BAB 17

42.4K 1.8K 131
                                    

Aizat sedang membasuh motornya di halaman rumah. Jalan di kawasan kampung yang sesetengahnya bertanah merah membuatkan motor kesayangannya itu cepat kotor.

Selepas penat membasuh motor, Aizat duduk berehat atas pangkin di bawah sebuah pokok rendang bersebelahan rumahnya.

"Assalamualaikum!"

Aizat menoleh melihat siapa yang datang.

Dia senyum.

Wajah Maz yang comel sedang tersenyum ceria memandang Aizat.

"Waalaikumussalam,
Haa, Maz. Lama tak nampak?" soal Aizat.

"Oh, Maz sibuk la Abang Aizat. Tolong ibu berniaga,"

"Rajinnya Maz. Untung Mak Cik Leha ada anak macam Maz. Pandai masak, lepastu selalu bantu berniaga kat warung," puji Aizat, ikhlas dengan senyuman manis.

Puan Leha merupakan ibu kepada Maz. Dia sudah berniaga di warung keluarganya hampir 15 tahun di kampung itu. Masakannya memang popular dan sedap sejak dulu. Memang keturunan Maz sangat pro memasak.

"Ish, Abang Aizat ni puji2 pulak. Sebab pandai masak la Maz tembam macam ni, hehe," Maz tersipu malu.

"Bagi abang, Maz comel la,"

Senyap.

Maz tergamam. Dia kaku. Pujian itu betul2 hampir menggugurkan jantungnya yang memang selalu berdegup kencang apabila bersama Aizat. Wajahnya merah padam. Malu.

Buat seketika mereka saling berpandangan.

Tiba2 Aizat seperti baru tersedar bahawa dia merenung Maz agak lama. Dia tersengih janggal.

"Err, oh ya. Ada apa Maz datang ni?" soal Aizat, spontan.

Maz pun tersentak. Dia melarikan pandangan daripada Aizat sekilas.

"Oh, Maz nak hantar lauk ni je. Mak Milah ada kat rumah? Lama tak jumpa dia," balas Maz sambil menunjukkan bungkusan di tangannya.

"Ada, dia kat dapur. Pergilah masuk dalam,"

"Okay,"

Maz berlalu pergi menuju ke pintu dapur rumah Aizat. Dalam beberapa langkah, dia menoleh ke belakang.

Aizat masih merenungnya.

Cepat2 Maz alihkan pandangan. Jantungnya masih berdegup laju. Dia menanggalkan kasut lalu masuk melalui pintu dapur rumah itu.

Huu, nampaknya aku memang masih sukakan dia.

Keluh Maz dalam hati.

*  *  *

Sudah hampir setengah hari Ain bekerja di syarikat itu. Setakat ini, dia sudah berkenalan dengan separuh orang pekerja yang berada di sekelilingnya. Mereka sangat ramah dan sudi membantu jika Ain mempunyai masalah.

Ain bersyukur lagi.

Sedang dia menyemak dokumen di atas meja, Ain berhenti di sebuah muka surat yang mengandungi profil seseorang yang dia kenali.

"Zafwan Azwad Bin Dato' Yahya," Ain menyebut nama itu perlahan.

Baru Ain tahu bahawa Zafwan yang dikenalinya sejak di universiti dulu merupakan salah seorang business partner di syarikat ini. Zafwan merupakan CEO Maju Holdings Sdn Bhd yang banyak bekerjasama dengan Jaya holdings.

"Hmm? Awak panggil saya?"

Terkejut Ain dibuatnya apabila tiba2 saja wajah Zafwan muncul di sebelah, sedang menyandarkan sebelah tangannya di kubikel Ain.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now