Part 13

3.3K 106 2
                                    

Beberapa hari kemudian,Ad dan Harith menjalani rutin harian mereka seperti biasa. Harith sibuk menguruskan hal pejabat manakala Ad menghabiskan waktu di rumah dengan mengemas dan latihan martial art nya. Petang itu Ad menyedari Harith banyak termenung setelah pulang daripada pejabat. Sudah beberapa hari Harith berubah sedemikian. Dia banyak mendiamkan diri dan melayan perasaan. Ad tidak tahu apa yang merunsingkan fikiran suaminya itu. Apabila Harith pulang dari pejabat ada petang itu,Ad menyediakan fresh orange untuk diberikan kepada Harith yang sedang berehat di ruang tamu.
"Harith nah air.."
"Oh thanks Ad..",balas Harith lemah.
"Harith kau okay ke?Apasal nampak lesu sangat ni?Kau ada masalah eh?",sembur Ad bagai machine gun.
Harith hanya tersenyum nipis..
"Tak ada apalah,aku okay lah Ad by the way tangan kau macam mana,sakit lagi tak?",tanya Harith prihatin.
"Okay je,dah nak sembuh dah luka aku ni...Kau betul ke okay ni?",tanya Ad yang menginginkan kepastian. Harith hanya tersenyum kecil sambil mengangguk.
"Okay fine than,now aku nak kau pergi naik mandi and rehat..aku nak siapkan dinner,lepas maghrib kita makan eh...dah cepat",kata Ad mesra sambil menarik tangan Harith supaya bangun dari sofa dan menolak badannya.
"Yes boss",kata Harith sambil tersenyum ke arah Ad. Telatah Ad mencuit hatinya yang sedang bersedih itu. Harith masih tidak tahu mengenai berita penangkapan Farisya.

Setelah mereka makan malam,Ad dan Harith bersantai di ruang tamu.
"Ermm,Harith...aku nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia?",balas Harith yang matanya masih melekat di kaca televisyen.
"Kau nampak macam lost je beberapa hari ni,kau kenapa eh?",tanya Ad yang tidak mampu membendung rasa ingin tahu nya itu.
"Err ye ke aku rasa sama ja",jawab Harith yang kelihatan seperti hendak mengelak sahaja. Ad yang tidak dapat menahan sabar terus menutup televisyen dan menarik lembut pipi Harith supaya memandang ke arahnya.
"Look at me..aku tau kau tak okay,cuba cerita kat aku apa masalah kau?
"Mana ada,janganlah paksa aku.."
"Kau ada masalah kat office...Ke kau marah aku cium kau?",tanya Ad yang masih menggesa Harith dan menyembunyikan senyumannya. Wajah Harith berbahang apabila isu itu dibangkitkan. Malu dow.
"Ish kau ni,kan aku cakap aku okay...dah lah jom tengok tv.". Ad masih lagi tak berpuas hati dengan jawapan Harith,
"Is it Farisya?". Harith yang mendengar terus menjadi berang,
"Kau jangan sebut lagi nama perempuan tu!And one more thing,jangan nak sibuk hal aku dah lepas ni,paham!". Terhinjut bahu Ad apabila mendengar jerkahan Harith itu. Pantas sahaja dia bertindak membetulkan keadaan dengan menggenggam tangan Harith. Harith hendak menepis tapi pegangan kejap Ad membatalkan niatnya.
"Okay fine I'm sorry but Harith aku tak ada niat nak campur urusan kau,cuma aku care pasal kau tu je. Tak apa just take your time and I'll be there if you need me. Kau kawan aku,aku tak suka tengok kau sedih",kata Ad lembut sambil menahan air mata yang mula bergenang di tubir matanya, yelah kena marah tetiba sapa tak sedih kan. Harith yang menyedari situasi itu tidak jadi untuk memarahi Ad dan hanya melepaskan keluhan kecil.

