BAB 17

4.9K 117 3
                                    

" Kehidupan itu seperti roda. "

✧✧✧✧

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

✧✧✧✧

Hari ini, harinya. 

Hari di mana Hanna dan Adam meluangkan masa bersama di bulan yang manis.

" Sayang, ada nak singgah mana-mana ke? " Tanya Adam sambil mengurut belakang tengkuknya yang terasa sakit kerana terlalu lama memandu tanpa henti.

" Kita berhenti dekat RnR sekejap. Mesti abang letih kan? " Hanna jatuh kesian melihat Adam yang sudah memandu selama 3 jam tanpa berhenti.

" Okay, sayang. Untuk kesayangan abang, semua boleh. " Kata Adam lalu mengenyit matanya kepada Hanna. 

Hanna mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Jantungnya berdegup dengan kencang. Sebuah senyuman terukir di bibir merah nya.

Akhirnya, kereta Audi rs7 milik Adam berhenti di kawasan Rehat dan Rawat Taiping, Perak.

" Abang nak pergi mana? " Tanya Hanna apabila dapat tangkap gerak-geri Adam yang ingin membuka pintu kereta.

" Nak pergi beli air. Dahaga. " Kata Adam. 

Hanna menggeleng kepalanya.

" Tak payah. Biar Hanna pergi belikan. Abang tidur lah sekejap. Kesian abang bawa kereta dari tadi. " Pujuk Hanna.

" Tak apa, abang okay jelah. " Kata Adam lalu pusing badannya untuk membuka pintu kereta. Perbuatannya terhenti apabila Hanna menarik badannya.

" Kenapa degil sangat ni? " Adam ketawa melihat raut wajah Hanna yang sedang marahkan dia itu.

" Hanna pergi sekejap. Abang tidur tau. " Pesan Hanna lalu keluar dari kereta Adam.

Adam tersenyum manis menghantar kelibat Hanna pergi. Dia menguap kecil lalu matanya mula layu. Sudah lama dia tak bawa kereta sejauh ini.

✧✧✧✧

Fatihah mengikut pramugari yang menunjukkan di mana tempat duduknya.

" This is your place, miss. " Kata pramugari itu. 

' Yakwohhhh cantik banget wajahnya. '

" Oh. Thanks. " Fatihah menunduk sedikit tanda terima kasih kepadanya.

" Welcome. Enjoy your trip, miss. " Kata pramugari itu lalu beredar dari situ. 

Fatihah mengeluh lalu duduk di tempatnya.

" Tak baik mengeluh. " Terkejut beruk Fatihah apabila dia baru perasan yang di sebelahnya sekarang ialah seorang lelaki.

" Suka hati saya lah. " Kata Fatihah dengan nada berbisik.

" Boleh tak tutup langsir tu. Saya nak tidur ni. Silau. " Fatihah memandang lelaki itu yang sedang merenung ke luar tingkap.

Andai Itu TakdirnyaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora