Bab 3 : LOVE, Elsa

5.7K 73 9
                                    

                 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 

Bab 3

            Bebola mata melekat kepada beberapa bungkusan plastik di tangan lelaki yang sudah berusia lingkungan 50an itu. Nafas dihela berat. Buat beberapa saat dia hanya melagakan pandangan mereka berdua. Senyuman manis itu tak dibalas, sebaliknya dia terus membuka pintu. Membenarkan lelaki itu meloloskan diri ke dalam kediamannya. Setelah mengunci pintu, Ammara mengekori langkah rapi Tuan Zamir menuju ke dapur.

            "Ini uncle ada belikan kamu udang galah. Kamu suka makan udang galah kan? Kebetulan kawan uncle balik ke Kuala Selangor, uncle kirimlah satu kilo untuk kamu. Nah, simpan elok-elok dalam freezer."

            Ammara mengambil bungkusan plastik yang dihulurkan kepadanya. Kaki tidak bergerak ke peti sejuk, sebaliknya dia menuju ke singki di penjuru dapur berkonsep moden itu. Kebiasaannya sebelum menyimpan barang-barang basah di dalam peti sejuk, dia akan mencuci udang, daging, ikan dan ayam bersih-bersih dahulu. Kemudian diisi ke dalam bekas khas dan barulah dimasukkan ke ruang sejuk beku. Sakit matanya kalau melihat bahagian itu tak disusun rapi. Lebih-lebih lagi kalau disimpan dalam plastik begini.

            Encik Zamir tersenyum sendiri. Sudah masak dengan sikap Ammara yang cukup bencikan bungkusan plastik. Sambil melabuhkan duduk di atas bar stool, dia masih merenung Ammara yang sedang meletak bungkusan berisi udang ke dalam singki. Kemudian gadis muda itu bergerak pula ke kabinet untuk mengeluarkan sebiji cawan. Dibawa terus kepadanya yang duduk menunggu di island counter ini. Ketika Ammara mencapai teko dari coffee maker, dia segera menegah.

            "It's okay. Uncle belum haus lagi. Kalau nak nanti, uncle tuang coffee tu sendiri. Come, sit here with me." Pelawanya mesra. Ammara seperti biasa tak banyak bicara dan menurut saja. Gadis tinggi lampai itu mengambil tempat di bangku bertentangan dengannya.

            "Dalam plastik tu uncle dah belikan barang-barang dapur yang kamu minta uncle restocked. If you need anything else, just let me know okay?"

            Ammara sekadar membalas dengan anggukan kecil. Bibir masih rapat terkunci. Pandangan pula hanya merenung kosong ke permukaan kaunter berwarna hitam berkilat itu. Biasan tiga biji pendant light bermentol kuning yang digantung betul-betul di atas island counter lebih menarik minatnya berbanding berbual dengan uncle Zamir.

            "Semua bil untuk bulan ni dah sampai? Kalau dah, kamu bagi uncle. Nanti uncle bayarkan macam biasa."

            Ammara angguk sekali. Masih membisu lagi.

            Buat seketika suasana hening tanpa suara. Bagi Tuan Zamir, situasi begini sudah terbiasa baginya. Setiap hari Khamis dia akan datang melawat Ammara sejak dua tahun yang lalu. Tolong belikan groceries, bayarkan bil-bil utiliti, serta duduk berbual-bual biarpun hanya dia saja yang lebih rancak bercerita. Ammara tetap Ammara. Tak pernah pulih dan bangkit dari kesedihan silam. Kasihan, dia benar-benar bersimpati.

Love, ElsaWhere stories live. Discover now