Kopi(Fail)

3K 183 80
                                    

Ali dan Rudy duduk di dalam bilik saja kerana tiada latihan dan misi di akademi hari ni.Mereka berdua sibuk melayan phone masing-masing.Sedang Ali sibuk bermain permainan Detektif Jebat,tiba-tiba Rudy memanggilnya...

"Ali,kau tolong buatkan aku kopi!!"seru Rudy mengarah Ali.

Ali hanya menjawab dengan malas.

"Alaa..Malaslaaah!Kau buatlah sendiri!Kau ada kaki ngan tangan kan!!"jawab Ali.

"Memanglah..Tapi aku tengah sibuk nii!"ujar Rudy.

"Ala,kau tu sibuk apanya,balik-balik facebook,balik-balik facebook!!"ujar Ali yang masih tidak mengalihkan pandangan dari tabletnya.

"Alaa..Buatkanlah..Kau kan baiik.."pinta Rudy dengan nada mendayu-dayu.

"Ah takde takde!Kau pergi buat sendiri!"bentak Ali dan pergi mengecas tabletnya dan terus duduk di katilnya.

Rudy mendapat idea.Dia pun bangun dan menuju ke tempat Ali mengecas tabletnya.

"Wui,wui!Apa kau nak buat tu?!"tanya Ali setelah perasan pergerakan Rudy.

Rudy pun cepat-cepat mengambil tablet Ali.

"Woi!Bagi balik!!"Ali cuma mencapai tabletnya dari Rudy tapi tak boleh.

"Kau tak boleh caoai,sebab kau pendek.."Rudy mengejek Ali.

Ali hanya mendengus.

"Ish!Bak sini baliklaah!!"bentak Ali.

"Tak boleh,kau kena buatkan aku kopi dulu.Baru aku bagi"ujar Rudy.

"Haihh,yela yelaa..Kopi apa kau nak?"soal Ali mengalah plus menyampah.

"Ko pinang aku pleease!"pinta Rudy.

Ali hanya tergamam dan menjawab dengan spontan.

"Tak boleh,dah habis!Tinggal satu je!"jawab Ali.

"Apa dia?"tanya Rudy bingung.

"Ko pi mati!!"jawab Ali dengan evil smirk dan terus keluar dari bilik sambil mentertawakan Rudy.

Rudy hanya tercengang sambil mendengar bunyi cengkerik..

(KRIKK KRIKK,KRIKK KRIKK!!)

=The End=

10 ᴀʏᴀᴛ ᴘɪᴄᴋᴜᴘ ʟɪɴᴇ (ʀᴜᴅʏ x ᴀʟɪ) ᴏɴᴇ sʜᴏᴏᴛ ✓Where stories live. Discover now