sembilan

113 19 9
                                    

"Mentang-mentang aku bapok kau orang nak tipu aku ye? "

"Pttttrrr... Dia mengaku bhai..  Hahahahahahah" Sally bangun.  Dia mengutip semua peralatan dan hendak menuju ke van.

"Aku nak balik" cepat-cepat Aris dan Ammar menahan Sally.  Mereka berdua meminta maaf.  Sally mengajuk.  Setelah berapa kali di pujuk.  Dia pun akur dan duduk kembali.. 

Aris dan Ammar menerangkan segalanya pada Sally.  Selesai sahaja kerja ,mereka lepak di kedai Mamak.  Jam menunjukkan sudah pukul 7.30 malam.  Azan sudah pun memanggil.  Sudah tiba masa mereka menunaikan ibadah solat maghrib di surau berdekatan.

"Sally jom la solat sekali" ajak Aris

"Ermm tak apa la.  Aku balik dulu"

"Apa salahnya solat la dulu.  Balik nanti tinggal solat isya' je" Sally masih menggeleng.  Disebut perkataan 'malu' tapi tidak berbunyi.  Ammar yang melihat faham akan maksud Sally itu.. 

"Aris.  Tak apa la dia nak buat dekat rumah.  Apa lah kau ni.  Faham faham la" kata Ammar.  Seraya itu dia menarik tangan Aris menujuk ke surau.  Hanya berjalan kaki kerana kedai mamak itu berada di belakang surau.. 

Selesai menunaikan solat maghrib dan solat insya' mereka pulang ke Galeri untuk menghantar foto yang pertu dicuci.

"Aik.  Lambat betul kau orang balik?  Selalu korang berdua ni la tak boleh rapat.  Macam kucing dengan anjing" kata Mamat setelah mereka tiba di bahagian cuci gambar.

"Dia anjing" kata Aris sambil menunding jari ke Arah Ammar.

"Taik ayam" balas Ammar.  Mula la tu mereka bergaduh.. 

Telefon Mamat berbunyi.  Mamat yang sedang melihat telatah Aris dan Mamat terkejut apabila yang menghubunginya tengah tengah malam ini Asyraf.  Mamat segera menjawab.

"Assalamualaikum.  Ye Asyraf ada apa? "
"Ye"

"Bila? "

"Esok? "

"Sekejap aku tengok jadual"

"Oh Bagus la macam itu"

"Ok kami datang esok"
"Ok waalaikumussalam""

Panggilan sudah ditutup.  Mamat memandang mereka berdua yang masih bergaduh pasal kucing dengan anjing.  Tergeleng kepala Mamag.  Macam budak budak.  Tak sedar diri yang diri tu sudah tua. 

"Guys..  Stop la brader.  Esok kita pergi rumah wak Jongos tu"

"Serius la? " Akhirnya dapat juga menghentikan pergaduhan yang dicipta oleh mereka.  Terus mereka fokus ke arah Mamat.

"Sudah pergi la balik , tidur.  Esok nak gerak awal" mereka hanya setuju.

________

mereka telah tiba di rumah Wak Jombrol.  Sungguh ngeri bila dilihat dari luar. Rumah yang bersawang menyapa pandangan.  Entah kukuh atau tidak rumah ini.  Reban ayam yang sudah roboh dan juga pokok pisang di belakang rumah. . Hutan kiri kanan.  Tiada jiran di kawasan ini.  Berani sungguh Asyarf pergi ke tempat ini.

"Asy ni ke rumahnya? " tanya Aris

"Betul la tu"

"Dah tu mana orang tua tu?  Sudah bagi salam tiga kali tidak pung disahut" kata Ammar.  Ammar menyorok di belakang Mikael.  Mikael hanya membiarkan sahaja.

Kreeek...

Bunyi pintu apabila pintu itu terbuka dengan perlahan.  Seperti dalam filem seram. Tiba tiba sahaja angin kencang.  Pokok pokok bergoyang.  Bulu roma berdiri menegak.  Mikael yang tadi hanya berdiam diri mengosok lengannya perlahan.  Ammar dibelakang memegan baju t-shirt Mikael. 

"Jemput masuk" kata Wak Jombrol.  Mereka berlima hanya menurut.  Mereka berlima bersila di hadapan Wak Jombrol.  Wak Jombrol memerhati kesemua muka pemuda dihadapnya dan berhenti di wajah Asyraf.

"Apa hajatnya kemari? "

"Kami sebenarnya.... "

"Tak apa Wak dah tau apa hajat hangpa semua kemari"

"Dah tahu tapi tanya juga . Apa lah " kata Aris separa berbisik. 

"Apa kau cakap? Aku tak dengar" Wak Jombrol menjegilkan matanya ke arah Aris.  Kecut perut dibuatnya.  Aris hanya diam membisu. 

"Kamu semua kemari sebab nak tukaq badan balik kan? "Sambung Wak Jombrol Kesemua mereka mengangguk.  Boleh tahan wak ni.  Bukan calang-calang orang.

"Asyraf inikah orang yang hang ceritakan pada saya?  Begitu ramai?? " tanya Wak Jombrol.  Asyraf berfikir.  Apa maksud Wak itu. ..  Asyraf memandang syiling,  mencari apa maksud wak jombrol.

"Apa........ "

"Yang kamu habaq dekat wak kamu nak tukar badan dengan pakwa Laila tu.  "

"Ohh ingat ingat.  Saya salah bagi orang wak"

"Apa?? "

Asyraf menggaru belakang kepala.  Keempat mereka memandang Asyraf.  Memang nak mati budak ini.   Aris mengepal penumbuknya.  Sudah la dia betul betul duduk di sebelah Asyraf. 

"Ok ok sorry.  Aku cerita kenapa aku tersalah bagi".

_______

Balik sahaja dari rumah Wak.  Asyraf terus menuju ke rumah.  Esok baru dia beri pada Adam.  Dia berfikir bagaimana dia harus bagi Adam minum minuman itu.  Esok sajalah fikirnya.  Asyraf menuju ke bilik,  susu yang disorok di dalam baju disimpan rapi.  Takut mak dan adiknya tahu. Kata Wak.  Susu ini tahan jika tidak diletakkan di dalam peti ais.  Lega dia kerana dapat mengurangkan bebanya. 

Esoknya dia pergi kerumah Adam.   Dia menuju ke bawah rumah untuk mengambil motor.  Baru sahaja dia memasukkan kunci, dia terpandang ke arah rumah Laila ,rumah Laila penuh dengan orang.  Asyraf menghampiri rumah Laila.

"Psttt pak cik Syafik sini jap" lelaki berumur menghampiri Asyraf.

"Apa dia? "

"Awat ramai sangat dekat rumah Laila tu? "

"Oh depa mai ni sebab nak masuk minang Laila.  Hang tak tau ka? "

"Dak" Asyraf mengeleng. " Siapa yang masuk minang tu? " sambung Asyraf.

"Adam"

....

Body - Swap (COMPLETE) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang