1|Permulaan

4.7K 381 18
                                    

Disember 24, 2021, 10:00 am

5 tahun telah berlalu. Dan dalam jangka waktu itu juga, tiada lagi kes-kes mengenai wabak misteri dilaporkan. Atau mungkin ada, namun disembunyikan.

Sebulan selepas kami diselamatkan, kerajaan Malaysia bertindak menghantar aku dan Esme kembali ke tanah air kami. Sejak itu, tiada lagi berita mengenai apa yang berlaku di negara itu.

Aku menjalani hidupku seperti sebelum ini, seperti sebelum berlakunya mimpi ngeri itu. Ke sekolah, belajar, balik rumah, hangout bersama family dan rakan-rakan, makan dan tidur.

Aku agak berbangga buat diriku, well despite everything happened, aku masih mampu mencapai kejayaan sehingga ke menara gading. Kini, aku seorang doktor pelatih. Yes, I'm going to be a doctor!

Dan sekarang...

Aku melangkah melepasi pintu pesawat MH101. Aku kembali ke Malaysia.

Don't get me wrong. Aku bukan kembali untuk semata-mata melawat ataupun mengimbau masa lalu. Aku kembali atas sebab ingin membantu Esme, Puan Kay dan ibuku.

Mereka ke Malaysia atas tujuan melancong. Kata mereka ingin membantu Esme mengubati dirinya yang disahkan menghidapi depression 4 tahun yang lalu. Aku sendiri terkejut dengan berita itu namun aku faham. Tragedi Daerah Kudat memberi impak yang besar pada diri kami, lagi-lagi Esme yang ketika itu baru berumur 12 tahun.

Rakan Puan Kay memberitahu bahawa seorang pesakit depresi akibat trauma itu harus terus mengingati apa yang telah berlaku, agar dia mampu melepaskan traumanya itu. Ikut pemahaman aku, move on lah.

So that's why they're here, in Malaysia. Untuk menemani Esme mengharungi traumanya kembali dan sedia menerima apa yang telah berlaku. And now, they have problem with their visa. Aku pun tak tahu haram tentang visa segala bagai ni. Yang aku tahu, aku diarahkan datang ke Malaysia untuk menjamin bahawa ketiga-tiga mereka ni adalah benar bukan warganegara Malaysia. Not PTI okay, tourists.

Namun semua masalah visa tu dah selesai kelmarin dan kami akan pulang. Jikalau sempat...

***

"Abang Peter!"

Aku berpaling saat aku mendengar namaku dipanggil oleh satu suara yang aku kenali.

Esme berlari ke arahku, dibelakangnya Puan Kay tersenyum sambil menarik sebuah bagasi bersamanya.

Aku bangkit daripada tempat dudukku, Esme terus memelukku dan aku membalasnya.

"Hello Mrs Kay," sapaku.

"Hello Peter. Where's your mom?" Dia membalas seraya bertanyakan keberadaan ibuku. Esme meleraikan pelukannya kemudian mengambil tempat duduk di sebelah tempat dudukku. Puan Kay pula mengambil tempat duduk di hadapan kami.

"She went to buy some coffee. Want something? I can text her." Aku mengeluarkan telefon iPhone X milikku dan sedia menghantar pesan ringkas kepada ibuku.

"Thank you Peter. Give me Cappuccino. Emilia, you?"

"Latte, please."

Aku mengangguk seterusnya menghantar pesanan minuman mereka kepada ibuku via aplikasi Whatsapp. Tanda biru, menandakan beliau telah menerima mesejku. Tidak lama kemudian, ibu tiba bersama dua sekotak pembawa minuman bercawan yang berlambangkan Starbucks. Secawan Mocha untukku, 2 cawan Latte untuk ibu dan Esme dan secawan Cappuccino untuk Puan Kay.

Ketika ibu dan Puan Kay sibuk berbual dan Esme sibuk bermain Mobile Legend di telefon pintarnya, aku membuang pandangan ke luar tingkap bilik VIP ini.

Suasana sibuk di ruang pendaftaran terminal Kota Kinabalu International Airport membosankanku. Ada sejam lagi sebelum panggilan penerbangan ke London berkumandang.

Aku mengeluh perlahan. Pandanganku beralih memandang langit cerah, sangat cerah. Aku mengantuk seketika. Mata aku pejam.

Satu jeritan nyaring menarikku daripada terus tenggelam ke dalam lena. Seorang wanita mengarahkan semua orang mengosongkan kawasan ruang menunggu. Aku hairan, dan satu perasaan tidak baik mengganggu hatiku.

Aku memandang ke arah lapangan terbang. Tiada apa yang mencurigakan sehingga aku ternampak satu objek yang sedang menuju ke arah terminal. Semakin lama semakin jelas, sebuah pesawat airbus bercat putih merah. Tiada tanda-tanda pesawat itu hendak membelok malah terus menuju ke arah terminal.

Orang ramai semakin menyedari kehadiran pesawat itu dan mula mengosongkan kawasan ruang menunggu. Jerit pekik menyelubungi terminal menenggelamkan jeritan ibu dan Puan Kay sendiri.

"Get down everyone!" Aku menjerit sambil memeluk tubuh Esme dan meniarap hanya beberapa saat sebelum pesawat airbus itu menembusi masuk ke dalam terminal.

Jeritan orang ramai dan impak pelanggaran menggegarkan seluruh bangunan terminal. Asap dan debu berterbangan mengaburi pandanganku. Aku melihat suasana sekeliling sebelum bangkit. Esme menggenggam tanganku erat dan aku turut berbuat demikian. Ibuku dan Puan Kay juga selamat.

Aku menghampiri koridor dan melihat ke bawah di mana separuh daripada badan gergasi pesawat airbus itu termasuk ke dalam bahagian kawasan ruang menunggu  bangunan terminal manakala separuh lagi berada di luar bangunan. Serpihan-serpihan batu dan kaca bertaburan di lantai terminal bersama beberapa darah mangsa yang tidak berjaya menyelamatkan diri.

Kawasan itu menjadi senyap seketika, masing-masing bingung memikirkan apa yang telah berlaku sama juga sepertiku. Beberapa staf pekerja KKIA memberanikan diri menghampiri pesawat itu, cuba memeriksa seandainya ada yang terselamat.

Bunyi pintu kecemasan pesawat dibuka mengejutkan mereka, mengundang beberapa jeritan kecil daripada orang awam. Aku juga turut tersentak.

Keadaan dalam pesawat itu gelap dan hanya kelihatan kelibat seorang pramugara yang berdiri di pintu kecemasan itu tanpa bergerak sedikitpun. Salah seorang daripada staf pekerja itu menghampiri pintu kecemasan itu. Satu perasaan menyuruhku menghalang mereka dan menjauhi pesawat itu kerana aku dapat merasakan bahaya di dalam kapal terbang itu.

"Encik okey ke ni?"

Ternyata naluriku benar apabila pramugara itu melompat turun daripada pintu kecemasan dan menerkam staf yang menyoalnya sebentar tadi dan menggigitnya di leher.

Infected! Dia dijangkiti. Infected. Infected. Infected.

"Tidak mungkin. Mereka telahpun dihapuskan bersama daerah Kudat." Gumamku, tidak percaya apa yang berlaku.

Staf itu rebah ke lantai dan pramugara itu menyerang orang lain. Panik dan huru-hara kembali menguasai suasana di terminal itu.

"Run! Run!"

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now