2 - Ragu

854 69 3
                                    

Taeyong dan kawan-kawannya sedang berkumpul di dalam bilik muzik bersama Kim Reena seperti biasa selepas habis waktu sekolah.

Cuma hari ini kurang seorang ahli mereka iaitu Ten.

Sedang mereka leka bermain instruments didalam bilik itu, suara Doyoung mengalihkan perhatian mereka semua yang ada didalam.

"Tae, aku dengar ada budak baru dalam kelas kau. Siapa? Ada jugak lah mulut-mulut perempuan kelas aku kata dia tu hensem betul ke?" Kening Doyoung diangkat-angkat kepada Taeyong yang duduk diatas kerusi disebelahnya.

"Halah, sibuk jelah kau Doyoung, budak kelas aku kau nak sibuk apahal?" balas Taeyong dengan nada menyampah membuatkan doyoung sakit hati.

Disebabkan geram dengan jawapan Taeyong, Doyoung mengetuk kepala lelaki disebelahnya itu menggunakan drumstick yang dipegangnya.

Taeyong mengaduh sakit sambil menggosok kepalanya perlahan.

"Yah! Janganlah pukul dia." Marah Reena yang memerhatikan kejadian itu untuk membela Taeyong.

Tak semena Taeyong mengenyitkan matanya kepada gadis itu dan sedikit flying kiss diberi antara satu sama lain.

"Dah siapa suruh jawab macam tu?!" Balas Doyoung kepada Reena, teman wanita Taeyong. Kedua-duanya menjeling serentak antara satu sama lain.

Taeyong hanya mengekek ketawa melihat mereka berdua bergaduh seperti anjing dan kucing.

"Tak sah kan kalau tak gaduh korang ni?" Kata Jaehyun.

"Tapi bro, aku nak tau jugak siapa nama dia, bagitahu jelah." Johnny menyampuk, diiyakan oleh Doyoung dengan penuh semangat .

Taeyong pandang keatas seakan berfikir dengan bibir yang dimuncungkan. "Nama dia aku tak berapa nak ingat sangat sebab susah ah nak sebut. Tapi dia suruh aku panggil dia Lucas."

Tiba-tiba suara yang nyaring memenuhi sengenap bilik

"Lu..lucas? Wong Yukhei ke maksud awak?" Kata Reena separa menjerit kepada Taeyong. Air mukanya nampak teruja.

Semua lelaki dalam bilik itu pandang kearah satu-satunya gadis disitu.

"Haah! Dia ah tu. Macam mana kenal dia?" Jawab taeyong dan bertanya.

"Tah, macam mana kau kenal dia Reena?" Jaehyun hairan.

"Macam ni.. Lucas tu kawan sekolah aku dulu." Kata gadis itu. "Tae, Nape awak tak cakap awal-awal? "

"Manalah saya tahu awak kenal dia ke tak. Lagipun buat apa saya nak kenalkan lelaki lain kat awak? " Taeyong membuat muka geram kepada buah hatinya seakan memberi amaran.

"Dia okay tak Reena? Kalau okay aku nak jadi member dia ah. Dengar cerita dia popular en, sebab budak perempuan bising gila doh cakap pasal dia" Tanya Doyoung masih ingin tahu

Reena mengangguk tanpa ragu-ragu "Haah. Dia popular. Handsome tu ada jugak ah and bagi aku dia baik" jelas Reena

"Baik? Macam f*ckboy je saya tengok" balas Taeyong, menjeling

"Jahatnya mulut tu. Dia tak macam tu eh, saya kenal dia!" Balas Reena seperti marah.

"Dah lah, nak gaduh pulak kat sini. Nak gaduh tolong keluar, pergi tempat lain." Ujar Jaehyun seperti langsung tiada perasaan sambil tangannya tunjuk pintu bilik itu.

Selepas pergaduhan kecil mereka berdua dileraikan oleh Jaehyun, suasana menjadi senyap. Semua sibuk membuat hal masing-masing seperti ketika awal-awal mereka masuk ke situ tadi.

Reena berjalan ke tempat Taeyong duduk dan menarik tangan lelaki itu untuk bangun. Taeyong tidak bangun, tapi dia memandang hairan kearah Reena yang sedang berdiri didepannya, ingin mengatakan sesuatu.

"Taeyong, awak kata ada kelas en sekarang.. awak tak nak masuk ke?"

"Aah lah, kita kan ada kelas petang. Jomlah gerak sekarang" Celah Jaehyun selepas mendengar kata Reena, dia melihat jam di telefonnya.

Semua bergerak ke kelas untuk menghantar Taeyong dan Jaehyun memandangkan mereka berdua satu kelas.

Reena berjalan seiringan dengan Taeyong dan kedua-duanya hanya diam berdua dibelakang sekali.

Bahu Reena dilanggar oleh seorang lelaki secara tak sengaja yang datang dari arah belakangnya lalu dia dengan serta merta meminta maaf kepada gadis itu

Lelaki itu tersengih melihat Reena saat dia mengangkat kepala selepas mengucapkan maaf.

Lucas tidak berhenti tersenyum. Matanya mengerli kekiri nampak ada muka yang sedang berkerut dahi, memandang momen mereka berdua

Mati senyumannya serta merta.

"Awak okay tak?" Soal Lucas prihatin sambil cuba untuk menyentuh bahu Reena.

Taeyong nampak tangan Lucas sedang meliar hendak ke bahu Reena,

"Okay-okay. Dia okay, jangan risau" Taeyong tepis tangan Lucas dari terus menyentuh bahu teman wanitanya.

"Oh okay. Sorry tau" Lucas tunduk beberapa kali namun masih tersenyum kepada Reena sebelum beredar.

"Jumpa dalam kelas eh ketua kelas!" Senyuman dan sapaan yang mesra di beri kepada Taeyong juga.

Taeyong diam, wajahnya berubah dingin, sambil pandang Lucas atas bawah walaupun dia sudah jauh dihadapan.

"Apa masalah mamat ni?"

Taeyong sedar dari tadi girlfriend dia masih menahan senyum seperti ada maksud lain yang dia sedang pendamkan.

-

"it was messed up from the beginning"

🌱

Maaf jika ada kesalahan typo 👐

BYE | Lee Taeyong NCT [Re-edit]Where stories live. Discover now