PELIK

1K 20 2
                                    

PELIK

Syafiq Aizat

Kebelakangan ni, hidup aku makin pelik.

Biasanya genre hidup aku adalah general fiksyen – Alah, yang bertemakan realisme dan ada ayat-ayat deep, macam cerita-cerita yang Rumah Lipur Lara terbitkan.

Tapi kebelakangan ni, genre tu bertukar kepada pulp noir.

Macam... kebanyakan buku Fixi.

Jadi... dari mana nak mulakan?

Hm...

Lima minggu lepas, pelajar petama – Nor Amali Cinta Qaseh Nasuha binti Sobri – hilang, tak ditemui. Ibu bapanya buat report polis, menyatakan yang anaknya – seorang gadis berusia 17 tahun tidak pulang ke rumah selepas habis waktu sekolah.

Masa tu orang ingat dia mungkin lari dengan mana-mana pakwe rempit tua. Bukannya nak judge, tapi perempuan tu budak Wechat. Jadi kebarangkalian untuk dia terjebak dengan gejala-gejala macam tu adalah amat tinggi. Mana aku tau? Dia classmate aku. Dan walaupun namanya panjang berjela dan berseri-seri, percayalah, orangnya tak berseri pun. Senang cerita, buruk. Indah nama daripada rupa.

Untuk beberapa hari, muka dia dan caption panjang emaknya, yang merupakan kaki taip panjang-panjang di Facebook jadi viral. Tidak kira di Twitter, Facebook sendiri, mahupun group WhatsApp. Sampaikan makcik aku yang tinggal dekat Sabah pos pasal kehilangan Nor Amali Cinta Qaseh Nasuha binti Sobri ni dalam group family aku. Jangan pandang rendah kuasa viral.

Cukup seminggu, pelajar kedua pula hilang. Nama dia Siti Hajar binti Suhaimi. Yang ni, orang tak dapat teka macam mana dia hilang. Dia alim, (come on, semua orang yang nama Siti Hajar mesti alim. Kau jangan tak tahu.), jadi satu-satunya kemungkinan dia hilang pada orang adalah, dia mungkin diangkat ke langit untuk berlawan dengan Ayah Pin.

Dan, seperti yang dijangka, seminggu lepas Siti Hajar hilang, orang ketiga pula hilang. Juga pada hari yang sama – hari Khamis. Dan bermula daripada itu, aku dah mula syak satu benda.

Kehilangan pelajar perempuan ni berlarutan sampai ke pelajar keempat. Seorang pelajar bernama Siti Sutinah kemudian bercadang untuk mula menyiasat. Yang aku tak fahamnya, kenapa dia mesti ajak adik aku sekali tolong dia? Mirul ni pula jenis yang tak reti menolak, jadi dengan tak rela dia tolong si Sutinah tu. Tak pasal-pasal aku kena juga tolong budak dua orang ni atas beberapa sebab. Antaranya, sebab aku seorang abang yang bertanggungjawab dan over protective. Lagi-laginya terhadap budak perempuan yang suka ambil kesempatan dekat adik aku tu.

Puas aku yakinkan dia untuk dapatkan bantuan cikgu dulu sebelum mulakan apa-apa bentuk siasatan, jangan memandai buat kepala sendiri. Mana tahu benda ni berbahaya macam, melibatkan penjenayah atau makhluk ghaib...

Tapi tak! Perempuan tu keras kepala. Cikgu sekarang tak peduli dengan hal luar bilik darjah, katanya. Berhujah, tak nak kalah.

Daripada 'research' yang dia buat, katanya semua empat-empat orang yang hilang sebelum ni tak pernah keluar daripada sekolah pun.

"Mana kau tau ni?" aku tanya.

"Aku tanya guard," jawapan yang dia beri.

Biar betul perempuan ni? Sekolah ni ada dekat dua ribu pelajar kot, takkanlah pak guard boleh keep track setiap pelajar siapa yang keluar siapa yang belum.

"Lulu tu anak kawan pak guard tu. Kompemlah dia perasan," dia sambung.

"Lulu?"

PELIKWhere stories live. Discover now