Bab 2 (03)

3.2K 151 2
                                    

Nota Penulis : Segala entri yang tersedia di sini adalah hak milik penulis sepenuhnya kecuali gambar-gambar yang diambil dari pelbagai sumber (Google, Pinterest). Dilarang sama sekali mengambil, menyunting, mencuri dan menyalin dari mana-mana bahagian entri. Tolong hargai usaha dan penat lelah cik author. Terima kasih. ♥️♥️

🌺🌺🌺🌺


"DUDUK!" Arahan diberi secara mandatori.

Dalili akur. Pinggul lantas dilabuh ke kerusi. Beg pakaian dipeluk rapat ke dada. Sesekali matanya mengerling ke arah rumah yang tersergam depan mata.

Ada dua tingkat dengan saiz yang sangat besar. Sebenarnya Dalili pun tak tahu ke mana dirinya dibawa. Dia hanya menurut selepas Datin Kuzaifa beritahu yang dia akan dibawa ke satu tempat.

Pengantin lelaki pun dia tak nampak batang hidung selepas akad nikah tadi. Cuma dia diberitahu Datin Kuzaifa akan bawa dia pulang.

“I rasa you dah tahu apa tugas you kat sini kan? Dan I kira you dah besar panjang untuk faham apa yang I nak. Jadi tak perlu I terangkan banyak kali.”

Datin Kuzaifa sandar belakang badannya ke tiang gazebo. Tangan dilipat ke dada. Tajam merenung ke dalam mata gadis di depannya itu sehingga si gadis tertunduk ketakutan.

“Tapi I berbesar hati sekali lagi nak terangkan, takut you terlupa.”

Datin Kuzaifa menghampiri kerusi kayu tempat menantunya duduk. Pipi gadis itu diusap-usap menyebabkan menantunya itu mula menggeletar.

“Tujuan I kahwinkan you dengan Ummar bukan sebab I desperate menantu. I tak hadap sikit pun perempuan macam you jadi menantu I. You ke sini cuma untuk jalankan kerja you.” Hujung jari telunjuknya dimain-mainkan ke pipi Dalili.

“Goda Ummar sampai you mengandung. Selepas you mengandung dan lahirkan anak tu, serah pada I. Kerja you pun selesai,” sambung Datin Kuzaifa lagi.

Dalili mendengar dengan tekun walaupun pesanan yang disampaikan dah berkali-kali masuk ke telinga. Dan dia dah pun faham setiap satunya.

“Faham ke tidak!” Pipi Dalili ditolak kuat sehingga gadis itu terteleng dan mengaduh kesakitan.

“Faham.” Perlahan saja suara yang keluar.
Beg pakaian semakin kemas dipeluk.

Intonasi Datin Kuzaifa benar-benar menggerunkan dia. Dah rasa macam Cinderella dimarahi ibu tirinya.

“Macam tak makan sebulan! Tak bersemangat langsung. Lepas ni jangan buat macam ni lagi. Nanti Ummar ingat I kutip isteri dia dekat agensi pembantu rumah pula.” Datin Kuzaifa bersuara keras menandakan dia bukan sedang main-main.

Then, satu lagi I nak pesan. Depan Ummar tolong jangan menikus macam ni. Pandai-pandailah you bawa diri. Jangan sampai Ummar boleh kesan dan rancangan I gagal. Kalau tidak nahas you I kerjakan!” Datin Kuzaifa buat isyarat tangan seperti mahu mengelar lehernya sendiri.

“Baik ma... mama...” Liur diteguk dengan wajah mendadak pucat.

“Ops! Sorry? Panggil sekali lagi?” Kening Datin Kuzaifa terjongket tinggi dengan pandangan yang cukup sinis.

Dalili teguk liur berkali-kali. Menitik peluh di dahi.

Datin Kuzaifa tertawa halus. Dia menghampiri kerusi kayu berkenaan. Kepala gadis itu diusap-usap perlahan bersama senyuman sinis.

“Sayangggg… Dengar sini. I bukan mak you tau. So, panggil I datin!” Kepala gadis berkenaan ditunjal sekuat hati.

“Arghh! Sakit…”

Kepala yang ditunjal, disentuh. Terasa perit bila kuku wanita berkenaan menekan kulit kepalanya. Mujur tak luka.

“Sakit kan? So, sekali lagi you panggil I dengan panggilan yang sama lebih dari ni you akan dapat. Depan Ummar I izinkan you panggil I mama, tapi belakang dia call me datin. I tak lahirkan you. Faham!”

Datin Kuzaifa memberi amaran.
Dalili hanya mengangguk akur. Air matanya bertakung, menandakan yang dia betul-betul sedang takut.

Terfikir bagaimana nasib dia di rumah ini. Dan bagaimana pula sikap lelaki yang akan berkongsi hidup dengannya nanti? Adakah sama seperti Datin Kuzaifa?

Kalau seperti yang dilihat di masjid kelmarin, agak tersasar dari sangkaan. Tapi siapa tahu lelaki itu juga cuma berpura-pura seperti wanita di depannya ini?

Semakin difikir semakin sesak dadanya. Semakin menjadi-jadi resah dan gelisahnya.

Adakah keadaan dia kelak berulang seperti di rumah Mahad dan Hamidah? Semuanya masih samar-samar. Dan Dalili tak sanggup mahu bayangkan hal itu.

“Jadi tugas you dah pun bermula. I tunggu berita ‘baik’ sampai ke telinga. Ingat, selagi kerja tak selesai jangan memandai nak lari dari sini. I tak suka membazir masa dan sia-siakan peluang.”

“Baik datin.”

“Bagus!” Datin Kuzaifa terus berlalu keluar dari pagar.

Langkah wanita berkenaan Dalili curi pandang dengan perasaan bercelaru. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah mengena pipi.

Sehingga ke saat ini Dalili masih tak percaya apa yang berlaku. Betulkah yang dia dah jadi isteri orang?

Dari saat kali pertama dapat tahu yang dirinya dibeli untuk dijadikan menantu sehinggalah akad nikah kelmarin, semuanya berlaku terlalu pantas.

Dia berharap sangat semua ini sekadar sebuah mimpi semata-mata. Namun Dalili sedar realiti tak boleh diubah lagi. Takdir hidupnya sudah tertulis begini. Suka atau tidak dia perlu hadapi juga.

🌸🌸🌸🌸🌸

Nota Cinta Cik Author

TQ awak-awak yang sudi singgah sini. Jangan segan-segan nak komen dan tekan bintang tau. Ngeee~~
BTW, moga terhibur.

🌸🌸🌸🌸🌸

Tulus Aku Menikahi Dirimu [TERBIT]Where stories live. Discover now