!@!ChrisXRoza!@!

1K 30 20
                                    

Di salah sebuah bilik latihan ejen Neuro di Akademi Ejen Muda M.A.T.A.

Bang! Bang! Bang!

Setiap tembakan Roza mengenai tepat pada sasarannya.

Roza tersenyum puas. Sepanjang dua jam dia berlatih, 104 buah robot dan 78 buah dron M.A.T.A. tumbang ditembaknya.

Pap! Pap! Pap! Bunyi tangan menepuk

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Pap! Pap! Pap! Bunyi tangan menepuk.

"Perghh... rekod baru!" satu suara berloghat Kelantan memecahkan senyuman Roza.

Roza memandang pemilik suara tersebut. "Apa kau nak, Chris?"

Chris tersengih. Kedua tangannya mencekak pinggang. "Lek ah. Ambo sajo je nak tengok mu."

Roza memutarkan bebola matanya. "Pergilah. Jangan kacau aku."

"Kalo tak nok?"

Roza mengacu Sniper Rifle Indai ke arah Chris. "Aku tembak kau..."

"Elekh... berlagok. Mu tembak macamlah sumo tepat." Chris memperlekehkan Roza.

Bang! Satu tembakan hampir mengenai Chris, namun dia sempat tunduk. Tembakan itu tersasar ke dinding.

Roza tersenyum puas. "Bising."

Chris tercabar. "Kalo mu nak lawan sangat meh lawan tok sah pake senjato." Dia terus membuka kekuda silatnya.

Roza tertawa. "Heh, takutlah tu. Kau ingat kau boleh menang lawan tanpa senjata?"

"Less talking, more acting."

"Tch!" Roza bersedia.

"Mu mula dulu." Chris tersenyum serong.

"Acah gila." Roza berlari ke arah Chris. Tangannya cuba menumbuk bahu Chris namun dapat ditahan.

Chris sempat mengejek Roza. "Heh, tu jo?" dia terus menolak bahu kanan Roza dengan kuat. Roza tertolak kebelakang.

Dia memegang bahunya yang agak sakit. "Tch. Tak guna. Main kasar ye?"

Dia meluru kembali ke arah Chris. Dia cuba menyerang Chris dengan tangan namun tangkas ditahan oleh Chris.

Akhirnya tangannya terkunci. Chris menahan tangannya dari menyerang. Chris tersenyum bangga dan merasakan dirinya yang menang.

"Heh. Jangan yakin sangat." Roza tersenyum serong. Kakinya yang panjang menendang kuat bahagian belakang lutut Chris.

"Eh?!" Chris hilang keseimbangan.

Roza terus menarik tangan Chris dan menghampaskan bahagian depan badan Chris ke lantai. Tangan Chris disilangkan di belakang badannya. Roza meletakkan sebelah kakinya di atas badan Chris untuk menahan Chris dari bangun dan menyerangnya semula.

"Argghh!!!" Chris meraung kesakitan akibat tangannya yang disilang dan dihempap.

"Amacam? Masih nak lawan dengan aku lagi lepas ni?"

Chris hanya diam. Dia masih meninggikan egonya.

Roza menarik kuat tangan Chris sehingga sakit.

"Arghhh!!! Ok. Ok! Ambo takkan cari pasai ngan mu lagi."

"Dan janji takkan perlekehkan keboehan aku?"

"Ye! Ye! Sekarang lepaskanlah aku!" Chris meronta. Loghat Kelantannya hilang sekejap.

Roza melepaskan Chris.

Chris memusingkan badannya. Sakit tangannya masih ada.

"Meh." Roza menghulur tangannya.

Chris memandang huluran Roza. "Untuk apa?"

"Meh lah. Aku bantu kau bangun."

Chris masih membatu. Dia rasa ragu-ragu.

"Cepatlah. Nak malu-malu pula." Roza terus menarik tangan Chris untuk bangun.

"Te... terima kasih." Chris menggaru pipinya.

Roza menepuk bahu Chris. "Kau sebagai ejen teras Combat perlu tahu yang 'jangan sesekali memandang kecil pihal lawan walaupun sebesar lalat'. Faham?"

Chris tersenyum malu. "Pahe."

"Dah, jom balik. Aku pun dah habis berlatih tadi."

Mereka berjalan seiringan ke pintu bilik latihan. Apabila mereka sampai pintu bilik terbuka.

"Huh?!"

Kelihatan Moon, Khai dan Ali muncul di pintu luar bilik latihan itu.

"Korang..." Khai teragak-agak untuk berkata selepas melihat tangan Roza diletakkan di belakang bahu Chris.

Roza baru tersedar. Dia menarik tangannya. "E'eh! Korang. Ini semua salah faham!"

Ali terus manarik lengan Khai dan beredar dari situ. "Maaf. Salah bilik. Kitorang nak cari Alicia sebenanrnya. Jom Khai, Moon!"

Moon mengikuti mereka. Dia sempat berpaling ke arah Roza dan Chris. "Maaf sebab kacau korang berdua-duaan."

Roza bengang. "Weh, ini salah faham." Dia memadang Chris yang berwajah selamba.

"Chris! Kenapa kau tak betulkan salah faham ni?"

Chris tak menjawab. Dia hanya tersenyum. Seperti dia tak kisah dan suka.

Roza bengang. Dia terus memukul Chris bertubi-tubi.

Chris X Roza - Oneshot (Ejen Ali Fanfiction)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang