5

60 1 0
                                    

HAQIEM POV

Aku tengok minah ni dengan kawan dia balik lepas buat salah. Geram je!

"Sayang! Tengok ni habis basah baju I! Ei perempuan kampung tak sedar diri!" Farisha kata dengan geram

"Takpelah sayang, nanti i belikan yang baru ya? Sambung makan jom? Aku tarik tangan Farisha.

Aku duduk je ibu terus marah aku, "Haqiem! Ibu tak ajar tau anak ibu kurang ajar macam tu! Kenapa perlu nak tengking Iyana? Haqiem pun tau bukan salah dia tapi dia sendiri minta maaf dekat Farisha. Bila dia dah minta maaf kenapa Farisha nak marah dia balik?!" Kata ibu dengan nada kesal.

"Aduh Ibu ni biarlah perempuan kampung tu! Ibu nak bela dia sangat kenapa? Tak nampak ke apa perempuan kampung tu dah buat dekat Farisha?" Kakakku balas back up aku.

"Dia dah mintak maaf pun kan? Kenapa dengki sangat ni? Masa dompet ibu tercicir dekat airport, dia tolong ibu cari. Ada kamu tolong?! Berselfie sini sana lepas ibu bagitau. Bukan nak tolong!" Ibu terus beredar dari tempat makan.

"Ha elok sangatlah tu perangai korang! Dahlah Akem aku balik bilik" Ran bangun ikut ibu dengan Ayah.

*BESOK*
IYANA POV

Kitaorang harini bangun pagi sebab nak ikut pergi snorkelling and island hopping. Around pukul 3 petang macam tu kitaorang dah balik resort balik.

What a good day! Kitaorang balik bilik je terus mandi and siap nak keluar makan dekat area resort ni.

Lepas dah makan aku dengan Rania jalan tepi pantai then terserempak dengan Mak Haqiem.

"Eh Iyana, Rania" kitaorang salam Makcik tu.

"Assalamualaikum cik!" Makcik tu pun jawab salam.

"Eh, tak yah lah panggil makcik lagi panggil aunty naz je senang sikit" aunty naz gelak.

"Aunty buat apa sorang dekat sini? Yang lain mana?" Rania tanya.

"Uncle tengah berbual dengan Bahran dekat belakang tu yang lagi tiga orang tu entah aunty pun tak tau" Aku sekadar mengangguk je.

"Iyana," aunty naz tiba-tiba pegang tangan aku. "Aunty minta maaf ya pasal Haqiem semalam. Aunty tak pernah ajar dia cakap macam gitu. Pasal Farisha tu aunty tak berkenan sangat dengan dia. Haqiem dulu baik je dengar kata tapi disebabkan sayang dia terus berubah. Maafkan aunty ye!"

"Eh takpelah aunty. Saya ok je tak amik hati pun."

Kitaorang pun berbual, tiba-tiba phone aku berbunyi.

"Hello, Assalamualaikum? Iyana, kak Medina ni" Kak Medina cakap macam baru lepas nangis.

"Waalaikumsalam, kak! Akak ada apa call Yana ni? Akak ok tak?

"Akak nak bagitau ni, papa dengan abang Ian accident. Papa kritikal ni. Yana dengan Rania balik lah petang ni eh? Akak dah belikan tiket nanti akak email dekat Yana"

"Ya allah," aku terus menangis "Okay kak terima kasih. Kirim salam mama. Malam nanti Yana dah sampai Yana amik grab je dari Airport. Assalamualaikum" Aku tutup phone aku terus lari dekat Rania.

"Rania! Papa Rania papa! Jom kita balik." Aku tarik Rania tergesa-gesa.

"Yana! Kenapa dengan uncle?" Rania tenangkan aku.

"Papa accident! Dengan abang Ian! Kita kena balik KL sekarang, kak Medina dah belikan flight ticket" Tiba-tiba aunty tanya.

"Eh, eh Yana. Istighfar nak. Doa yang baik-baik je okay? Tenang, pergi kemas bag nanti aunty, uncle dengan Bahran tolong hantar pergi airport naik kereta sewa kami. Sabar ye nak." Aunty naz mengusap belakang aku.

Ya Allah kau selamatkanlah ahli keluarga ku!

Lepas dah siap berkemas je aku dengan Rania terus pergi lobby and pulangkan kunci.

"Yana dengan Rania pergi pulangkan kunci. Biar Ran dengan Uncle masukkan bag dalam kereta ok? Dah, dah jangan sedih" Aku mengangguk.

*AIRPORT*

"Aunty doakan papa dengan abang Yana selamat ye. Apa-apa call aunty. Ada number aunty kan? Rania, tolong tengokkan Yana ni ya?"

"Okay aunty. Kitaorang gerak dulu ya? Assalamualaikum" Rania dengan aku pun salam Aunty.

"Terima kasih sekali lagi aunty, uncle" Aku ucap dengab suara yang lemah.

"Sama-sama" Aunty dengan uncle jawab serentak and terus balik kereta.

RANIA POV

"Saya pergi dulu ya? Bye, assalamualaikum" Aku kata pada Bahran.

"Dah sampai KL bagitau saya. Nanti dah balik sana kita jumpa ya? Bye"

Aku dengan Yana pun balik.

Kerana Dia SyurgaKu || HRWhere stories live. Discover now