Solar muncul.. alamak..

569 29 0
                                    

*spoiler untuk episode akhir boboiboy galaxy.. cuma solar je xD*

Selepas kekalahan kapten author lupa nama dia, boboiboy bangun dari pengsan. Oh, dan Boboiboy dapat kuasa baru, boboiboy solar.. dan aku tak de upgrade pun.. "haih.. asal lah aku tak de kuasa hebat macam boboiboy.." aku memandang langit di planet alien ini dengan sedih lalu aku mengeluh, angin bertiup lembut bagi mahu memujuk aku, "jeles ke?" Author muncul di sebelah ku, seperti biasa dia memakan makanan ringan. "Mana ada.." aku berkata perlahan "kau tau kan yang cite ni aku buat?" Author menaikkan kening nya memandang aku dengan pandangan 'aku tau apa kau fikir' "ughh.. ok ok.. aku cemburu sikit dengan kuasa boboiboy, dia ada kuasa elemental, aku pula kuasa menyeru senjata je.. tu pun setakat tukul dengan machine gun" aku berkata tidak puas hati. Author mengeluh "aku ingatkan kau setiap cerita ada watak utama, cerita Boboiboy dia lah watak utama.. cerita kau (n/a) kau watak utama, tak kira apa kuasa kau, apa kelemahan kau yang penting, kita hero selamatkan orang untuk lihat senyuman lega mereka apabila mereka melihat orang yang mereka sayang masih hidup.. fikir apa yang aku bagi tau.. kau jadi ahli TAPOPS untuk apa?" Itu kata terakhir author sebelum dia berjalan pergi dari aku.asal aku jadi ahli TAPOPS? Aku memandang tangan ku "aku nak lindungi kawan-kawan aku, atok, nenek.. bumi." Aku berbisik kepada diri ku.

" (n/a)?" Suara yang biasa ku dengar memanggil nama ku, aku memandang ke arah suara itu, pemilik suara itu adalah "boboiboy?" Boboiboy memberikan aku senyuman dan duduk di sebelah ku "kau ok tak?" Dia bertanya, aku memberikan dia senyuman dan menggelengkan kepala ku. Boboiboy mengeluh "maaf, aku curi dengar apa yang kau borak dgn author.." dia berkata sambil memandang ke arah lain, aku tersentak "b-bukan macam tu! Aku.. aku.." aku tak dapat berkata apa apa.boboiboy bangun dan berdiri di hadapan aku tetapi dia berada di jarak yang agak jauh "aku cuba tukar jadi solar.." aku terkejut, kali terakhir atau pertama dia bertukar jadi solar dia hampir koma "Boboiboy solar!" Satu cahaya terang menerangi tempat di mana Boboiboy berdiri ia memaksa aku menutup mata ku bagi mengelakkan cahaya terang itu di hadapan aku berdiri boboiboy solar.. alamak hot pulak dia ni.. nope bad (n/a) setia dengan crush kau katil! " (n/a)" dia memanggil aku membuatkan aku memandang nya "mungkin kau jeles dengan kuasa aku.. tapi kuasa ni tak sekuat kuasa kau, tak seunik kuasa kau.. tapi aku berusaha keras menjadi kuat sebab aku nak lindungi kawan-kawan dan orang yang aku sayang.. tok aba, ochobot.. kau adalah orang yang berharga buat aku. Sebab itu aku kena jadi kuat untuk lindungi korang!" Solar berkata, mata aku terbuka luas sedikit, muka ku merah padam, aku adalah orang yang berharga buat diri Boboiboy? ".. aku pun nak jadi kuat.." aku berkata, masih memandang dia, masih merah padam, "a-aku pun nak lindungi orang yang berharga buat diri aku.. atok, nenek, ochobot, kau.." muka solar bertukar merah sedikit "ehem.. jadi mari kita sama-sama jadi kuat ok?" Dia memberi aku jari bagus "heh, mestilah!" Aku senyum gembira.

Extra scene

Kaizo memandang author yang sedang merakam detik-detik indah ini "apa kau buat ni?" Author memberikan kaizo jelingan maut "ssshhh, aku rakam detik ni untuk atok dengan nenek!" Kaizo mengeluh dan memandang ke tempat lain "selain dari kau rakam detik indah diorang, elok kau rakam detik indah kita." Author memandang kaizo yang memandang ke arah lain. "Pick up line kau lemah kai, camni kau nak mengurat anak dara orang?" Kaizo memandang author dengan marah "aku cakap benda betul kan!" "Blehh, aku reject" "reject lagi?" "Yep,reject lagi"

Huhuhu nampaknya awak ni orang berharga buat boboiboy ye? Dalam versi solar pulak tu jeles pulak i, gurau harap korang terhibur dan hiraukan bahagian author dengan kaizo gurau manja je.*elak pedang kaizo* haha, ok lah tunggu bab lain eh!

Can I inlove with you? Boboiboy galaxy x readerWhere stories live. Discover now