•24

20.1K 1K 31
                                    


Anpanman - BTS

' I may be indequate but i love you so much '
________________

Hana & Qaz pov .

Matanya perlahan-lahan dibuka . Jam di atas meja lampu dikerling . 3 pagi . Masih awal . Tangan yang memeluk dirinya erat dileraikan berhati-hati .

Terhendap-hendap kakinya melangkah ke arah pintu . Tiba-tiba suara yang serak-serak basah menegurnya . Bibirnya diketap perlahan .

" Sayang nak pergi mana ? "

Hana memusingkan badannya menghadap Qaz yang mula menghampiri dirinya .

" Da..dapur .. "

" Kaja . "

Tangan Qaz memeluk pinggang Hana . Tombol pintu biliknya mahu dicapai tetapi terhenti apabila jari Hana menarik lengan baju Qaz . Keningnya dikerut .

" Apa ? Aku lapar . Kau masakkan sesuatu untuk aku boleh ? "

Ujar Qaz selamba membuatkan Hana menggulingkan matanya ke atas . Tangan Hana terus ditarik keluar dari kamar tersebut . Ruang dapur dituju . Dia melepaskan tangan Hana betul-betul di hadapan dapur gas .

" Kau masak , aku tengok dari sini , okay . "

Qaz mengenyitkan mata ke arah Hana . Kerusi di bawah meja ditarik dan dilabuhkan punggungnya . Hana menggelengkan kepalanya . Bertuah dia dapat suami begini .

" Awak nak makan apa ? "

" Apa-apa jelah . Nasi goreng pun boleh .

Matanya ralit memandang belakang tubuh Hana yang mengambil bahan-bahan dari dalam peti sejuk sambil menongkat dagunya di atas meja . Tangkas sahaja isterinya melakukan kerja-kerja dapur .

Qaz menyengetkan kepalanya . Apron yang tergantung elok dicapai . Dia mendekati Hana lalu apron tersebut dipakaikan ke badan Hana .

Deru nafas Qaz yang hangat di leher Hana menyebabkan dia terkaku seketika . Setelah dikemaskan ikatan tali apron , Qaz tersenyum puas .

" Done ! Kau nampak comel pakai apron warna pink . Okay , continue back your work , little muffin . "

Hana mengangguk perlahan . Mengiyakan segala kata Qaz .

" Sejak akhir-akhir ni , awak banyak bercakap seperti mulut murai . Awak pergilah duduk sana . Saya nak hidangkan makanan atas meja ni . "

Lancang mulut Hana mengenakan Qaz yang berdiri di belakangnya . Badannya memusing ke belakang . Membulat matanya apabila dia hampir tergelincir dan disambut baik oleh Qaz . Qaz tersenyum jahat . Dia mengeratkan lagi dakapannya pada pinggang Hana . Sejenak satu ciuman berlabuh pada kedua-dua pipi Hana .

" Kau cakap aku mulut murai lagi , i will kiss your lips , hardly . "

Selamba Qaz bergumam . Hana mengecilkan matanya lalu tangan Qaz ditepis . Dia melangkah ke meja bersama masakannya diikuti Qaz di belakang . Usai Hana meletakkan nasi goreng ke dalam pinggan Qaz , dia ingin menaiki tangga semula tetapi tangannya digapai cekap oleh Qaz .

" Sayang . Sebagai seorang isteri , kau wajib teman aku makan . Selagi aku tak habis makan , selagi tu tak boleh naik . "

Nasihat Qaz lembut . Tanpa mendengar balasan dari Hana , tangannya terus menarik tangan isterinya sehingga terduduk di atas ribanya . Qaz tersengih nakal . Tangan kirinya memeluk pinggang Hana manakala tangan kanannya memegang sudu . Dia mahu posisi ini kekal sehingga dia habis makan .

" Awak memang seorang yang manja macam ni ke ? "

" Dengan kau sahaja . "

Balas Qaz selamba . Dia hanya membiarkan Hana merenung wajahnya lama . Sudu di tangannya dan muka Hana dipandang sekilas . Lantas , Qaz menyuap nasi goreng ke dalam mulut Hana . Dia memandang Hana selamba .

