Bab 4 : LOVE, Elsa

5.7K 102 17
                                    

                 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 

Di ruang tamu, Ammanda mundar mandir penuh resah. Sekejap dia menggigit kuku, sekejap dia mengemam bibir, sekejap nanti sibuk menggaru kepala. Serba tak tentu arah dibuatnya. Kaki pula berkawad tak sudah. Menapak tiga empat langkah, dia buat u-turn. Tiga empat langkah, dia u-turn lagi. Dup-dap-dup-dap bunyi jantung mengepam kencang di dalam dada. Ah, stresnya!

            Ting tong! Ting tong!

            Sekali lagi bunyi tersebut membuatkan Ammara panik. Nafas yang menderu cemas disedut dan dihembus kuat. Sampai berbunyi di kerongkong. Mata meliar ke pintu utama yang tertutup rapat. Beberapa minit tadi, dia sangka uncle Zamir yang datang menghantar barang dapur, namun telahannya jauh terpesong. Bila dilihat pada skrin di tepi pintu, yang berdiri di luar sana adalah seorang lelaki berbadan tegap dan tinggi lampai. Bukan uncle Zamir!

Kalau tak silap, itulah lelaki yang terserempak dengannya di luar pintu rumah malam kelmarin. Jiran baru yang tak pernah ingin dia kenali. Tak nak kenal langsung! Dan sekarang, apa yang lelaki itu mahu? Nak bertegur sapa dan berkenalan? Please, dia tak nak berbaik-baik dengan jiran. Dia tak mahu mengenali sesiapa di sini. Just leave me alone!

            Ting tong! Ting tong!

            Kedua belah tangan Ammara melekap rapat ke telinga. Seluruh badan terasa seram sejuk kerana dia tak pernah menjangkakan kedatangan orang lain ke sini. Dia panik! Penyakit gemuruh mula menyerang tanpa ihsan kali ini. Mata yang berkaca-kaca masih tertala kepada pintu. Jiwa semakin kalut dan tidak tenteram. Tak cukup membunyikan loceng, kedengaran pula bunyi ketukan bertalu. Suara lelaki itu juga begitu jelas melaung hello berulangkali.

Gosh, what do you want dude?

            Berasa tidak selamat untuk terus berada di ruang tamu, Ammara terus berlari mendaki tangga ke tingkat atas. Termengah-mengah nafasnya dalam usaha untuk melapangkan ruang dada yang kian sempit. Dan saat berada di dalam bilik, tubuh dihenyak ke atas katil bertilam empuk. Tanpa sedar airmata mengalir ke pipi. Tangan kanan pula menekap ke dada. Terasa kencang degupannya. Ah, what is wrong with me? Kenapa dia diserang ketakutan yang melampau begini?

Ammara menundukkan muka. Merenung resah sepasang kaki yang terbenam di dalam karpet tebal berwarna putih itu. Pelik! Bukan dia tak pernah berdepan dengan orang luar, malah sepanjang hidup di sini dia sentiasa berselisih dengan berpuluh-puluh manusia setiap hari. Di kaki lima, di kedai bunga, memang sentiasa ada manusia di sekelilingnya.

Namun perasaan kali ini terlalu berbeza. Mungkinkah sebab dia rasa tak selamat di rumah sendiri? Di ruang yang sentiasa menjadi miliknya seorang? Dia beranggapan seolah-olah ada seseorang yang cuba menceroboh ke ruang selesanya!

Beberapa minit berperang dengan perasaan cemas, resah, gemuruh, akhirnya bunyi loceng di bawah sana tak lagi kedengaran. Perlahan Ammara bangkit dan menapak ke jendela. Langsir tebal berwarna kelabu diselak rapi. Kemudian jari telunjuk menguis sedikit day curtain putih yang nipis untuk mengintai ke luar. Dari jendela ini, memang boleh dilihat jelas pintu kediamannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love, ElsaWhere stories live. Discover now