Ad menepuk tangan Harith sebelum hendak berlalu pergi. Langkahnya terhenti apabila mendengar kata-kata Harith,
"We broke up that day",kata Harith sambil menekur memandang lantai. Ad berpaling dan menapak ke arah Harith,
"How come?"
"Betul cakap kau,dia nak duit aku je,dia tak sayang aku pon...aku rasa macam orang bodoh sebab sayang dia separuh mati",luah Harith sambil mengelap air matanya yang mula menitis. Hancur luluh hatinya apabila mengenangkan sikap Farisya itu. Ad yang melihat berasa kasihan terhadap Harith sebelum menariknya ke dalam pelukan. Harith menyandarkan kepalanya di dada Ad lalu membalas pelukan itu sebelum menghamburkan tangisannya.
"What did she do?",tanya Ad sambil mengetap gigi menahan marah apabila melihat lelaki kesayangannya itu dipermainkan. Harith menceritakan semuanya tanpa melepaskan pelukan.

Ad pov
"Damn you Farisya,how dare you hurt him...Siap kau nanti,aku lanyak sampai penyek...Tak guna"

"Shushh...Dah jangan nangis,she's not worth it..Dah aku ada kat sini dengan kau...Tak mau nangis,tak hensem dah muka kau nanti",pujuk Ad bagai memujuk anak kecil. Harith sudah beransur reda tangisannya,
"Tssk,sorry Ad and thanks sebab sudi dengar luahan aku"
"You are welcome,aku kan kawan kau,ni lah guna nya kawan,",kata Ad sambil mengusap kepala Harith yang berada di ceruk lehernya.
"Hmm Ad,can we stay like this for a while sebab aku selesa"
Ad hanya mengangguk dan menepuk bahu Harith gaya mendodoi anak kecil. Harith terlena di pangkuan Ad pada malam itu sambil dibuai mimpi indah.

Pagi itu Harith terjaga sambil memisat matanya. Benda pertama yang dilihatnya ialah wajah bersih Ad yang elok terlena sambil memeluknya.

Harith pov
"She's an angel...kenapa kau baik sangat dengan aku Ad,aku selalu sakitkan kau...Hmm kalau betul kau sayangkan aku,please bear with me...bagi aku masa untuk belajar cintakan kau,I promise I'll try my best"

Pagi itu Harith menolong Ad membuat kerja rumah. Dia menyediakan sarapan ringkas iaitu omelet,red bean sprouts,grilled sausage dan roti bakar. Ad yang baru membersihkan diri terus menapak ke dapur.
"Ha...Harith,kau buat apa ni?",tanya Ad sambil mata tertancap pada sarapan yang mengiurkan di atas meja.
"Eh Ad morning..come have a seat,jap aku nak buat air",balas Harith ceria.
Ad memegang dahi Harith yang sudah melabuhkan punggung di atas kerusi
"Kau demam ke,pelik semacam je"
"Eh tak lah,anggap je ni tanda aku berterima kasih kat kau pasal semalam...come let's eat",balas Harith sambil menarik tangan Ad yang berada di dahinya. Pagi itu mereka menghabiskan masa dengan mengemas rumah dan bergurau senda. Mereka kelihatan sangat gembira bersama. Harith yang sedang mencuci kereta terkejut apabila Ad memancutkan air daripada paip kepadanya. Habis basah baju Harith hingga melekat di tubuh sasanya. Harith tampa membuang masa terus mengejar Ad dan menyembur kembali air itu kepadanya. Baju Ad yang berwarna putih menyebabkan pakaian dalamnya jelas kelihatan di mata Harith. Ad yang masih tidak perasan cuba untuk merampas paip tadi hingga bergesel badannya dengan Harith. Nafsu Harith tak semena-mena naik,terus sahaja dia merangkul pinggang ramping Ad agar lebih dekat dengannya.
"Oit Harith,kau buat apa ni...lepaslah",kata Ad yang malu apabila badannya bersentuhan dengan Harith dalam keadaan dua-dua lencun dek air.
"You are seducing me Ad...Baju kau basah nampak habis dalam tu...Aku peluk sebab tak nak orang lain nampak hak aku...Dah jom masuk,malu nanti",balas Harith sambil menahan nafsunya. Ad yang mendengar terus menunduk melihat bajunya apabila melihat Harith sedang menelan liur sambil mata tak lepas dari melihat dadanya yang mengkal itu. Merah terus muka Ad,
"Uhmm thanks Harith...Dah jom masuk",balas Ad sambil menarik tangan Harith.

Phew done this chap...Oit idea cepatlah datang...Tq 4 reading...Stay tuned

Sweet Revenge [C]Where stories live. Discover now