteri Carissa pun berjalan mendekati seorang lelaki.Mereka berdua berbual dengan rancak.

Seketika kemudian, lelaki itu menyentuh bahu Puteri Carissa seakan akan ingin memeluknya. Puteri Carissa mula menjauhkan diri dari lelaki itu namun lelaki itu terus menariknya. Krystal berasa dia tidak perlu berdiam diri lagi. Krystal pun terus keluar dari tempat persembunyiannya mendekati mereka berdua. Puteri Carissa terus berlari ke belakang Krystal.

“Kau kata tak nak bawak kawan ? Apa ni ?”

“Krys, tolong aku. Tolong!” Kata Puteri Carissa dengan perlahan .

“Aku yang datang sini sendiri . Dia tak tau pun” Kata Krystal dengan tenang.

“Hahaha. Alang alang kau pun cantik jugak, boleh lah aku merasa” Kata lelaki itu lalu berlari mendekati mereka berdua.

Dengan segera, Krystal mempraktikkan taekwando yang dipelajarinya semasa kecil. Krystal mengelak lalu menendang perut lelaki tersebut sehingga dia menghempap tayar kereta di situ.Krystal terus menarik tangan Puteri Carissa lari meninggalkan tempat itu dengan motornya.Krystal pun membawa Puteri Carissa ke rumah sewa Krystal .Puteri Krystal memandang sekeliling kawasan rumah Krystal.

“Kita buat apa kat sini?” Tanya Puteri Carissa kehairanan.

“Jom lah masuk. Baju kau kotor tu” Kata Krystal sambil membuka mangga rumahnya.

Puteri Carissa terus masuk ke rumah sewa Krystal kerana ketakutan pada malam itu. Krystal meletakkan topi keledar di atas meja belakang pintu lalu masuk ke biliknya. Puteri Carissa masih memandang sekeliling dalam rumah sewa Krystal pula.

“Nah, kau ambik. Bilik mandi sebelah sana.Pergi lah tukar baju. Nak mandi pun boleh” Kata Krystal sambil membaling bajunya tepat ke arah Puteri Carissa.

Krystal pun menukar baju lalu merebus maggi malam itu.Puteri Carissa keluar dari bilik mandi. Puteri Carissa menggosok gosok rambutnya yang kebasahan.

“Duduklah, kau mesti lapar” Kata Krystal lalu menimba maggi dengan chopstick.

Puteri Carissa duduk. Dia memandang maggi tersebut lalu menelan air liurnya.

“Kenapa tak makan? Tak selesa? Kalau tak nak aku makan” Kata Krystal sambi mengambil mangkuk di hadapan Puteri Carissa namun Puteri Carissa menarik kembali mangkuk itu.

“Krystal.Aku nak minta maaf pada kau. Aku tau kesilapan aku sangat besar pada kau.” Kata Puteri Carissa dengan rasa malu yang teramat.

“Aku tak kesah pun. Biasalah. Dah lah, kau makanlah maggi tu, sedap tau aku buat” Kata Krystal lalu ketawa kecil.

Puteri Carissa sangat menikmati maggi yang direbus oleh Krystal. Dia berasa sangat bersyukur kerana Krystal sudah pun menyelamatkannya daripada lelaki yang dikenali di tepi jalan tadi.

“Haha, kan best kalau abang Kevin pun makan kat sini”Kata Puteri Carissa sehingga Krystal tersedak.

Puteri Carissa kehairanan melihat Krystal yang tersedak. Dia seperti sudah dapat mengagak suatu perkara.

“Kau suka abang Kevin ke?” Tanya Puteri Carissa dengan harapan Krystal akan menjawabnya dengan jujur.

“Entahlah. Tapi aku lebih selesa bila dengan Putera Keith” Kata Krystal dengan jujur.

“Aku rasa mesti best kalau kau jadi kakak ipar aku. Kau protective” Kata Puteri Carissa yang sudah pun mula senang dengan kehadiran Krystal dalam hidupnya.

“Kau ni boleh tak kalau jangan fikir di luar kotak? Lebih baik kau fikir apa kau nak jawab dengan Raja Kim nanti. Haha” Kata Krystal .

Puteri Carissa hanya ketawa kecil .

Mereka berdua pun pulang ke rumah pada keesokan harinya. Krystal dan Puteri Carissa tiba di istana pada jam 8 pagi. Puteri Carissa pun membuka pintu istana. Tanpa disangka, Raja Kim , Putera Kevin, Putera Keith dan Pemaisuri Kim semua sedang duduk di ruang tamu.

“Puteri Carissa ?  Kamu  ke mana malam tadi ?” Marah Raja Kim .

Putera Kevin mendekati Krystal.  “Kau pergi mana hah? PA jenis apa kau ni” bisik Putera Kevin .

Putera Keith memandang tajam ke arah Putera Kevin . Putera Kevin memberikan senyuman kambing kepada Putera Keith.

“Ayahanda,,,,,,,,, semalam ..”

“Semalam Puteri Carissa meminta patik untuk mengajarkannya memasak. Kami pun pergi ke rumah sewa patik. Sekarang Puteri Carissa dah pandai memasak, kan Puteri ?” Kata Krystal kerana tidak ingin kejadian semalam diberitahu oleh Raja Kim.

“Belajar memasak? Dengan Krystal?” Semuanya mengerutkan dahi. Sejak bila Puteri Carissa dengan Krystal rapat? Kenapa Puteri Carissa ingin belajar memasak ? Mengapa Puteri Carissa meminta tolong daripada Krystal ?

Krystal dan Puteri Carissa ketawa kecil melihat muka mereka yang sedang memikirkan apa yang dikatakan oleh Krystal.

To be continued ...

Guard GirlWhere stories live. Discover now