Chapter 7 - Scar

3.6K 149 1
                                    

Zairul keluar ke beranda untuk menghisap sebatang rokok. Stress stress dia pon dia rasa Eian ni comel je tadi. Zairul memandang ke atas iaitu bilik Eian. Zairul senyum melihat bilik itu.

"Haih ada ada je la budak ni. Tak dapat masak Maggi je pon dah sedih.." Zairul tergelak kecil. Dia menikmati keindahan waktu malam. Besar juga rumah banglo ni. Tapi yg duduk hanya sorang. Seorang budak lak tu. Haih. Kesian dia. Zairul memandang ke arah bilik itu balik.

Tiba tiba, terasa seperti ada bayangan lampu dari torchlight menghadap ke arah bilik Eian. Zairul mengecilkan matanya untuk lihat dengan lebih jelas.

Apa tu? Jangan kata ada org nak hendap bilik dia..?! Shit!

Zairul terus mencapai telefonnya di poket dan menelefon C4 supaya check Eian di dalam bilik. Tapi tidak diangkat. C4 dibuai mimpi sambil berdenkur kuat di biliknya.

Hishhhhh! Erghhh!

Zairul terus meletakkan fonnya dan baling putung rokoknya. Dia terus melompat ke tepi dan menyambut batang paip itu selepas itu pergi melompat ke arah bumbung. Zairul mengendap sedikit demi sedikit melihat ke arah bilik Eian melalui tepi sudut bumbung.

Wajah Zairul terkejut.

"Meowwwww"

Suara seekor anak kucing comel bermain bersama Eian di atas bumbung.

Eian duduk di atas bumbung sambil makan Maggi Karinya seperti makan keropok. Dia memandang ke arah kucing itu.

"Awak tak boleh makan la...." Kata Eian perlahan sambil mengunyah Maggi Kari itu. Kucing itu lagi sekali meng-meow pada Eian. Kelihatan dia sangat lapar.

"Tak boleh makan....ak...aku pon...ten...tengah lapar jugak ni..." suara serak Eian kedengaran sambil menguyah. Seperti ini menangis. Dia hanya memandang sahaja anak kucing itu yg sedang membelai ke arah Eian. Lalu eian menguyah maggi itu kasi lembut dan memberi pada anak kucing itu.

"....sedap....?" Senyum Eian sambil tadah tangan pada anak kucing itu. Anak kucing itu makan dengan enaknya. Tiba tiba ibu pada anak kucing itu memanggil.

"Oh? Ibu awak tengah panggil itu...cepat pergi nanti mesti dia tengah risau tu....." kata Eian. Anak kucing itu pon berjalan ke arah bumbung sebelah sana sambil 'meow'.

Zairul yang lihat Eian dari sudut jauh lega. Rupanya dia orangnya. Haih. Ingatkan orang jahat mana la. Lalu Zairul menoleh belakang untuk pulang balik pada biliknya tetapi tiba tiba terdengar tangisan seseorang.

Eian sedang menangis memeluk tubuhnya. Zairul terhenti.

"....Ayah.....Eian rindu sangat dengan ayah.....Eian just nak kasih sayang orang ramai sahaja ayah..... tapi kenapa tiba tiba mama jadi mcm tu ayah....? Eian takut ayah...." suara sebak Eian kedengaran. Eian menangis di dakapannya. Di bawah cahaya bulan malam purnama, seorang anak muda menangis merindui ayahnya.

Zairul menundukan kepalanya. Dia tak tahu kenapa tapi dia rasa kesian dgn Eian. Zairul tidak menoleh ke arah Eian lalu dia terus ke biliknya.






--------------------------------------------





*knock knock*

Bad Guy Good BoyWhere stories live. Discover now