tiga

397 30 4
                                    

"Wei nantikan nak mandi kene tutup mata tak?? " tanya Ammar tiba tiba

"Asal pulak?" Hairan Mamat dibuatnya.. habis itu selalu dia mandi macam mana?

"Armm kalau tutup tak nampak jalan. Tapi kalau buka nampak benda lain. "

"Straight to the point la hanat" Kata Aris . Dia geram melihat Ammar yang tergedik-gedik dihadapan mereka.

"Ye la. Kan badan ni badan orang lain jadi... Eh malu laa nak cakap. " Otak Ammar mula membayangkan sesuatu. Adakan ini rezeki dia?? Melihat badan... Ehem.. Sorry

"Sakai" Mikael terus sahaja belah dari situ malas dia mahu layan si pondan itu.

"Cis . Otak letak mana?? Orang mandi tutup kemaluan tu. Tak pakai kain pelekat. Oakai seluar dalam pun ok dah. Ni sah selalu mandi bogel ni"kata Mamat

"Kan? . Kalau tertukar dengan perempuan tu macam mana agaknya? Lagi dia tanya soalan bodoh lagi ada la" tanya Aris

"Heh.. Buka aje matanya, tak usah tutup dah" tersenyum sumbing Ammar. Gatal bukan main. Sunat kali kedua baru tahu.

"Tak payah nak menggedik cepat kita nak pergi rumah Asyraf. And jangan buat macam macam dengan badan aku tu" Aris bagi Amaran. Entah kenapa dalam banyak-banyak orang si Ammar yang dapat badan dia.. Geram sungguh.

"Ok boss! "

"Pakai spender!!! "

"Ok bossku"

--------------

"Gais. Tak dapat pergi hari ini. Sebab pelanggan datang nak buat temu janji. So kita kene gerak Galeri " Baru tadi dia dapat mesej dari Daniel, katanya ada pelanggan mahu jumpa dia.

"Alaa tadi bersungguh-sungguh nak aku cepat. Apa ni? " muncung mulut Ammar kalau Itik.

"Kau tak nak ikut suka hati la Aris.. Aku tak kisah"

"Aik aku pula yang kena?? Pondan sebab kau aku pula yang kena. " Ammar mengacah- acah mahu menumbuk Aris. Aris tersenyum sinis. Ingat sakit ke kalau dia tumbuk? Semut gigit lagi sakit.

"Ok ok.. Suka hati kau nak ikut ke tidak. Kalau tak ikut lagi Bagus. Buat kerja rumah. " mikael terus mengajak Mamat dan Aris mengikutinya.. Biar sahaja si Ammar di rumah. Malas melayan kerenahnya. Ammar mencebik. 'Kerja rumah lagi' monolognya

Mikael mempunyai sebuah Syarikat milik Ayahnya, Galeri Mikael Pelangi. Mamat, Aris dan Ammar merupakan pekerejanya. Mikael , Mamat dan Aris kawan sedari kecil manakala Ammar hanya sepupunya. Mak dan ayah Ammar sudah tiada jadi dengan suka relanya dia menjaga Ammar. Ammar merupakan anak tunggal kini dia berumur 19 tahun. Mereka pula berumur 25 tahun.

--------------

"Kita tidak bercakap lagi, kita tidak bercakap lagi, uuuuu~~~ kita tidak bercakap lagi, kita tak bercakap lagi macam selalu kita guna. " entah apa yang Ammar menyanyikan itu. Sungguh tidak sedap didengar. Baju yang mahu di sidai dikibas-kibas dan baru disidai. Rupanya lagu yang dinyanyi tadi ialah lagu 'We don't talk anymore' versi Melayu buruk sungguh bunyinya..

"Erm hai awak. Ammar mana? " gadis cina sebelah rumah menegur, ini la dia Ai Lee crush Ammar. Ai Lee memanjangkan lehernya memerhati seluruh kawan luar rumah jirannya. Masih tidak nampak kelibat Ammar.

''Dah tu? Aku dekat sini apa? Tunggul? " kata Ammar sambil mengibas baju setelah itu disidainya.

"Tak sangka saya Aris ni pandai buat lawak. Tak apa la nanti kalau jumpa Ammar kata dekat dia baju Melayu dia tempah tu sudah siap. Dah boleh ambil.. Hehehe arrr selalunya Ammar yang sidai baju. Hari ini dia apa pergi mana-mana ke? Tak nampak pon" tanya Ai Lee

"Entah" jawab Ammar semakin kuat dia kibas baju itu . Geram barangkali. Tak nampak ke dia tengah sidai baju ni?? Buta??

"Ok la tak apa la.. Bye Aris" Ai Lee melambai-lambai tangannya dan berlalu pergi

"Ha pergi pergi" Ammar menghalau Ai Lee.. Ha biar dia ada rasa benci dengan Aris. Aris perampas.. Dikibas kibas baju ditangannya sekuat hati habis tercampak di atas rumput. Dipijak-pijak nya pula baju itu. Seakan orang dirasuk hantu dia mengigit lengan baju dan menjerit...

Kalau ada orang rakam sudah lama viral di lama sosial.. Seakan sedar tindakannya diluar kawalannya. Dia cepat-cepat mengambil baju yang dipijaknya itu tadi kedalam bakul kosong. Habis kotor kene tanah. ' Mati aku kalau Aris tahu, ni dah la bju dia ' Ammar berlari anak masuk ke rumah dengan bakul yang mempunya sehelai baju Aris yang kotor. Kene basuh balik jawabnya.

----

Aris dalam badan Mikael
Mikael dalam badan Mamat
Mamat dalam badan Ammar
Ammar dalam badan Aris.
Hehe takut keliru.

Body - Swap (COMPLETE) Where stories live. Discover now