Satu 😪

44 2 10
                                    

Aku berjalan laju menuju ke dewan kuliah 4. Cuaca harini seolah-olah menggigit segenap diriku. Panasnya nggak dibuat buat ya. 

Dari jauh kelihatan pensyarah aku sedang berjalan tenang menghampiri dewan. Aku yang sudah sedianya sentiasa gelabah tak tentu hala sudah berlari macam tak cukup tanah.

Bukan apa. Professor aku yang sorang ni...

Strict sikit. Kalau lambat kena berdiri luar kelas.

Hampir 1 meter lagi aku ingin sampai, dan tiba-tiba ada seseorang melanggar diriku.

"Auch!" Aku jatuh terduduk. Kertas-kertas nota semua dah bertaburan. Nasib baik laptop tak terhentak. Kalau tak, mau meraung jugak aku.

Aku pandang tajam makhluk yang buat aku jatuh terduduk tu. Telinganya merah, tapi dia lansung tidak menghadapku.

Ah lantaklah. Pemalu tak kena tempat ni susah.

Aku cuba bangun dan mengibas-ngibas baju F1 putih yang sudah kotor kerana terhempap macam nangka busuk tadi.

Saat aku cuba ingin mengambil kertas-kertas yang bertaburan, lelaki itu sudah menghulurkannya kepadaku. "Sorry." Ujarnya perlahan dan dia terus berlalu masuk ke dalam bilik kuliah.

Terkedu kejap. Haish, apo Ayana usha anak teruna orang.

"Ehem Ayana. A new boyfriend?" Professor Ahmad tersengih di tepiku. Aku menggeleng laju. Bukan tak kenal dengan professor aku yang selalu menyakat studentnya.

Dan mungkin sebab aku satu-satunya pelajar perempuan dalam kelas dia, jadi dia lagi suka menyakat aku.

Ya la. Aircraft engineering kot. What do you expect? Tak ramai perempuan yang ambil.

"Not now but maybe soon." Dia ketawa kecil dan melangkah tenang masuk ke dalam dewan.

Aku angkat bahu. Malas nak melayan gurau encik pensyarah yang terlebih riang kali ini.

Kaki aku melangkah mencari tempat kosong. Dewan yang asalnya bising mula senyap bila Professor Ahmad mula berdehem di mic.

Aku ambil tempat di barisan yang ketiga dari depan. Aku taklah suka duduk depan sangat, sebab terlalu dekat dengan screen. Aku prefer tempat yang sedang-sedang.

"Baiklah. Today, I would like to brief on your project assignment. You will be in a group of two. And I will decide it." .

Professor menayangkan nama di skrin besar. 

Tapi yang tadi tu...

Kenapa aku tak pernah perasan kewujudan dia?

Aku tengok skrin sekali lagi.

Ayana Fillea dan... Ajmal Firdaus. Ajmal who?

"Ala.. kita tak satu team." Azzam, sepupu aku mengeluh. Aku pun mengeluh.

Aku tak biasa dengan lelaki, sebenarnya. 6 tahun di sekolah rendah perempuan, 5 tahun di Sekolah Seri Puteri buat aku jadi agak kekok berhadapan dengan lelaki yang bukan keluarga terdekat aku

Azzam ni pun special, satu-satunya sepupu lelaki yang berjaya rapat dengan aku. Dan alhamdulillah, sepanjang tempoh pengajian sehinggalah final year, dia ni la yang banyak berjasa menjaga aku.

"Weh Azzam, Ajmal tu yang mana satu?" Aku bertanya tanpa mengangkat muka. Tangan aku sibuk mencatit nota daripada Professor Ahmad.

"Aku tak sure sangatlah. Nanti aku try confirm balik." Aku cuma angguk, tambah-tambah bila aku tengok tangan Azzam juga sedang lincah menulis.

Kelas pada hari itu tamat lebih awal, sebab Professor Ahmad mood baik mungkin, atau dia ingin beri masa untuk kami berbincang.

Aku sedang mengemas barang-barang di atas meja sambil bergelak ketawa dengan Azzam apabila partnerku datang ke tempat aku.

"Assalamualaikum." Aku menjawab salam tersebut dalam hati. Wajahnya agak dingin.

"Ajmal Firdaus." Ujarnya perlahan, cukup untuk didengari aku dan Azzam.

"Ayana Fillea."

"Tahu." Aku ketap bibir. Takkan dia tak kenal aku kan? Aku seorang je perempuan kat sini.

"Soo.. Yana! Perhaps it's okay for me to leave you here? I need to have discussion with Iqbal now. Nanti ada apa-apa ke, nak balik ke, please give me a call." Azzam cepat-cepat menggalas beg galasnya apabila melihat kawannya, Iqbal sudah menguap kebosanan menantinya.

Aku angguk. "No worries Azzam." Azzam buat tanda 'ok' sebelum berlalu.

Aku kembali menghadap Ajmal. "Nak discuss kat mana?" Dia angkat bahu.

"Starbucks? Dahaga." Aku jongket kening.

"McD. Lapar." Bibirnya dijuih sedikit. Aku merengus. Tapi tu la, aku pun lapar jugak jadi...

"Nice place." Aku biarkan Ajmal berjalan mendahului aku. Sesekali dia berpusing memastikan aku sentiasa di belakangnya.

"Kereta mana?" Tanya dia lagi. Aku menunjuk ke satu arah. Sengaja aku parking dekat dengan dewan kuliah, yalah sebab dah lambat.

"Saya pergi ambil motor jap."

Aku ketap bibir. Mataku tak berhenti memandang dia, walaupun dia sudah berlalu pergi.

Aku hembus nafas perlahan. 25 tahun hidupku aku berjaya menjaga perasaan, entah kenapa hari ini... Aku tewas.







Ayana Fillea : Secantik Bunga MelatiWhere stories live. Discover now