00 : Monster

909 25 7
                                    

I fear no monster
for no monster I see,
Because all this time,
the monster has been me. ❞

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••

"Yah! Yoon Rainna, stop smoking!" teriakkan itu kedengaran di depan pintu.

Rain hanya memandang sekilas, mendecik sinis dan hiraukan wanita itu. Tindakkan itu juga sekaligus membuatkan rokoknya direbut dan dilenyek serta merta.

"Yura shii! " dia ingin memberontak dengan tindakkan pengurusnya itu tapi wanita itu menahannya dengan sekali karate dan Rain terus jatuh tersungkur.

"You should listen to me, so don't have to end up like this." ucapan itu begitu tajam menusuk hati. Rain menyeka air matanya dan menyumpah geram.

Kim Yura menghulurkan tangannya untuk Rain, tapi gadis itu lebih memilih untuk bangun sendiri.

"Berhenti ganggu urusan peribadi aku." serius Rain memberi amaran meskipun dia tahu pengurusnya itu tidak akan mendengarkannya. Jika hal itu berlaku, pasti Kim Yura akan dipecat menjadi pengurusnya.

"Berhentilah buat perkara bodoh, dan aku juga akan berhenti membuat kau marah dengan aku." balas Kim Yura dengan tenang. Seperti yang Rain duga, sememangnya wanita ini tidak akan pernah mendengarkannya.

Kim Yura membetulkan dress yang dipakai artis jagaannya ini seolah tadi tidak pernah berlaku pertengkaran.

"Your mom has been waiting for you. Pergilah." pujuknya. Ucapan yang sekaligus membuatkan Rain bertambah kesal. Kenapa Kim Yura selalu berpihak pada wanita itu? Kenapa Kim Yura selalu meminta dia melakukan hal yang sama sekali tidak ingin dilakukannya?

Kim Yura bersama dengannya sejak dari awal kemunculannya di bidang ini. Tapi kenapa Kim Yura bertingkah seolah-olah mereka baru saja berkenalan kemarin.

Rain menepis tangan Kim Yura dan melangkah meninggalkannya. Mahu tidak mahu, dia harus hadir ke majlis itu.

Sekiranya tidak, para wartawan pasti akan bertanyakan hal itu dan reputasi Yoon In Ha pasti akan buruk.

Huh, Sekarang tidak lagi Yoon, tapi sudah pasti Kim In Ha.

"Rain noona!" namanya dipanggil. Pembantu peribadinya itu mendekati dengan termengah-mengah.

"Noona kemana? Penat saya cari. Kereta dan siap, dan一"

Pukk!

Beg itu diketuk di kepala lelaki itu. Bongsuk selalu saja bertingkah cemas jika dia pergi tanpa memberitahu. Manakan tidaknya, kalau dia tak ditemukan, pasti dia akan dimarah pula oleh pengurus Kim.

"Berhenti membebel. Mana kunci kereta?" Rain menadahkan tangannya. Lelaki memakai kaca mata itu mendongak ke arahnya dengan muka pelik.

"Ha?"

"Kunci keretalah bodoh." ulangi Rain lagi. Namun, lelaki itu menggeleng.

"Tak 一tak boleh, Cik Kim dah arahkan saya supaya noona pergi dengan pemandu," tergagap-gagap Bongsuk memberitahu.

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now