Bab 3

23.5K 710 10
                                    

Iman melangkah ke arah ruang tamu. Dilihatnya Affan turut ada di bawah bersama keluarganya. Dari pagi sampai ke malam. Affan dingin saja dengan dia. Nak bertanya tapi Affan seperti melarikan diri darinya.

"Angah..buat apa kat atas?" Soal ikram apabila melihat Iman sudah duduk bersimpuh di ruang tamu itu bersama isteri dan anak-anak mereka. Isteri Ilham dan anak Ilham turut sama di situ.

"Mandi..solat.." Iman menjeling Affan. Affan hanya memandangnya kosong. Kemudian,perhatiannya terus dialihkan kepada si kecil dihadapannya. Digomol-gomol 2 orang anak saudaranya itu.

"Esok..mummy dengan babah nak keluar tau.. korang pandai-pandai cari makan ye? Mak Nab mummy dah kasi cuti sehari dua."

"Wah..mummy dengan babah nak pergi mane?" Ilham mula menyampuk.

"Dating lah kau sebok nape?" Ikram menolak kepala Ilham.

"Dating?" Ilham tayang muka terkejut. Konon!

"Apa ingat orang muda aje ke bole dating? Kami pun bole lah..kan mummy? Esok nak stay Hotel mane?" Kata-kata Dato' Arman mengundang tawa seisi keluarga dan wajah isterinya yang sudah kemerahan menahan malu.

"Abang ni kan..." perlahan tangan itu mencubit pinggang babah. Babah hanya ketawa. Alah cubit-cubit manja apa yang sakitnya? Cehh..

"Kalah pengantin baru ni babah.." Ilham mula ingin menyakat.

"Hesy sebok La dia ni.." Iman jeling Ilham.

"Ngah..tak nak g honeymoon ke?"
Iman pandang Affan. Affan menoleh ke arah lain. Tidak mahu beri kerjasama.

"Err..nantilah..office pon busy sekarang.."

"Haa..cakap pasal office..Angah nak still handle ke syarikat tu? Ke angah nak quit?" Soalan babahnya membuatkan dia terdiam. Affan sekali lagi dia pandng. Tiada reaksi. Eee apa masalah mamat ni? Tolong la sikit bini kau ni woiiii.. Iman mendengus. Tak pe..ada pokok ada kertas..lain hari aku balas..

"Angah terpaksa handle juga babah..kalau tak siapa nak ganti?" Iman melirik pada Ilham. Ilham mula buat tak tahu. Tahu sangat yang Ilham memang tak nak jawatan dia tu.

"Affan okay ke Iman masih bekerja? Ke nak Iman berhenti jadi suri rumah?" Soalan babah yang dituju pada Affan membuatkan dia tersentak.

"Err..kalau tak de pengganti lagi..terpakse lah Iman teruskan..tak pe la buat masa ni saya izinkan Iman bekerja." Jawab Affan tenang tutup rasa gugup. Wajah Iman dipandang sekilas.

Kalau boleh dia nak Iman duduk rumah aje. Senang. Balik kerja dah nampak muka isteri. Hilang rasa penat.

"Erm..kalau macam tu kata Affan." Dia tahu menantunya juga ingin isteri duduk dirumah sahaja. Apalah sangat nak ditanggung anak gadisnya sorang itu? Affan lebih dari mampu. Gelaran CEO ASAA HOLDING yang disandang oleh menantunya itu mampu menyediakan segala keperluan dan kelengkapan puteri tunggalnya itu.

"Ilham.."

"Yes babah.."

"Bila nak ambil alih jawatan angah? Angah dah jadi isteri orang. Dia juga perlu masa untuk suami dia.."

"Err..babah kan Ilham dah cakap Ilham tak suka lah kerja dengan family sendiri. Ilham nak kerja daripada bawah. Tak nak lah masuk-masuk je trus jadi CEO." Tolaknya seperti selalu.

"Ilham..dekat company kita sendiri pun Ilham boleh mula dari bawah apa masalahnya?"

"Tapi babah.."

"Siapa lagi yang nak tolong babah Ham? Along? Dia dengan bidang medic dia tu? Tak pasal syarikat kita jadi hospital dia buat.." Sindir babah.

Along tersengih. Babah jangan ungkit. Dia tahu..babahnya itu masih tidak berpuas hati apabila dia mengambil bidang medic ketika babah menghantarnya ke luar negara dahulu. Bukan apa..dia tidak berminat dengan business. Dia lebih suka kerja merawat. Tolong orang sakit. Dan sebab itu jugalah dia bertemu dengn isteri kesayangannya itu. Salah satu pesakit yang dia rawat.

IMANAFFAN💞 [COMPLETED]Where stories live. Discover now