Bab 3 (02)

2.9K 134 11
                                    

Nota Penulis : Segala entri yang tersedia di sini adalah hak milik penulis sepenuhnya kecuali gambar-gambar yang diambil dari pelbagai sumber (Google, Pinterest). Dilarang sama sekali mengambil, menyunting, mencuri dan menyalin dari mana-mana bahagian entri. Tolong hargai usaha dan penat lelah cik author. Terima kasih.

🌺🌺🌺🌺


UMMAR tahan ketawa. Geli hati dia dibuatnya. Dari tadi dia lihat isterinya tertunduk memandang lantai. Kepala digeleng perlahan.

Lucu, namun dalam masa yang sama dia jadi kasihan. Dia pun satu hal juga, tak terfikir langsung nak tunjuk satu-persatu ruang di dalam rumah ini.

Sampai Dalili boleh tersalah anggap pintu bilik mandi itu merupakan pintu almari. Kebetulan pula warnanya hampir sama. Code sahaja yang berbeza. Dan kedua-dua pintu itu pun letaknya sebelah-menyebelah.

Kalau orang yang kali pertama melihat pasti akan menyangka bahawa almari pakaian mempunya empat pintu. Sedangkan hakikatnya cuma tiga sahaja.

Yalah, dia pun tak jangka hal macam ini boleh berlaku. Benda dah nak jadi. Dan Ummar sikit pun tak ada rasa marah. Bukan perkara yang disengajakan pun.

“Li… Lili nak minta maaf sebab dah terkotorkan lantai depan bilik tu.” Dalili bersuara selepas beberapa minit mendiamkan diri.

Kepalanya masih tunduk memandang tangan yang mengutil hujung baju. Masih menyalahkan diri sendiri atas apa yang dah berlaku tadi.

Boleh pula dia terbuang air kecil tanpa disedari. Ah! Buat malu sahaja.

“Tak apa, dah bersih pun.”

Akhirnya terlepas juga tawa yang ditahan. Makin lama makin kuat sampai bergegar bahu Ummar.

Dalili cantum kedua belah tangan. Kepala semakin tunduk. Rasa mahu sorok diri di mana-mana ruang tersembunyi. Kalau boleh nak lari dari menghadap muka lelaki itu.

Bagaimana nak berhadapan dengan lelaki itu di hari-hari yang akan datang? Sungguh, tebal mukanya berinci-inci.

Sorry. Tak berniat nak ketawakan awak.”

Dalili hanya membatukan diri sambil menggesel-geselkan jari ke baju. Statik di atas lantai, bersimpuh menghadap Ummar yang duduk atas kerusi. Segan nak pandang suaminya.

“Awak tahu tak yang awak sangat comel bila malu-malu macam ni.”

Ummar silang kaki. Tangan menongkat dagu. Matanya memandang tepat wajah gadis di depannya itu bersama senyuman kecil. Tak tahu kenapa hatinya rasa tercuit. Comel.

Dah susah nak jumpa gadis sepolos Dalili dalam zaman seperti sekarang ini. Atau dia yang tak pernah sedar kewujudan perempuan sebegitu.

Entahlah, yang pasti pada dia gadis seperti Dalili sangat misteri orangnya. Membuatkan dia mahu kenal lebih dalam mengenali gadis berkenaan.

Dalili kemam bibir. Pipi terasa membahang secara tiba-tiba. Malu dipuji, atau dia sebenarnya yang terlebih perasan?

“Kalau pasal hal tadi, jangan risau saya ni cepat lupa. Nanti sehari dua lenyaplah peristiwa tu dari ingatan.”

Ummar ketuk jari telunjuk ke pelipis kanannya. Terpaksa berbohong demi menyedapkan perasaan gadis itu dan mengelakkan Dalili bertambah rasa bersalah.

“Awak dah solat?”

“Be… Belum.”

“Pergilah solat.” Ummar kerling jam. Dah pukul 7.03 pagi. Masih sempat untuk Dalili tunaikan solat subuh.

Dalili hanya mampu mengangguk. Dia segera meminta diri, makin lama di situ makin tak duduk diam jantungnya. Lagi-lagi dengan rasa malu yang masih menebal.

Namun baru sahaja kaki mahu masuk ke bilik, namanya diseru oleh Ummar. Dalili pusing tubuhnya semula. Langkah Dalili sekali lagi mati. Dia menoleh ke belakang. Apa lagi agaknya yang Ummar mahukan?

“Ada pampers tak?”

Terkelip-kelip mata Dalili ketika diusul dengan pertanyaan sedemikian rupa. Nak buat apa pula dengan pampers? Ada anak kecil ke dalam rumah ni? Jangan kata Ummar itu duda pula.

“Bukan apa, takut awak terbuang air dalam kain lagi. Awak juga yang malu nanti.” Ummar sengih kecil. Sengaja mahu mengusik.

Dalili ketap bibir. Kalau tadi dia tak berani nak pandang muka Ummar, sekarang pula dia rasa macam nak potong leher dan campak kepala sendiri dalam sungai.

Berlari-lari anak dia masuk ke bilik meninggalkan Ummar yang dah melepaskan tawa panjang.

Ya Allah… Malunya!

Masuk sahaja ke dalam bilik dia terus menepuk-nepuk muka sendiri. Masih tak hilang rasa bersalahnya. Bukan sahaja rasa bersalah, malah dah nak meletup dada dia gara-gara kejadian tadi.

Bahang di muka tak tahu nak cerita. Baru sehari di rumah ini dah macam-macam hal yang berlaku.

Yang buat dia lagi malu bila Ummar sendiri yang bersihkan kesan air kencingnya tadi. Siap mandi sahaja dia tengok Ummar terbongkok-bongkok mengemop dan menyental pewangi.

Makin bertambah rasa malu dan serba-salahnya. Tak pasal-pasal pula Ummar kena cuci kekotoran yang dia buat. Mujurlah lelaki itu tak marah.

Kalau tidak mahu dia menanggung rasa bersalah seumur hidup. Entah bagaimana nak berdepan dengan lelaki itu esok-esok.

Tulus Aku Menikahi Dirimu [TERBIT]Where stories live. Discover now