!@!ChrisXRoza!@!

528 16 3
                                    

🌸🌸🌸

Di kafeteria akademi M.A.T.A.

Roza sedang menatap kopinya yang hampir sejuk. Zass yang berada disebelahnya sudah bosan melihat perilakunya dari tadi. Dia menyiku Roza.

Roza berpaling. "Apa?"

Zass memberikan isyarat mata. Dia memaksudkan ke arah kopi Roza yang hampir sejuk itu.

Roza mengeluh perlahan. "Wei, Zass. Kau... pernah tak rasa satu perasaan yang pelik."

Zass menangkat sebelah keningnya. Pelik?

"Maksud aku... yalah, macam kalau kau nampak sesuatu yang menarik... kau rasa... rasa ber- berdebar."

Zass memahami maksud Roza. Dia menyeringai. Keningnya diangkat sebelah.

"Bu-bukanlah apa yang fikirkan!" Roza gelabah. Adakah apa yang difikirkan Zass sama dengan apa yang dimaksudkannya?

Zass hanya membiarkan Roza yang menggelabah tak tentu arah itu. Nampak sangatlah apa yang difikirkannya sama dengan apa yang dimaksudkan Roza.

Roza menggenggam kuat kedua tangannya bersama. Mukanya merah. Entah apa-apa yang dia fikirkan sampai sebegitu sekali.

Zass berteleku dengan sebelah tangannya, memandang sahabatnya itu. Siapa sangka disebalik perwatakan Roza yang kool itu tersembunyi sifat gelabahnya yang menarik.

Dia mengetuk bahu Roza perlahan menggunakan jari telunjuknya. Roza memandangnya.

Zass menunjukkan bahasa isyaratnya yang memaksudkan Roza sepatutnya bercerita tentang kekeliruannya pada sahabat perempuan. Dia bukannya beberapa faham bab sebegini. Man always be man.

"Roza!" Satu suara yang dikenali mengejutkan mereka berdua.

"Roza! Mana mung?"

Roza segera menyorokkan dirinya di bawah meja. Nasib baiklah alas meja tersebut labuh sampai ke lantai.

Chris sampai di kafeteria tersebut. Dia memandang Zass yang sedang meneguk air.

"Zass, mung nampak dok-?" Baru sahaja Chris hendak menghabuskan ayat, Zass sudah menggeleng laju.

Chris memandang Zass kekok. "Oh, okey. Aku geghok lu."

Zass tersenyum sambil mengangguk.

Setelah beberapa saat Chris berlalu pergi, Roza mengeluarkan kepalanya disebalik alas meja.

"Dia dah pergi?" Soal Roza meminta kepastian.

Baru sahaja Zass hendak mengangguk, Chris muncul di belakang mereka.

"Ha, Roza! Mung buat po soghok bawoh meja tu?"

Akibat terlalu terkejut Roza terjerit dan kepalanya terhantuk pada meja. Bunyi dentuman yang terhasil mengejutkan mereka.

Roza mengaduh.

"Mung oke dok nih?" Chris menarik lengan Roza untuk mengeluarkannya dari bawah meja itu.

Roza masih lagi kesakitan. Ditambah lagi dengan pening-pening lalat. Dia hanya mengangguk perlahan.

Roza terdorong menunduk ketika Chris menarik lengannya ke bawah.

"Nasib kepala mung dok luka," ujar Chris setelah memeriksa kepala gadis itu.

Roza menarik lengannya. "Kau dah kenapa terkejutkan aku macam tu sekali?" Nada suaranya sedikit tinggi.

Chris bercekak pinggang. "Eh, mung nak maroh aku? Dio dok bawoh tu pastu sendighi terhantuk. Tch!" Dia memalingkan wajahnya.

Roza menyilangkan tangannya di atas dada. Dia turut memalingkan wajahnya.

Zass perlahan-lahan melangkah pergi dari tempat tersebut. Tak mahu dia menghadap perang dingin dua orang tersebut.

Beberapa ketika mereka berdua jeda. Masing-masing dengan ego sendiri.

"Kau buat apa cari aku?" Soalan Roza mematikan kesunyian. Namun mereka masih saling tidak memandang sesama sendiri.

Chris jeda beberapa saat sebelum membalas, "Jet suh aku cari mung. Tu aku date sinih."

"Kata kat dia aku datang kejap lagi."

"Oke."

Jeda.

Chris melepaskan cekakan pinggangnya dan mula beredar.

"Kejap Chris." Roza berpaling dan memanggilnya.

Chris berhenti namun tak berpaling.

"Aku minta maaf. Sebab... marah kau tadi."

Chris memalingkan wajahnya. Dia menyeringai dan perlahan-lahan berjalan ke arah gadis itu.

Roza memandang Chris, terkejut.

"Hah, mung dah kaloh! Belanja aku make esok! Wuhuuu!!!" Chris menjerit keriangan sambil kedua tangannya dilayangkan ke udara.

Roza terpinga sekejap sebelum dia teringat sesuatu.

Ah, bagaimana dia boleh lupa? Sebelum ni mereka pernah bermain truth or dare dan Roza dicabar untuk dia tidak mengucapkan minta maaf kepada Chris selama seminggu.

Mula-mula Roza hanya menganggapnya mudah. Yalah, buat apa dia mahu minta maaf pada si mata biru ni.

Sekarang, dia sudah terkena.

Mukanya merah padam. "CHRIS!!!!"

Tawa Chris terletus tatkala melihat wajah Roza merah menahan marah. "Haha... memang silop besor mung pandang aku sebeloh mato."

Roza benar-benar bengang bercampur malu. Pantas dia mencapai Sniper Rifel Indai dan menghalakannya pada Chris.

Chris tak gentar. Dia memegang hujung senapang tersebut. "Mung nak tembok apo? Hati ambo?"

Sempat lagi Chris menghadiahkan satu kenyitan mata.

Pipi Roza membahang. "CHRIS!!! SIAP KAUUU!!!!"

Dengan kuat dia memukul bahu Chris dengan senapangnya. Biarlah patah sekalipun, janji Chris sakit.

"Hahaha... mu blushing?" Chris masih lagi mengusiknya. Biarpun sakit, dia masih tahan.

"AAAHHHH!" Segera Roza mengejar Chris yang sempat melarikan diri daripada dipukul kali kedua.

"SINI KAU!!!"

"Hahaha!"

Zass yang berada di pintu kafeteria memandang ke arah kedua manusia yang sibuk berkejaran itu.

Meskipun tak seindah drama hindustan namun, dia masih terhibur.

Mika yang baru sahaja sampai memandang ke arah Roza dan Chris. "Apahal tu?"

Zass hanya menghadiahkan senyuman pada Mika sambil menatapa kembali adegan kejar-mengejar tersebut.

Sedap juga kalau dapat makan biskut sambil menonton drama tersebut.

#########

Korang yang baca cerita ni memang ChrisRoza shipper or multifandom or saja-saja baca untuk hilangkan bosan? 😂🙆

Btw, sorry sangat-sangat. Sis amat tak reti berdialek ni. Lagi-lagu dialek Kelantan. 😂

Almaklumlah, saya bukan kelantanese. Hehe...

Kindly correct me and teach me some kelantanese word. It's would be nice. 😃

Mungkin ada yang nak ajar dialek Sarawak sekali pun boleh. Hehe... Roza orang Sarawak bukan?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Chris X Roza - Oneshot (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now