Satu 🎈

527 17 6
                                    

"Jalja MinMin-aa"
"omooo she called me Minmin ☺️"
"nae, Jalja BongBong 😘"

Kyahhhhh. Comel gila Hyunsik. Ok for those yang tak tahu, aku tengah tengok cerita Strong Woman Do Bong Soon.. untuk kali ke 2. Hehe serius guys . Aku tak boleh move on dengan An MinHyuk 😍

"Ari, Adam! Turun makan. Mama dah siap masak ni. Lambat makanan habis!"

Dan dengan itu, serentak aku dan Adam membuka pintu. Dan seperti biasa, siapa sampai bawah dulu dia menang. Mulalah dua-dua lari macam orang gila turun tangga .

dan...

Hiakkkk!! Aku melompat tiga anak tangga untuk sampai kebawah dahulu. Adam terpana melihat lompatan aku . Well.. Kau kene bangga ada adik yang tak macam adik orang lain.

"Ya Allah budak bertuah ni! Kalau jatuh patah kaki tadi siapa yang susah?! Pergi hospital jalan kaki, mama tak nak hanta. Kecuaian sendiri kan" Tudia mama punya bebelan

"Laa mama ni, tak jatuh pun kan"

Yaa mama memang selalu berfikir ke depan. Mama bukan tak sayang aku, tapi dia tunjuk kasih sayang dia dengan cara yang lebih professional. Iaitu.. membebel .

"Memang la tak jadi lagi sekarang. Mana tau esok ke lusa ke tulat ke minggu depan ke tahun depan ke? kita ta....."

"Haihh sudah- sudah lah tu sayang. Budak tu elok je. Tak baik bising-bising depan rezeki ni" satu suara garau mencelah percakapan mama

Yaaa , papa. Penyelamat dikala aku dileteri mama. Mama mengeluh.

"Haihh yelah jom makan"

See? Hanya papa yang boleh buat mama berhenti membebel. Aku mengenyitkan mata pada papa.

Tingg

Kenyitan dibalas dan papa menunjukkan tiga jari yang bermaksud 'no problem' 👌🏻

Meja makan bising dengan bunyi lagaan sudu dan garfu. Haihh macam hambar je pagi ni. Meh aku mulakan perbualan

"Mama, nanti Ari dengan Dian nak pergi library. Nak discuss kerja kursus"

"ha pergi lah. Pergi naik apa?" tanya mama

Aku pandang Adam lalu mengelipkan mata banyak-banyak kali

Adam sedar je aku buat macam tu terus dia pandang tempat lain dan pura-pura pekak.Tak guna betul

"Ha Adam.. harini kerja ke? Kalau tak, tolong hantarkan adik kamu tu pergi library" putus mama

"Ala mama, memang la harini Adam tak kerja tapi Adam nak pergii.. erm.. pergi.." Adam macam malu-malu pulak

"dating eh?!" potongku

Aik? Terus merah muka? Nak cendol eh? ok tak. Wahh aku tak sangka abang aku ni dah besar . HAHAHAHAHAHA. Tapi aku dapat rasa yang mesti dia betul-betul sayang awek dia tu. Sebab aku tak pernah dengar Adam cakap yang dia ada suka siapa-siapa. Tahniah la wahai bakal kakak iparku.

"Lahh, apa yang susahnya? Kamu hantar je lah diorang dulu.. pastu nak pergi dating pergila" Sambung papa

"Tapi Adam janji dengan dia pukul 9. Library kan bukak pukul 11?" Tambah Adam. Haihh ada je alasan diaa

Awak Crush SayaWhere stories live. Discover now