9

43 1 0
                                    

*BESOKNYA*
HAQIEM POV
"Farisha, i dah dekat luar rumah u ni. I nak cakap dengan u sekejap." Aku bercakap dengan Farisha dekat phone.

"Sayang! Kenapa nak jumpa i tiba-tiba? Rindu i eh? Lah yang kita baru je-,"

"I cakap keluar, keluar je la! I ada benda nak cakap" aku terus letak phone.

*5 MINS*
"Hah yang, u nak cakap apa ni?" Farisha buka gate.

"Ini siapa?" Aku tunjuk gambar dia dengan Fitri.

"Uh itu- uh itu member i" Farisha tergagap

"Oh member okay and how about this one? Ingat conversation you dengan Haikal?" Aku tunjuk gambar screenshot.

"Sayang i can explain,"

"Explain apa lagi? Dah dah lah tu. Mulai harini kita dah takde apa lagi ok? Chaw" aku naik kereta terus drive balik rumah.

Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih kan? Aku masih sayangkan dia kot.

*RUMAH*
AUNTY NAZ POV

Akem balik terus bercerita dengan aku dan ayah dia pasal apa jadi dengan dia and Farisha.

"Em Akem, ibu tak terkejut pun. Dahlama ibu rasa yang dia tu tak setia. Dah tu cincin yang kamu nak lamar dia tu kamu nak buat apa?" Aku bercakap

"Entah bu, ibu amiklah. Ibu carilah calon menantu yang ibu minat. Akem terima je. Akem dah penat sebab asyik kena tipu." Anak bujang aku balas dengan nada sedih

"Serious ke Akem nak ibu yang carikan? Akem tak menyesal?" Aku pandang muka dia.

"Tak bu. Restu ibu dengan ayah yang penting sebenarnya so Akem tak kesah. Nanti ibu amiklah dekat bilik Akem."

Okay lah kalau macam tu. Lagi aku suka.

"Bang, besok kita pergi rumah Iyana ya, lawat family dia" Aku tanya suami aku.

"Awak dah bagitau dia belum? Kang kita pergi dia takde dekat rumah."

"Saya dah call dia tadi. Dia cakap dia ada je dekat rumah." Aku jawab

"Ha kalau macam tu ok lah. Siapa je pergi?"

"Bahran kata dia nak ikut. Akem? Nak ikut tak?" Aku tanya sambil pandang Akem.

"Em insyallah lah bu. Akem naik atas dulu." Dia amik wallet and phone atas meja and terus naik atas.

IYANA POV

"Dik? Bukalah pintu dik dari semalam kau tak makan ni. Aku bawak makanan untuk kau." Abang Ian ketuk pintu perlahan.

Aku pun buka pintu.

"Tengok, makanan semalam pun ada dekat sini lagi. Bila kau nak makan ni dik? Jangan la macam ni." Abang Ian letak dulang di bawah and duduk sebelah aku.

Aku terus peluk abang aku," aku tak kuat. Aku rasa hilang sangat. Aku rindu papa. Semalam aku sempat peluk cium dia tapi aku still rindu dia bang."

Kak Medina usap belakang aku perlahan."Yana, yang hidup semua pasti akan mati. Jangan lah macam ni, tak kesian dekat papa ke? Dia tengok anak perempuan dia yang cantik ni sedih-sedih. Tak kesian dekat mama? Dia sepatutnya kuat tapi bila dia tengok Yana macam ni dia risau, dia sedih. Makan sikit eh? Akak suapkan." Kak Medina memujukku dan akhirnya aku mengalah.

Kak Medina hanya suapkan aku 3/4 suap sahaja dan aku tiba-tiba rasa takde selera makan.

"Kak, panggilkan Rania boleh?" Kak medina angguk dan keluar bersama abang aku.

Dalam 10 minit macam gitu Rania pun masuk bilik aku and terus peluk aku.

"Janganlah macam ni lagi. Aku sedih tengok kau macam ni. Aunty pun sedih tengok kau macam ni. Lepas ni ikut aku turun bawah eh?"

Aku hanya mengangguk dan aku cakap nak basuh muka di bilik air dulu lepastu baru kitaorang turun.

______________________________

Sampai bawah je aku terus peluk mama. Mama dengan terkejut tengok aku dia terus cakap,

"Yana, maafkan mama ya pasal dekat hospital haritu. Mama sayang Yana." Mama mencium dahiku.

Aku mengangguk,"i love you so much ma." Tiba-tiba abang terus peluk kami berdua.

"Ian ada berita gembira nak bagitau", abang lepaskan pelukkan and terus tarik Kak Medina.

"Medina. Pregnant!" Abang aku bagitau dengan excited

"Ye ke ni? Ya allah! Alhamdulillah. Dah berapa minggu?" Mama memegang tangan kak Medina.

"3 minggu Ma." Kak Medina balas dengan senyuman.

"Lahhhh patutla mama tengok semacam je menantu aku ni. Tahniah. Medina kalau mengidam apa-apa bagitau je ok? Nanti mama masakkan and lagi satu, jangan buat kerja berat-berat. Baby tu baru lagi. Ok?" Mama bercakap dengan teruja.

"Haha okay Ma.", Kak Medina senyum sampai boleh nampak lesung pipit dia. "Dengar tu sayang, jangan lasak sangat ok?" Abang Ian peluk bahu kak Medina.

"Hello, jangan nak sweet sangat dekat sini please", aku bergurau. "Tula kau suruh kahwin cepat tak nak! Ni padan muka jealous sendiri." Aku pukul abang Ian "Ishhhhh!,"

Aku terus peluk kak Medina, "terima kasih kak sebab jadi penyeri keluarga kitaorang."

"Takde apalah Yana. Yana yang penyeri kami sekeluarga sebenarnya. Kak Medina sayang Yana tau!" Kak medina mencuit hidung aku.

Setiap kali Allah turunkan hujan, Dia akan munculkan pelangi. Alhamdulillah.

Dengan bantuan mereka, aku dapat menerima kepergian papa. Al-Fatihah.

Kerana Dia SyurgaKu || HRWhere stories live. Discover now