" Indirect kiss , hurm . "

Terkebil-kebil mata Hana menatap raut wajah Qaz . Qaz mengeluh halus . Deheman suara di belakang mereka membuatkan mereka berdua menoleh .

" Apa kes sweet-sweet dalam dapur , kan bonda ? "

Ujar Que . Tersengih nakal dia memandang adegan abangnya dengan kakak iparnya dai tadi di sebalik dinding bersama bondanya. Bonda turut tersenyum nipis . Makin merona merah di wajah Hana . Lengan Qaz diketip perlahan .

" Qaz . kalau iya pun nak sweet dengan Hana , pergilah masuk bilik . "

Tersinggung senyuman di bibir Qaz . Wajahnya berpaling memandang Hana . Kemudian , memandang Puan Jannah dan Que kembali . Pinggannya di atas meja diambil dan dicuci . Dia kembali berdiri di sisi Hana .

" Qaz masuk tidur dulu ya , bonda ."

Puan Jannah mengangguk . Qaz menarik lengan Hana berjalan sekali dengannya . Apabila Hana dan Qaz melintas di hadapan Que , telinga Qaz terdengar bisikan nakal daripada bondanya dan Que . Tersengih nakal dia memandang Hana .

" Can you be mine tonight and forever ? "

Bisik Qaz menggoda di telinga Hana . Pintu bilik dikuak dari luar . Hana mengangguk perlahan . Jari Hana diraih dan dikucup syahdu . Lantas , badan Hana dicempung ke atas katil . Dan malam itu malam mereka melaksanakan tugas sebagai suami isteri .

******

Rayshen Hans pov.

Photo di skrin telefon pintarnya ditatap dan diusap . Bibirnya diketap perlahan . Dia bersandar pada balkoni sambil memandang bintang dan bulan yang terhampar di dada langit .

" Apa erti sayang .. "

Mulutnya terkumat-kamit menyanyi bait-bait lirik lagu sambil memerhati balkoni jiran di hadapannya . Lampu bilik yang tiba-tiba terpasang membuatkan dirinya segera menyeret kakinya masuk ke dalam kamar tidurnya .

Shen bersandar pada dinding . Dadanya dipegang . Nasib tidak kantoi daripada memerhatikan bilik admirenya .

" Tarikannya , senyumannya , mimik mukanya menggodakan hati aku . "

Tergaris senyuman di bibirnya . Tetapi senyumannya dimatikan . Kepalanya diketuk perlahan .

" - Apa yang aku buat ni ! Hari tu bukan main aku meluat dengan dia . Argh ! Gila ! Gila ! ."

Tapi dia terdiam sejenak . Bibirnya menyinis . Rambutnya diraup ke belakang .

" Why not aku kekalkan imej badboy aku ni , boleh aku kenakan dia pula setiap hari . Siapa suruh kau minat aku . "

Tapi yang jadi masalahnya , dia yang kucar-kacir sekarang . Jadi , gadis itu perlu bayar atas kesalahannya yang menyebabkan dirinya gila bayang tentang adegan pagi tadi . Lagipun Tiada siapa yang akan merebutkan gadis itu darinya . Kalau ada yang menghampiri gadisnya , nasib malang alan menghantui . Mati !

" Salah kau , girl . Sebab minat pada aku . Aku harap kau bertahan .. "

" - Sebab aku . Killer .."

Tatapan pada gambar itu direnung kembali diakhiri dengan keluhan kasar . Dia terus menaiki katilnya . Telefonnya diletakkan di bawah bantal . Tidak sampai beberapa minit , matanya terlelap .

Tbc .

Likes and comment always . Maaf buat you alls tertunggu-tunggu dengan chapter seterusnya . Seperti yang dijanjikan , done published !
Btw , i'm kpop fans. ❤️

My Faith , Thats Bad Boy | completeWhere stories live. Discover now