Chapter 27

22.8K 544 86
                                    

Alyah duduk bersantai di kerusi kayu luar rumah milik Datin Irma sambil memegang Ilham yang tengah duduk di ribanya. Dia melihat anak-anaknya bermain. Ellina dan Allisya berlari terkedek-kedek mengejar bola. Tak padan dengan badan kecil mereka.

Apabila melihat anak-anaknya itu, dia melepaskan satu keluhan berat. Sudah empat hari dia duduk di rumah Datin Irma. Sepatutnya hari ini dia pulang kediamannya namun hatinya tersiat-siat tatkala melihat anak-anaknya tak henti menangis apabila dia hendak beredar dari rumah Datin Irma.

Flashback

"Mummy tak sayang Ana Lagi!" jerit Ana dengan tangisan. Dia nak tinggal bersama mummy dan papa. Bukan tinggal berasingan!

"Sayang jangan macam ni. Hujung minggu ni mummy jenguk Ana lagi. Mummy janji" pujuk Alyah. Dia sudah melutut didepan Ana sambil mengusap kepalanya. Ana mengeleng kepalanya banyak kali. Pipinya sudah basah dek kerana air mata. Danish masih memeluknya.

"Mummy janganlah pergi tinggalkan Asyraff" ucap Asyraf. Dia menangis sehingga bahunya terhinjut- hinjut.

"Mummy.. Mummy nak mummy" ucap Danish berkali-kali. Dia menyembankan kepalanya didada Alyah sambil memeluk pinggangnya. Inikah rasa apabila dipeluk oleh seorang ibu? Sungguh Selesa. Dia baru sahaja merasa belaian kasih seorang ibu. Kenapa begitu sekejap dia merasa semua itu.

Haikal melihat keadaan itu berasa hiba. Adakah ini salah dia memisahkan mummy dengan adik-adik dia. Dia tak suka melihat mummy menangis lagi.

"Alyah.. apa kata Alyah tinggal sini seminggu lagi. Lagipun mereka semua cuti sekolah selama seminggu. Bolehlah alyah meluangkan masa bersama anak-anak" pujuk Datin Irma. Dia simpati menlihat cucu-cucunya dalam keadaan begitu. Kesian. Mereka masih perlukan kasih sayang seorang ibu terutamanya Danish. Dia baru sahaja dapat merasa belaian kasih sayang seorang ibu.

'Tinggal disini seminggu? aku tak sanggup! Aku tak sanggup bertemu dengan Izz 'Bentak hati Alyah. Alyah mengeleng kepalanya menanda dia tidak setuju untuk tinggal selama seminggu. Maafkan Alyah umi.

" Alyah tak kasien ke dengan anak-anak Alyah. mereka belum puas nak bersama Alyah terutamanya Ana dan Danish. Mereka perlukan perhatian dari Alyah" pujuk Datin Irma lagi.

Memang Alyah tak sanggup berpisah dengan anak-anak. Kalau boleh dia akan bawa kesemua anak-anaknya tinggal bersama dia di rumah. Namun rumahnya kecil untuk menampung sembilan orang anaknya itu.

Walaupun dia sudah maafkan Encik Izzudin. Tapi dia masih belum bersedia untuk menerima Encik Izzudin di dalam hidupnya semula. Walaupun hatinya mendesak dirinya untuk kembali bersama dengan bekas suaminya itu.

"Kalau Alyah risau pasal Izz. Alyah usah bimmbang sebab Izz outstation selama seminggu tak silap umi. tinggal sini ya selama seminggu. Temankan umi dan anak-anak" pujuk Datin Irma sambil mengusap belakang Alyah. Dia sama-sama melutut di sebelah Alyah dan memandang tepat mata Alyah.

Alyah melepas keluhan berat. Kalau benar apa yang dikatakan oleh umi. Dia terpaksa mengalah demi anak-anak. Lagipun Encik Izzudin tiada di rumah ini. Akhirnya Alyah mengangguk setuju. Datin Irma tersenyum bahagia. Akhirnya Alyah setuju.

Syukur Alhamdulillah

End flashback

Alyah tersentak apabila namanya dipanggil.

"Mummy!" jerit Danish sambil berlari kearahnya.

"Jangan lari sayang, nanti jatuh" tegur Alyah.

"Adik.." panggil Danish sambil memegang tangan kecil Ilham. Danish amat menyayangi adiknya itu. sudah masuk tiga bulan Usia Ilham.

"Mummy nak makan kuih" Pinta Danish yang menunjukkan kuih yang terhidang di atas meja.

Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2Where stories live. Discover now