31

118 10 0
                                    

Keesokkannya...

Jimin ke hospital pada hari itu. Semalam selepas mandi dia tertidur sampai lah ke pagi. Ini pertama kali dia tinggalkan Bella seorang diri di hospital.

Apabila sampai di depan wad Bella jantung jimin mengepam kuat apabila doktor masuk ke dalam wad dengan tergesa-gesa. Dia ingin masuk ke dalam wad tetapi doktor menyuruhnya menunggu di luar wad. Jimin terpaksa akur. Dia tak habis-habis berdoa agar Bella tidak apa apa.  Jika ada sesuatu yang berlaku kepada Bella dia mungkin tidak dapat maafkan dirinya kerana dia tidak menjaga Bella semalam di wad. Dia menyesal kerana tidak berada di sisi Bella semalam. Jimin menguak rambutnya ke belakang.

Pintu wad dibuka dari dalam. Seorang lelaki berbaju kot labuh keluar. Jimin mendekati doktor tersebut.

"Macam mana dengan Bella doktor?" Tanya Jimin.

"Jangan risau. Bella sudah sedar tapi dia perlukan rehat kerana tubuhnya lemah." Kata doktor tersebut bersama senyuman dibibir. Tetapi senyuman jimin lagi lebar apabila mendengar yang Bella sudah sedar.

"Boleh saya masuk?" Tanya Jimin. Doktor itu menggangu dan Jimin terus masuk ke dalam wad Bella.

Jimin mendekati Bella dan memeluk Bella dengan erat untuk melepaskan rindu Tapi Pelukan jimin tidak dibalas oleh Bella malah Bella menolak jimin menjauhinya.

"Awak siapa? Kenapa tetiba je peluk saya?" Soal Bella. Jimin terkebil-kebil memandang Bella yang menanyakan soalan itu.

"Saya Jimin lah. Takkan tak tengok muka saya sebulan dah tak kenal" ujar Jimin dia mula berasa pelik dengan Bella.

"Saya tak kenal awak" ujar Bella. Jimin merenung Bella dengan hairan.

"Saya suami awak lah. Takkan awak tak kenal." Kata Jimin.

"Apa awak merepek ni? Saya tak kahwin lagi lah." Kata Bella

"Awak dah kahwin. saya suami awak!" Kata Jimin. Dia memandang Bella dengan sayu.

"Awak tipu. Saya takde suami lah. Awak ni siapa? Tetiba je mengaku suami saya. Saya tak kahwin lagi. Lagipun. Saya tak kenal awak sape." Kata Bella. Jimin merenung ke dalam mata Bella tetapi Bella mengalihkan pandangan.

"Saya suami awak. Saya tak tipu." Kata Jimin untuk meyakinkan Bella.

"Awak ni penipu. Baik awak keluar sekarang dan jangan datang sini lagi. Saya tak nak tengok muka penipu macam awak." Kata Bella dengan tegas.

"Sampai hati awak tak ingat saya." Kata Jimin. Matanya kini bergenang dengan air mata. Dia terus keluar dari wad dan menelefon mama dan papa Bella. Serta omma dan appanya. Selepas call mereka, Jimin meraut mukanya. Fikirannya kusut sekarang ni. Dia merasakan Bella hilang ingatan. Mungkin sebab hantukkan yang kuat di kepalanya.

15 minit kemudian parents Jimin dan Bella sampai di hospital. Mereka mendekati Jimin yang termenung di kerusi yang disediakan. Mereka menjangkakan sesuatu yang tak elok berlaku.

"Jimin kenapa ni? Macam mana dengan Bella?" Soal puan Kim. Dia risau jika berlaku sesuatu kepada anaknya.

"Bella tak pape. Dia dah sedar."

"Bagus lah kalau dah sedar. Habis tu yang kamu sedih ni kenapa?" Tanya puan park.

"Bella..." Ayat Jimin terhenti. Dia mengelap air matanya yang mengalir di pipi.

"Lah menangis pula. Lelaki apa la menangis macam ni. Buat malu je kamu ni" kata tuan park. Jimin terus menyapu air matanya apabila appanya berkata begitu. Mereka semua ketawa melihat gelagat Jimin.

"Kenapa kamu nangis ni? Kan Bella dan sedar. Jom lah masuk tengok" kata tuan Kim.

"Tapi...Bella tak ingat Jimin." Kata Jimin perlahan.

Feelings [P.J.M]Where stories live. Discover now