BAB 15

5.4K 177 7
                                    

" Pelangi yang muncul selepas hujan. "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


✧✧✧✧


" So, Adam. Awak sakit apa? " Tanya seorang doktor perempuan lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

Dipandang wajah Adam yang penuh dengan kerisauan itu.

" Doktor. Saya tak tahu nak cakap macam mana dekat doktor. " Kata Adam sambil tangannya bermain-main dengan pen di atas meja doktor itu.

Doktor Wardah merupakan seorang doktor peribadi untuk keluarga nya. Dan doktor ini juga, merupakan tempat Adam untuk meluahkan masalahnya. Dia dah anggap Wardah seperti kakaknya.

" Macam ni. Jantung saya sentiasa sakit dan saya rasa sesak nafas. Jadi saya nak buat pemeriksaan untuk jantung saya, boleh? " Tanya Adam. 

Hari ini, dia tidak pergi kerja semata-mata ingin mendapat penjelasan dari doktor terhadap penyakit yang dia alami sejak dua menjak ini.

" Sure. Tapi, sudah berapa lama awak mengalami simptom ni? Mama dah tahu ke? " Tanya Doktor wardah lagi sambil mencatat sesuatu di atas kertas. 

Adam diam memikirkan hal tersebut. Dia rasa sebulan yang lepas. Masa Hanna sudah mula pergi ke kampus nya.

" Sebulan yang lepas, tetapi masa tu tak lah rasa sesakit macam sekarang ni. Mama tak tahu lagi. " Terang Adam dengan bersungguh-sungguh. 

Doktor Wardah mengangguk faham. Dia bangun dari kerusinya.

" So, boleh kita jalankan pemeriksaan sekarang? " Tanya Doktor Wardah dan Adam beria mengangguk setuju lalu bangun dari kerusinya.


" Tihah. " 

Fatihah yang sedang menulis sesuatu di atas kertas terdongak kepalanya mencari punca datang dari mananya suara yang memanggil namanya.

" Tihah. Sini. " Fatihah memandang ke sebelah kirinya. Kelihatan Hanna yang sedang terbongkok seperti menyorok dari seseorang. 

Fatihah memandang sekeliling. Dia main sorok-sorok dengan siapa pula ni?

" Kau dah kenapa Hanna? Berbisik bagai. " Tanya Fatihah. 

Hanna meletakkan jarinya di bibirnya. 

Bertambah berkerut dahi Fatihah.

" Tihah, boleh tak kita tukar tempat? " Tanya Hanna dengan nada berbisik. 

Fatihah terdiam untuk memahami apa yang Hanna cuba sampaikan.

" Asal pula? " Tanya Fatihah. 

Hanna mengeluh.

" Kita tukar dulu, nanti aku cerita. Urgent ni. " Kata Hanna lagi. 

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now