» Prologue ♡

227 27 33
                                    

Aku memerhati diriku di hadapan cermin pada dinding bersebelahan sebuah kedai. Aku cuba mengumpul kekuatan diri untuk hari ini.

Aku akan menerima dia, setelah sekian lama. Aku tersenyum pada beberapa perubahan yang telah berlaku pada aku. Aku memakai klip rambut berbentuk rama-rama untuk mengemaskan bangs aku. Aku juga memakai reben kecil berwarna unggu pastel bersama getah rambutku.

Gayaku agak feminin. Semuanya untuk si dia. Aku rasa sedikit malu kerana menolak dia dulu sebab aku tidak pasti dengan perasaan sendiri.

Tetapi harini, aku yakin. Aku akan luahkan perasaan aku dengan yakin. Mungkin dia akan gembira. Atau terkejut? Apa-apa sajalah.

"Kau boleh, fighting Min Eunhwa!" aku cuba memberi semangat pada diri sendiri.

Aku berjalan ke arah sekolah yang beberapa meter sahaja saat ini. Wajah ceria aku tidak dapat dibendung kerana teruja.

Masuk sahaja ke dalam kawasan sekolah, aku ternampak si dia yang sedang bersandar pada dinding sambil melihat telefon pintarnya.

Aku tersenyum dan melangkah mendekatinya.

"Hai Jimin sunbae."

Kepalanya terangkat dan memandangku. Jantungku berdegup laju apabila bertentang mata dengan dia. Dia hanya memandang pelik pada aku. Mungkin pelik bila aku tiba-tiba memanggilnya. Sebelum ini aku tidak pernah pun panggil dia.

"Kenapa?" soalnya sambil memasukkan telefon pintarnya ke kocek seluarnya.

"Saya nak cakap sesuatu." ujarku, sedaya upaya agar tidak gagap. Dia setia memusingkan seluruh tubuhnya pada aku, tanda setia mendengar.

"Sebenarnya saya..." aku teragak-agak untuk memberitahu. Tetapi aku tetap cuba untuk bercakap. "Saya.."

Aku agak kecewa kerana keyakinan aku menurun ketika ini. Tadi bukan main semangat. Lama memerhati diri sendiri dari hujung rambut sampai hujung kasut selama 15 minit di cermin tadi. Sekarang, rasa susah sangat nak luahkan apa yang hendak aku luahkan tadi.

"Cakap jelah." kata Jimin sambil memeluk tubuhnya dan kekal memandang mataku. Aku kemam bibir seketika dan angguk kecil.

"Saya suka sunbae."

Jimin tidak balas apa-apa dan hanya menatap aku. Tiada siapa bersuara buat beberapa saat itu. Aku agak terpana apabila reaksi Jimin begitu. Seperti tidak suka dengan luahan aku.

"Oppa!"

Tiba-tiba seorang pelajar perempuan berlari mendapatkannya. Aku terkejut apabila pelajar perempuan itu memeluk lengan Jimin. Jimin pula senyum padanya.

Kepalaku penuh dengan tanda tanya. Siapa dia?

"Ni siapa?" soal pelajar perempuan itu kepada Jimin.

"Oh ni hoobae saya. Kenalkan, ini Eunhwa. Eunhwa, ni girlfriend aku Cha Miseul." balas Jimin, membuatkan aku terkesima. Baru aku sedar yang aku dah terlambat.

"Oh, hai." Miseul tersenyum pada aku. Aku cuba untuk membalas senyuman dia walaupun hidung aku terasa pedih sekarang ini. Tolonglah jangan menangis sekarang.

"Oppa, jom pergi kantin beli makan. Seul laparlah." ajak Miseul yang setia memeluk lengan Jimin.

"Okay Seul pergi dulu. Oppa datang sekejap lagi." Miseul angguk dengan senyuman lebarnya lalu beredar ke kantin sekolah.

Jimin memandang aku dan tersenyum sinis. "Sudahlah, jangan mimpi aku nak suka kau balik." dia menyapu rambutnya ke belakang dan sambung, "Lagipun siapa nak suka perempuan lembab macam kau?" kemudian dia beredar mendapatkan Miseul.

Aku terkaku di tempat aku berdiri ketika ini.

Ya Tuhan, kalaulah aku boleh putarkan masa, aku akan terima dia dulu.

•••

Re-published 👻

Yery senanya dah buat 35 chap untuk Fake Chat tapi bila baca balik, terlalu cliche so Yery ambik keputusan untuk un-pub dan edit storyline. And story ni dijamin complete. Takda delete ii lagi.

Dan word memang pendek. Yery decide nak buat gaya penulisan like Tears +jjk. Sebab ff ni just sementara af ii Yery nak habis. Word prologue dan epilogue je yang panjang.

Yery rasa Yery xleh buat ayat sempoi sangat sebab nanti semua watak nampak sempoi and end up dengan konflik yang cliche 😑

Dan ketahuilah, Yery adalah ANTI sad ending 😂 tapi tak semestinya ff ni menjaminkan happy ending 🌚 manatahu Yery nak cuba sesuatu yg baru ke kan HAHAHAH

Tedalah seya memain ja

Okaylah enjoy ! ♡

«C» If That Time ↭ pjmHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin