Dua 😁

21 1 0
                                    

AJMAL'S POV

Aku mengacau straw perlahan. Mataku tak lepas daripada memandang Ayana, yang nampak lebih kebuluran berbanding aku. Rakus betul gigit burger. Nyarr. 

Aku alihkan pandangan dan berdehem. Tak mahu terleka dengan wajah itu, yang tampak ayu dengan rambut dibiarkan lepas.

Ayana tersentak. Burger itu diletakkan kembali ke dalam bekas kertas. Dia capai cawannya dan tanpa sengaja tersentuh hujung siku aku yang terletakkan di atas meja.

Aku berdehem lagi.

"So, the project?" Ayana bertanya lembut.

Aku menelan liur dan mula menerangkan idea aku satu persatu. Sesekali Ayana menambah untuk mengisi lompong kekosongan.

Sekali lagi. Aku terpana.

Aku membetulkan duduk. "Jadi... Anything else?"

"Tak ada. Oh ya, terima kasih." Ayana mengeluarkan sekeping not RM10. Aku menggeleng dan menolak duit itu.

"It's okay. My treat." Aku bingkas berdiri. Beg laptop digalas.

"Awak!" Aku berhenti.

"I got a name girl. Ajmal Firdaus. Bukan 'awak'." Aku ketap bibir yang kemerah-merahan. Entah kenapa aku terlalu lancar berkata-kata.

"Okay... Ajmal..." Dia bersuara meleret. Mungkin bengang. "Apa-apa, here's my number."

Dia menghulurkan telefon bimbitnya. Aku save contact dan memulangkan telefon model Redmi Note 3 itu kepadanya.

Aku pantas berlalu pergi.

Entah kenapa, aku tak tenang. Aku rasa sesuatu, yang sukar ditafsirkan.

***

AYANA'S POV

Aku memberhentikan kereta di porch. Aik. Kereta aku sorang je kat rumah?


Jap, macam tak biasa. Mama dengan papa kan busy sikit. Aku geleng kepala. Umur dah 50 lebih pun masih risaukan company diorang. 

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Gelap. Malas bukak lampu, aku terus naik ke bilik.

Mandi, solat, bergolek atas katil baca nota apa yang lecturer merepek kat depan tadi.

10 minit. 20 minit.

Aku pun dah hampir tumbang.

Ngantuk weh baca nota pasal kapal terbang ni. 

Tiba-tiba telefon aku vibrate.

'Save my number'- 018-xxxxxxx

Aku dah naik bingung. Siapa pulak dah ni..

'Sape ni?'

Sent.

Selang tiga saat, mesej masuk lagi.

'Your project partner.'

Ow... kay...

Well he's not that bad. Pemalu sikit je. Plus acah cool.

Yang tak baiknya, aku. Dia nampak sopan je. Aku ni, tak bertudung, plus separa gila-gila.

Tapi, bila depan dia, aku jadi senyap. Entahlah. Tuhan je yang tahu.


Telefon aku berdering menyanyikan lagu BTS-On.

Bak kata pepatah IG, cinta tak mengenal usia. Gitu.

Aku angkat call. "Hello, sape ni?"

"Ni akulah, Azzam!"

Eh alamak, tulah tak tengok dulu contact name sebelum angkat.

"So how, your project partner?" Suara Azam menghapuskan bayangan Jungkook menarik high note dalam MV On.

Okay focus.

"So far, so good. Entahlah, aku rasa dia macam cool je. Okay kot."

"Kau tak tunjuk lagi ke perangai gila-gila kau tu kat dia?"

"Dah dia acah cool, aku pun acah la sopan."

"Eleh. Macam aku taktau perangai kau. Depan laki terus jadi tikus, malu semacam. Kalau dengan bestfriends kau, dengan aku ke along ke, gempa bumi pun kau boleh buat gila lagi."

"Gempa gempa jangan mention eh." Aku saja buat-buat marah. Kami ketawa.

Bahagia aku dapat sepupu macam ni. Bila along busy, Azzam la tempat aku mengadu domba plus meroyan dan menggila.

Azzam ni macam abanglah bagi aku. Kind of.

"Dah la Azzam, kau takde kerja nak buat?" Aku bangun dari katil bila dengar ada kereta masuk parking di porch.

"Ada. Berbual dengan kau."

"Ew, so cheesy. Dahlah, bye, mama dengan papa dah balik tu."

"Okay, bye. Jumpa esok. Assalamualaikum."

Aku jawab salam dalam hati sebab Azzam dah pun end call.

"Ayana Fillea!"

Mama, kalau dia balik, first thing first dia akan jerit nama aku even though aku takde kat rumah pun time tu.

Haih. Mama mama.

Aku lari turun tangga.

Tangan mama aku sambut. Pipi mama aku kucup.

Biasalah anak bongsu, takkan manja sikit pun tak boleh?

"So how's class today? Okay?"

"New project assigned. Haih." Aku merebahkan badan di atas sofa manakala mama duduk bertentangan. Papa pula baru masuk rumah dan mengambil tempat di sebelah mama.

"Biasalah tu, belajar. Banyak kerja." Papa bersuara. "Final year kan?"

"Siapa partner project kali ni? Azzam?" Tanya mama. Arif sangat siapa partner pilihan aku kalau ada projek. Sepanjang empat tahun ni, memang takde lansunglah aku partner dengan orang lain.

Pertama, aku malu.

Kedua, aku tak selesa.

Ketiga, Azzam tak bagi.

"Another guy, I don't really know him. Ajmal Firdaus is his name." Aku menggoyangkan bahu tanda malas ambil kisah.

"Baik.?" Tanya mama.

"Bolehlah."

"Takpelah, takkan hidup ni nak hadap Azzam je. Sekali sekala kena kerja dengan orang lain jugak." Papa bersuara.

Aku cuma angguk. "Along mana along?" Mataku meliar ke sekeliling rumah.

"Ada meeting dengan client. Malam sikit baliklah tu." Aku lirik jam dinding, 6 petang.

"Dahlah, mama nak masak. Nak tolong?" Aku angguk dan membontoti mama ke dapur. Laparrrr!!! 


To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Jun 10, 2020 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

Ayana Fillea : Secantik Bunga MelatiOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz