chp 11

425 77 11
                                    

[Sha pov again -..-]

"Kenapa?"


"Kenapa apa?"

Apa lah bengap sangat si jimin ni 😑 aku tanye die die tanya aku balik adoiyai.


"Eishh!"

"Argh! Woi vavi sakit la!"

Kepala jimin aku sekeh. Entah la mood aku tengah tak baik kot sekarang tu keje nak menyekeh orang je. Kesian pulak aku tengok jimin yang tengah keliru sambil gosok gosok belakang kepala die.



"Aku tanya kenapa? Kenapa kau kate tae berubah sebab kau?"


Soalan aku dipalau jimin. Hey aku tak paham la manusia zaman abad 21 ni suka sangat memalau orang. Tak pikir ke hati kita yang sakit ni?


Dah lah! disebabkan aku malas nak tunggu jimin bukak mulut dia beritahu aku, aku tiba tiba berdiri. Buku buku atas meje aku kutip dan sedia nak blah. Tunggu mamat ni terang dekat aku? Hufff aku rasa kalau tunggu tapir jantan beranak lagi cepat dari tunggu si jimin ni cerita dekat aku.


"Weih kau nak pergi mana sha?"


Jimin yang sedar aku dah sedia nak angkat kaki kanan cepat cepat tahan aku. Aku cuma perhati muka jimin dengan pandangan malas.

Lorh pikir gueh tunggul apa mahu nungguin lorh? Bikin panes hati aja sih ngomong ama kamu. Meningan gueh kabur aja.


Ha tudiaaaaa pengaruh sinetron lol kau hade?


"Aku pergi dulu la jimin. Kelas aku dah nak start. Bye"

"Ouh okayy.. Bye"

_________//_______________

[Jimin pov]

Aku tengok sha melangkah laju pergi meninggalkan aku. Ye aku tahu die marah. Marah sebab aku palau soalan die. Minah tu hati tisu siket pantang orang palau die teros merajuk ceyh.


Aku tak boleh bagitau die.  Yang memang taehyung berubah sebab aku pon.


Die...


Suka kan kau sha..


Aku tahu tu tapi aku buat buat tak tahu. Aku ikutkan sangat ego aku ni. Taknak beralah dengan tae. Kalau lah aku mengalah je dulu and tak couple dengan kau.. Mesti kau tengah bahagia dengan tae sekarang.



Throwback lagi. Bosan? Kopikir aku kesah? Bahahhaha k bye


Aku nampak taehyung asyik tenung sha. Tiap tiap kali kitaorang lepak memang aku perasan tae cuba rapat dengan sha. Die cuba tunjuk perasaan dia tapi sha tuje lembab. Tae suka die pon dia tak tau.


Hati aku sakit. Sebab apa? Sebab aku pon suka sha. Kita orang tak ubah macam kisah cinta tiga segi. Masalah besar sebab aku dan tae suka orang yang sama.


Orang cakap, lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan. Pasti salah sorang akan pendam perasaan yang istimewa.


Aku taknak berebut dengan tae. Tapi aku pon taknak mengalah. Ahhh apa aku nak buat?!




Untuk pengetahuan, aku dan taehyung duduk serumah dulu sebelum tae pindah keluar..


"Jimin-ah!"

"Nae?"

Taehyung yang sedang tenung sesuatu tiba tiba tegur aku yang sedang asyik bermain phone. Aku cuba sepetkan mata aku tengok apa yang tae asyik belek berjam jam dari tadi.


C-cincin? Jangan cakap die nak bagi dekat..

"Aku suka sha. Aku ingat aku nak bagitau die pasal perasaan aku ni. Kau kawan baik aku kan? Kau rasa patut tak aku bagi die cincin ni?"


Sambil tersenyum taehyung hulur cincin tu depan muka aku. Aku hanya tersenyum fake. Apa aku nak jawab?


"E-en.. Entah la.."

Aku hanya mengeluh berat dan membuatkan taehyung beri aku pandangan pelik.


"Kenapa? Kau rasa tak patut ke aku bagi cincin ni pada sha?"


Soalan taehyung buat mulut aku kaku. Aku hanya kemam mulut aku dengan dahi yang berkerut.


"Taetae-ah .. Sebenarnya aku.... Sebenarnye.... T-tak takpe la.. Ikut kau la nak bagi ke tak"


Aku hanya tersenyum dan kembali pura pura focus pada phone. Aku tak sanggup nak terus terang dengan die.


Sempat aku curi curi pandang taehyung yang tengah tersengih sorang diri sambil sambung telek cincin ditangan die.



Maaf tae...

Aku dah couple dulu dengan sha..



End throwbck







Pendek je chp ni.. Woishh aku dapat rasa fanfic ni makin hambar. Adoihhh sedih pulak :')

Voted and comments plis

[C] IronKOOK Man [2018] +//jjkWhere stories live. Discover now