special chap 1

5.3K 527 43
                                    

fuhh lama siot nak update sorry geng aku busy gila gila lately ni nak bukak wattpad pun tak sempat 😭


Hai nama aku Yeorum. Dan di rumah agam ni aku dibesarkan oleh seorang ibu angkat yang sangat penyayang.


Aku tak ingat macam mana aku end up jadi anak angkat semua ni. Apa yang aku tahu mak ayah aku telah pergi dulu waktu aku umur tah 2 tahun gitu.



Masa aku kecik, aku sempat bersama dengan ayah angkat aku. Tapi pada waktu aku cecah 10 tahun dan jungkook 11 dia juga nahas dalam kemalangan jalan raya.



Siapa tahu orang yang bekerja di udara akhirnya pergi di tanah juga.




Pada waktu tu, jungkook yang ceria terus bertukar menjadi jungkook yang dingin. Tak suka senyum. Harap muka comel tapi yatuhan kerek namampos.



Jungkook lebih banyak mendiamkan diri. Dan pada mula dari situ juga jungkook mula mengasingkan diri dari semua orang termasuk aku.




Sampai satu tahap jungkook hampir cuba untuk cederakan diri sendiri. Bagi dia kehilangan seorang ayah adalah satu ujian sangat sangat berat. Pada waktu tu mak terpaksa hantar jungkook ke wad psikiatri dan jungkook perlu menerima rawatan psikologi.


Rawatan diteruskan sampai kami cecah umur sekolah menengah. Aku 14 dan jungkook 15.


Bunyi cermin pecah jelas kedengaran dari bilik jungkook. Oleh kerana waktu tu hanya tinggal aku dengan jungkook aku segera naik ke bilik dia.


Aku tak ketuk dan terus membuka pintu bilik dia.


Aku nampak tangan jungkook dah penuh dengan darah.

"Ju- jungkook."

"Keluar."


"Jungkook awak-"


"Keluar !"


Aku tersentak.

Aku tak keluar tetapi aku terus berlari ke arah jungkook dan peluk dia erat.

"Jungkook jangan la macam ni."


Air mata aku mengalir.



"Saya tahu awak sedih. Saya tahu awak rasa kehilangan. Saya faham sebab saya lalui apa yang awak lalui sekarang. Jadi tolong."

Air mata terus mengalir saat aku pandang muka jungkook.


"Tolong kuatkan diri awak. Saya tahu semua ni agak berat tapi saya janji saya akan selalu dengan awak. Kawan kawan awak sentiasa ada. Jadi tolong kuatkan diri. Kalau bukan untuk saya, untuk orang lain yang awak sayang."


Aku membenamkan muka aku ke dada jungkook.


Aku tak sanggup nak tengok jungkook macam ni. Kami membesar sama sama. Aku rindu.


Rindu jungkook yang dulu.



Aku dapat rasa basah air mata jungkook pada bahu aku.


Aku peluk jungkook lebih erat dan mengelap air mata dia.

//


"Tahniah kepada Jeon Jungkook kerana telah memenangi pingat emas dalam acara lari 400 meter untuk sekolah kita."


Tepukan gemuruh bergema dalam dewan auditorium. Yang lelaki semua cam wuuuu yang perempuan ermm kau fikir la sendiri. Awek hensem kat depan siapa tak menggeletis kan.



[C] sugar daddy | j.j.kWhere stories live. Discover now