PELIK 3.0

699 28 4
                                    


Sudah hampir dua minit Syahmi melihat pantulan dirinya pada cermin kedai itu. Dia bangga kerana badannya begitu katang sekali. Meskipun yang dibawanya hanyalah beberapa bungkus Maggi di dalam plastik, urat-urat tangannya sangat mengiurkan dirinya sendiri.

Walaupun berkerja sebagai cashier, cita-citanya besar.

Iaitu ingin memiliki otot-otot yang besar.

Tiba-tiba, rasa tak gementar datang menghinggap. Dia mula berjalan dan mengelamun.

Tak lama lagi, semua ketulan-ketulan ni akan hilang. Dia dah tak ada duit untuk membeli protein shake. Baki duit terakhirnya telah digunakan untuk membeli Maggi – yang berkemungkinan merupakan makanannya untuk dua minggu yang akan datang. Duit belanjanya bulan ini sudah habis untuk membeli perkakas bina badan – pull-up bar, dumbbell, glide disk, finger board – dan membayar personal trainer di gym. Kerana baginya, work-out di rumah sahaja tidak cukup.

Kalaulah ada cara untuk dapatkan tubuh badan yang kuat tanpa perlu keluarkan duit...

Dalam berjalan di lorong belakang itu, dia ternampak satu aktiviti pelik.

Seorang lelaki sedang mengukir sesuatu pada dinding bangunan sambil diperhatikan seorang wanita pertengahan umur.

Syahmi cepat-cepat menyorok di belakang tong sampah sambil memerhatikan apa yang sedang berlaku.

"B...betul ke ni?" tanya wanita itu setelah si lelaki habis mengukir.

Si lelaki mengangguk.

Handphone dikeluarkan, dan wanita itu menangkap gambar dinding tersebut. "Terima kasih," katanya.

Wanita itu terus beredar sementara lelaki itu duduk di atas salah satu tong sampah berhampiran. Payung hitam yang dipegangnya dibuka, meskipun langit senja waktu itu sangat tenang.

Setelah memastikan tiada orang lain di belakang lorong sunyi itu, Syahmi pergi melihat apa yang diukir tadi.

Apa yang ada pada dinding bangunan itu umpama satu formula menyeru sesuatu. Dan formulanya bukan hanya satu. Ada empat lagi ukiran lebih kurang sama di bahagian lain.

Seperti dirasuk, dia terus pergi ke arah lelaki berpayung yang sedang duduk di atas tong sampah itu. Payung yang dipegangnya sudah patah separuh. Di atas payung tersebut tertulis, 'SAYA TUNAIKAN PERMINTAAN'.

"Nak apa?" tanya lelaki itu.

Dengan spontan, Syahmi jawab, "Kuat. Aku nak kuat."

Payung ditutup, dan lelaki itu terus bangun, berjalan melepasi formula yang ditulis untuk wanita tadi, dan mula mengukir sesuatu menggunakan hujung bahagian payung yang patah.

Syahmi melihat dengan penuh teruja. Dia terpukau.

________

Satu simbol pelik dilukiskan pada belakang tangan kiri dan kanannya menggunakan minyak hitam yang baru dididihkan. Rasa perit melecur ditahan demi mendapatkan apa yang dia mahu.

Apabila jam tepat menunjukkan jam 12 tengah malam, Syahmi merapatkan kedua belah tapak tangannya. Dan mula mengumam.

"Aku lagi bang wingo wingo,

jin setan kang tak utusi,

jin setan kang tak utusi,

dadyo sebarang,

PELIKWhere stories live. Discover now