BAB 64

39.1K 1.5K 27
                                    

Ain memasukkan data berkenaan client Jaya Holdings ke dalam komputer untuk dihantar ke pihak atasan. Sudah 3 hari berlalu sejak Ain mula bekerja semula selepas family Outing Dato Syukri. Pening kepalanya melihat kerja yang menimbun.

Ain bangun untuk ke pantri. Dia mahu minum kopi. Tiba saja di sana, kelihatan Wani dan Didi sedang duduk di meja yang disediakan di situ sambil berbual-bual.

Ain tersenyum manis. "Hi guys"

Wani dan Didi agak terkejut dengan kehadiran Ain lalu mereka tersenyum kelat. Ain kerut kening melihat mereka berkelakuan pelik.

"Korang okay?" Soal Ain. Dia mahu mendekati mereka namun mereka sudah bangun serentak.

"Eh okay je. Kau nak guna pantri eh? Gunalah. Kitorang nak sambung kerja. Bye" balas Wani. Dia kelihatan bersungguh mahu beredar dari situ sambil menarik Didi.

Ain hanya memerhati mereka pergi dengan perasaan curiga. Sikap mereka sangat pelik hari ini. Seolah-olah mereka mahu lari dari Ain.

Ain cuba menghiraukan semua itu lalu membancuh kopi. Dia membawa mug di tangan untuk kembali menyambung kerjanya.

Dalam perjalanan ke mejanya, Ain terserempak dengan Zulaikha. Ain menghadiahkan senyuman kepada gadis itu.

"Kak Ika, jadi ke nak pergi jumpa Dato Safwan dengan Ain pukul 2 nanti?" soal Ain.

Wajah Zulaikha kelihatan resah seketika namun dia cepat2 mengawal riak wajahnya. Senyumannya diukir. "Maaf Ain. Akak pergi dengan Wani kot. Ain sambung kerja lain jela ya"

Ain agak terkejut mendengar kata2 Zulaikha. Awal pagi tadi beria-ria Zulaikha mengajaknya berjumpa client, tapi tiba2 sekarang tak jadi pula.

"Emm, takpelah kalau camtu. Bye" Ain beredar menuju ke mejanya lalu dia duduk di atas kerusi.

Ain semakin rasa tak selesa. Ada sesuatu tak kena. Kenapa dia rasa semua orang seolah-olah cuba mengelak darinya hari ini? Ada sesuatu tak kena ke? Aku ada buat salah ke?

Ain menepuk pipinya beberapa kali. Ah, sudahlah Ain. Takde pape la. Kau je fikir lebih.

Ain mula menyambung kerja.

* * *

"Honey, I'm sorry. Hubby ada meeting penting harini. Maybe lambat habis. I can't go back with you. I'll tell Diego to pick you up, okay? I'm so sorry"

Ain mengeluh sedikit mendengar kata2 suaminya. Telefon di tangan digenggam erat. Di saat Ain benar2 memerlukan Aiman ketika itu, lelaki itu sibuk pula. Sudahlah sejak tadi Ain berasa tidak selesa. Perasaannya bercampur.

"Takpe. Honey tak kisah. Bye, assalamualaikum" balas Ain, lemah.

Aiman diam seketika. Dia tahu isterinya mesti sedih. "Waalaikumusalam. Love you"

Panggilan ditamatkan.

Ain meletak telefonnya di atas meja. Wajahnya diraup perlahan. Mengapa dia rasa begini? Di mana yang salah?

It's okay, Ain. Everything will be fine. Everything will be fine.

* * *

6:00 p.m.

Ain masuk ke dalam lif lalu butang ground floor ditekan. Badannya yang longlai disandarkan pada dinding lif. Hari ini terasa sangat memenatkan. Semuanya serba tidak kena.

Sampai saja di luar pejabat, kelihatan Diego sudah menunggunya. Apabila lelaki itu perasan akan kehadiran Ain, dia melambai-lambai dengan wajah ceria.

"Hai Kak Ain!"

"Hai Diego" balas Ain, cuba tersenyum. Dia gembira sekurang-kurangnya Diego tidak melayannya seperti halimunan.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now