!@!ChrisRoza!@!

650 20 2
                                    

Jet kebosanan melihat Chris yang asyik merungut perlahan dari tadi diselangi dengan jeritan perlahan yang menyakitkan hati sambil meletakkan kepalanya di atas meja.

Jet bengang. Kesabarannya dah hilang. "Chris, kau apahal? Dari tadi duk membebel sorang-sorang macam orang gila dari tadi dah kenapa?!"

Chris memandang Jet dengan muka sebal.

Suasana jeda seketika.

Chris kembali meletakkan mukanya di atas meja dan merengek perlahan sambil kakinya menendang-nendang kaki meja yang tak berdosa itu.

Jet bertambah bengang. Apahal pulak member dia seorang ni? Selalu yang buat perangai pelik-pelik ni Moon sahaja. Chris terkena jangkitan Moon ke apa ni?

"Baik kau cerita kat aku sebelum aku campak cawan ni kat muka kau!" Jet mengangkat cawan kosong yang ada di atas meja.

Chris jeda sebentar sebelum mengangkat kepalanya memandang Jet dengan mukanya yang merah dan muram.

"Kau pahal?" soal Jet.

Chris memicit-micit dahinya sambil menunduk. "Tadi..." dia memulakan cerita.

Jet bersandar pada sofa yang didudukinya sejak tadi. "Apa?"

<Imbas kembali>

Di koridor akademi, kelihatan Roza dan Chris sedang berhadapan sesama sendiri sambil membincangkan sesuatu.

"Yes, aku menang kali ni! Mu ritu kecek nak blanje aku an?" soal Chris pada Roza.

"Tch, menang? Kau bernasib baik sebab aku terbuat silap je." Roza memutarkan bebola matanya.

"Aku tok kesah la. Janji mu kene blanje aku make. Hahaha..."

Roza menyilangkan tangannnya di atas dada sambil memalingkan kepalanya.

"A, a... mu dah kaloh jange tak mo ngaku. Cepa!" kata Chris sambil bercekak pinggang.

"Tch, menyesal pula aku janji nak belanja kau."

Chris tersenyum bangga. Dahla dapat kalahkan Roza, dapat makan free lagi pula tu. Jarang-jarang orang dapat peluang macam ni.

"Yela. Aku belanja kau dekat kedai yang- eh?!" ketika Roza hendak melangkah pergi dia tiba-tiba tersadung kaki Chris dan tertolak Chris yang berada di hadapannya.

"Eh?!" Chris turut terjatuh bersama Roza.

"Aduh!" Chris membuka matanya setelah belakang badan dan kepalanya terasa sakit apabila terhantuk pada lantai.

Chris terkejut melihat Roza yang betul-betul di hadapannya.

Roza hampir terjatuh ke atas badan Chris namun dia sempat menahan dirinya menggunakan kedua tangannya.

Sekarang, jarak mereka berdua sudah agak dekat.

"Auch... Chris, kau ok tak?" soal Roza yang melihat Chris hanya terdiam dari tadi memandangnya.

Chris masih terdiam.

"Sorry lah, tadi aku tersadung dan terjatuh. Kau tak apa-apa kan?" soal Roza.

Mereka berdua masih dalam posisi dan keadaan tadi.

Muka Chris terus memerah setelah memandang Roza yang terbuat 'kabedon' padanya tanpa disedari Roza sendiri.

"Hey, Chris?! Kau ok tak? Muka kau dah merah!"

Chris menutup mukanya. Badannya menggeletar. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya menjerit sekuat-kuatnya kerana menahan malu.

"Chris? Chris?! CHRIS?!!"

Chris pengsan.

<Imbas kembali tamat>

"HahahHahHAhaha!" Jet ketawa beria.

"Sudoh ler wei!" Chris menunduk malu sambil tangan memegang mukanya yang panas.

"Tak- bu... bukan ap- pfftt haHahaHAha..." Jet tak boleh berhenti ketawa.

Chris bengang. "Hoi!"

Jet cuba menarik nafas dalam sisa tawanya. "Kejap... ha- aku- fuh... kejap... hah..."

Chris memandang Jet dengan muka tak puas hati.

Setelah Jet tenang dari ketawa dia memulakan bicara. "Maaf. Kelakar sangat."

Chris menyilangkan tangannya di atas dada. Rajuk.

Chris X Roza - Oneshot (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now