I | S2 ; END シ

2K 261 212
                                    

Di pagi hari yang hening ,

" Ermm ~ Baby. Tangan Hoseokie basah dah ~ . Air liur meleleh eh ? "

Hoseok mengerutkan dahi bila tiada sahutan. Namun matanya masih enggan terbuka dan lebih memilih melanjutkan tidurnya , masih dengan tangan kanannya yang basah.

" Nia rasa , Nia terkencing lah , Hoseokie "

Perlahan mata Hoseok terbuka bila suara lirih Nia menusuk indera pendengarannya. Matanya menangkap kelibat isterinya yang sudah terduduk di atas katil.

Dia turut bangun , mengesat matanya yang masih kuyu. Sempat dia menjeling jam yang berada di atas meja di tepi katil.

Pukul 2 setengah pagi.

Dia menoleh ke arah Nia yang terdiam melihat ke arah gaun tidurnya yang basah di bahagian bawah.

Dia turut merenung gaun itu , meniru gelagat Nia.

Hoseok mengerutkan dahinya, merenung tangannya yang basah dengan suatu cairan yang tidak di kenal pasti.

" Hm ~ Kalau betul Nia terkencing , kenapa tak ada bau ? "

Dahi Nia turut berkerut. Hoseok yang hairan , cuba mengingat sesuatu.

Pesan dari Changwook.

Bulan ke sembilan , kalau tiba-tiba keluar cecair yang bukan air kencing atau sewaktu dengannya , maknanya ketuban Nia dah pecah dan Nia akan melahirkan anak.

Terbeliak mata Hoseok , hampir tersedak air liur sendiri.

" Hoseokie ? Makin banyaklah , dah macam kolam renang. "

Hoseok dengan cepat menoleh ke arah Nia , dia memeluk perut Nia , melekapkan telinganya ke permukaan perut bulat itu.

" KYAAAA ! BABY DAH NAK KELUAR ! "

Mata Nia terkebil-kebil bila Hoseok dengan pantas bangun dari katil dan mencapai sebuah beg yang penuh dengan persediaan yang telah mereka siapkan

Nia bangun dari duduknya , membuka almari dan menukar gaun tidurnya , menghiraukan Hoseok yang berlari ke hulu ke hilir dengan beg besar di sangkutkan ke leher , tangan yang penuh dengan dokumen .

Namja itu hampir tersadung kaki katil , ketika ingin mencari kunci kereta.

" Kunci kereta dalam poket seluar jeans yang Hobie pakai semalam , "

Nia berkata dengan tenang , mulai mengemas katil mereka.

Hoseok terus meluru ke arah seluar jeans yang tergantung di belakang pintu dan mengambil kunci dari dalam poket seluar itu.

Selesai mengemas katil , Nia berjalan keluar dari bilik , menuju ke dapur. Yeoja itu mengambil beberapa bungkus cadbury.

Baru saja dia mahu menyuap kepingan coklat itu ke dalam mulutnya , Hoseok muncul dengan jeritan khas dia dan mengendong tubuh Nia , bridal style .

" SABAR NIA SABAR ! HOBIE TAHU NIA TERSEKSA , TAPI INI DEMI ANAK KITA ! "

" YAK JUNG HOSEOK ! DAH KENAPA MACAM HOSEOKIE PULA YANG NAK BERSALIN NI ? ! "

INSINCERITY [S1&2]  | 정호석Where stories live. Discover now