EARPHONES

820 39 1
                                    


Beberapa tahun yang lalu di sebuah perumahan ada seorang lelaki yang mati dengan amat mengerikan.

Namanya Eric. Eric adalah penggemar fanatik earphones. Dia suka mengumpulkan pelbagai jenis earphones.

Dan jadikannya sebagai koleksi.

Pada malam itu, dia pergi ke pasar malam yang tidak jauh dari kediamannya. Sedang dia berjalan keseorangan dia melihat seorang lelaki yang sedang memakai earphone. Earphone lelaki tersebut menarik perhatiannya.

Dia bertekad mahu mencuri earphones tersebut. Dimana sahaja lelaki itu pergi dia mengikutinya. Akhirnya lelaki itu tidak memakai earphonenya dan menyimpannya di belakang poket seluarnya, Namun kepala earphone tersebut tidak sepenuhnya masuk ke dalam poket seluarnya menyebabkan ia berjuntaian.

Masa yang tepat untuk Eric mencuri barang tersebut. Dengan berjalan pantas dan melalui kesesakan dan keriuhan di pasar malam tersebut, tangan Eric lantas menyambar earphone tersebut dan memasukkan ke dalam poket seluarnya. Senyuman puas terukir di bibirnya.

'Made in Japan (Limited edition cosplay)'

Itulah yang terpampang di kepala earphone tersebut. Patutlah earphone itu menarik dan bentuknya tidak ada jual di pasaran. Hanya otaku people sahaja yang tahu di mana hendak melanggan benda tersebut.

Dan dia bangga kerna mendapatkannya secara percuma.

Eric pun berbaring di atas katilnya tanpa memasang lampu dan mencoba pakai earphone tersebut.

Selepas saja dia cuba memainkan lagu dari telefonnya, dia merasakan bahwa artis yang nyanyi lagu itu seperti menyanyi live di depannya. Sound system dan echonya sangat sempurna. Tiada bunyi noise dan volumenya juga sangat kuat tanpa Eric menekan (+ volume).

Namun, lama-lama dia mendengar ada sesuatu suara yang mix bersama lagu yang dimainkannya melalui telefon. Seperti ada bisikkan dan ketawa-ketawa kecil. Eric tidak mempedulikannya. Kerna dia berfikir bahwa itu adalah perasaannya sahaja.

Sedang Eric melayan lagunya dan memejamkan mata, tidak semena-mena earphones tersebut menjadi panjang dan melilit leher Eric dengan kuat. Eris meronta-ronta dan cuba membuka lilitan earphhone tersebut, namun gagal. Matanya terbeliak sepertinya hendak terkeluar, air matanya juga mengalir, wajahnya bertukar menjadi merah dan bibirnya berubah menjadi kebiru-biruan.

Dalam kesamaran, Eric mendengar suara di dalam earphones tersebut.

" Barang bagus... harus ditukarkan dengan barang bagus juga... kekeke.."

Keesokan harinya, mayat Eric ditemui mati di dalam bilik oleh ibu dan ayahnya. Seluruh tubuhnya dililit oleh earphone tersebut seperti kepompong.

Apabila erphones itu di leraikan dari tubuhnya, kelihatan wajahnya menjadi biru pucat dan biji matanya hanya kelihatan yang putih sahaja. Lidahnya juga terkeluar panjang sehingga ke pusat.


SHORT HORROR STORY COLLECTION 2018Where stories live. Discover now