Tak Sengaja

2.5K 175 64
                                    

Di arena latihan di akademi...

Ali sedang sibuk berlatih di sana dengan ejen-ejen muda yang lain.Tapi semasa ejen-ejen muda yang lain pergi berehat,Ali tak ikut.Jadi tinggal dia seorang kat arena.Tapi Ali tak sedar yang Rudy sedang memerhatikannya di balik dinding.

Ali pun terus berlatih menggunakan Yoyo Blastnya sehingga tak sedar Rudy telah berdiri di sebelahnya.

"Ali~"panggil Rudy dengan suara menggoda.

"Waarr!!"Ali terkejut dan...

(BUUMM!!)

Ali secara tak sengaja telah menyerang Rudy dengan Yoyo Blastnya.

"Waduu!"Rudy dah senoneng kepalanya.

Ali yang nampak Rudy macam tu cepat-cepat menghampiri Rudy.

"Rudy!Maafkan aku,aku tak sengaja!"Ali memohon maaf pada Rudy.

Rudy berdiri dan smirk tanpa disedari Ali.

"Kau ni!Asyik-asyik tak sengaja!Sayang betul lah!"ujar Rudy.

"Sayang?Apa yang sayangnya?"tanya Ali hairan.

"Akhirnya kau panggil aku sayang!!"Rudy bersorak gembira.

Ali pun apa lagi,terus...

(BUUMM!!)

Menyerang Rudy sehingga tercampak ke siling bilik mentor-mentor sehingga membuatkan mereka terkejut.

Ejen Leon tengah cukur misai tercukur bulu hidung.

"Adoi!!"-Ejen Leon

Ejen Geetha yang sedang layan Facebook terkejut sehingga tercampak phone nya sehingga terkena kepala Ejen Karya yang sedang sibuk menyapukan jem kaya pada roti.

"Alamak..."-Ejen Geetha(Cabut lari)

Ejen Karya pula mukanya sudah terlekat pada roti yang telah disapu jem kaya akibat kepalanya terkena phone Ejen Geetha.

"Aduui...Melekat pula"-Ejen Karya.

Ejen Karya cuba mencabut roti yang melekat pada mukanya tapi tak boleh.Alangkah terkejutnya Ejen Karya apabila botol yang disangka nya botol jem kaya tu sebenarnya ialah...

'GAM GAJAH+GAM DINOSOUR+GAM BADAK BERGANDA'

"Aaaah!!Tidaaak!!"-Ejen Karya.

Punyalah kuat Ejen Karya menjerit sehingga bergegar akademi.Ejen-ejen muda yang sedang berlatih tersentak dengan gegaran di akademi.

"Weh,ada tanah runtuh ke?"tanya Ali pada Khai.

"Entah"jawab Khai ringkas.

Si budak Ali ni,dia tak tahu yang semua tu jadi hanya sebab dia serang Rudy guna Yoyo Blast dia.

=The End=

10 ᴀʏᴀᴛ ᴘɪᴄᴋᴜᴘ ʟɪɴᴇ (ʀᴜᴅʏ x ᴀʟɪ) ᴏɴᴇ sʜᴏᴏᴛ ✓Where stories live. Discover now