I ; TWO ✍

3.4K 522 149
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

BAB 2

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

"Niaaaaa! Tunggu aku! Laju gila kau jalan !"

Nia memusingkan tubuhnya memandang Eunbi yang termengah-mengah mencari oksigen.

"Jadi tak petang ni pergi celebrate dekat KFC?"

Nia mengangguk. Gadis itu memang tidak suka bersuara. Hanya senyuman dan anggukan yang selalu dia berikan.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki di belakang Nia. Lelaki itu membetulkan gaya rambutnya dan menghembuskan nafasnya ditapak tangan, memastikan nafasnya tidak berbau.

Nia menoleh, berniat ingin meneruskan langkah kakinya namun dia sedikit meloncat ke belakang selepas melihat seorang lelaki melutut di hadapannya.

Matanya membulat melihat tatapan penuh cinta lelaki itu.

"Nia~ My Queen Nia ! A..Awak sa..sa..sa.. sangat cantik harini eh tak ! Awak sangat cantik hari-hari ! Senyuman awak mencerahkan hari s..saya ! S..Sudikah awak menerima s..saya di dalam hidup awak? "

Pelajar-pelajar lain yang sedang berkeliaran, mengerumuni budak lelaki dan Nia, cuba melihat drama yang sedang terjadi.

Nia tersenyum cerah. Matanya membentuk eyesmile yang sangat cantik dengan lesung pipit dalam di pipinya.

Matanya melihat nametag lelaki itu.

"Terima kasih, Kim Jongin ! Saya gembira dengar saya dapat mencerahkan hari awak tapi saya tak boleh terima awak.."

Bunga yang dipegang oleh Jongin jatuh ke lantai. Matanya memancarkan luka yang dalam. Dengan mata berair, dia menatap Nia yang dihuni rasa bersalah.

"Kenapa? Kenapa awak tak boleh terima saya?"

"Eh ! Memang lah sebab saya takut teman wanita awak marah.l

Mata Jongin membulat. Wajahnya pucat dan sekali-sekala dia menjeling keadaan sekeliling yang mulai riuh dengan bisikan.

"T..Teman wanita?"

Dahi Nia berkerut. Tangannya memainkan hujung rambutnya dengan wajah innocent.

"Yang cium dengan awak dekat belakang sekolah tu teman wanita awak kan?"

Jongin terus bangun dari acara melutut dia. Dengan wajah memerah kerana malu, Jongin berlari menjauh dari kerumunan orang itu.

Eunbi menahan tawa dan menepuk bahu rakannya.

"Err Eunbi? Aku salah cakap ke? Kenapa Jongin lari? "

Eunbi mengelengkan kepala. Dia tersenyum penuh kepuasan.

"Tak babe. Kau buat benda betul. Dahlah ! Jom kita pergi kantin. Kata lapar."

Dengan wajah keliru, Nia mengangguk dan membiarkan tangannya ditarik oleh Eunbi.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

Nia dan Eunbi tiba di sebuah barisan panjang.

Nia dan Eunbi teringin hendak makan nuggets ayam namun barisannya sangat panjang dan tanpa sedar Nia mengeluh.

Lelaki yang berada di hadapan Nia menoleh apabila mendengar keluhan Nia.

Dia membulatkan mata tak percaya dan dengan gugup dia mengaru belakang lehernya yang tidak gatal.

"N..Nia? A..Awak ke depanlah. S..Saya tahu awak lapar."

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now