Chapter 01

2.7K 98 7
                                    


Di pagi hari yang indah. Matahari telah mula naik menyinari seluruh bandar Cyberaya. Kelihatan orang2 di bandar tersebut telah menjalani rutin harian mereka iaitu bekerja dan sebagainya.

Akan tetapi tidak pula di rumah Puan Aliyah. Sesusuk tubuh yang terbaring di katil single saiz sedang nyenyak tidur tanpa menghiraukan suara yang memanggilnya dari luar bilik.

"Ali! Bangun!" suara Puan Aliyah mula meninggi setelah beberapa kali memanggil anak terunanya yang masih enak dibuai mimpi. Sekali lagi Puan Aliyah memanggil nama anaknya berserta ketukan yang agak kuat di pintu.

"Hmmm..." jawap lelaki tersebut. Masih mamai leh tu.

"Ali bangun cepat! Kamu dah lambat nak gi kampus kan?"

Diam seketika dalam bilik tersebut.

"Kampus?"

Bisik lelaki itu. Dia perlahan lahan membuka matanya sambil melihat jam yang berada di mejanya. Jarum pendek tepat menunjuk nombor sembilan. Terbuka luas mata lelaki tersebut.

"WHAT?!!"

Dengan segera dia bangun mengambil tuala yang sengaja disangkut di belakang pintu. Lalu masuk ke dalam bilik mandi. Puan Ali hanya menggeleng kepala setelah mendengar jeritan anaknya itu dan pergi ke dapur.

10 minit kemudian.

"Mak~" panggil Ali setelah bersiap untuk gerak pergi ke kampus. Puan Aliyah segera memandang Ali yang menuju ke dapur.

"Ali buat apa sampai boleh lewat bangun ni, huh?"

"Alah, ali belajar lah mak." Puan Aliyah memandang Ali dengan wajah yang kurang percaya.

"Belajar ke atau ka—.." Ali pantas memotong ayat Puan Aliyah sebelum dihabiskan.

"Mak mak, Ali dah lambat ni. Ali gerak dulu k?" Ali menghulurkan tangan. Puan Aliyah hanya tersenyum dan menyambut tangan Ali. Ali mencium tangan ibunya sambil menghadiahkan senyuman manis. Puan Aliyah membalas senyuman tersebut.

Sebelum Ali meneruskan niatnya untuk gerak ke kampus dia memandang sekeliling.

"Mak ayah mana?"

"Dia dah gerak gi kerja. Awal lagi, kenapa?"

Ali menggeleng. Nasiblah ayahnya sudah pergi kerja. Kalau tak habislah kena membebel dengan ayahnya disebabkan dia bangun lambat.

"Takde apa2, okay mak. Gerak dulu, as'salammualaikum~"

"Wa'alaikumsalam"

Ali mula menghidupkan enjin lalu memanaskannya sekejap. Sesudah itu, dia terus memecut laju untuk segera sampai ke kampus.

Hey guys?

So, meh aku perkenalkan diri aku. Aku Ali bin Ghazali, 19 tahun. Sorang pelajar kat Universiti CyberScience dan yang penting korang perlu tau,

Aku kacak ~

Ha ha ha ha

Ok.

About my family.

Mak aku, Aliyah binti Yahya. Bekerja sebagai akauntan kat bank Cyberaya. Ayah aku pula, Ghazali bin Omar. Bekerja sebagai guru kat Smk SRT.

Oh ya, aku anak tunggal.

Satu satunya anak lelaki dalam keluarga tu.

Hmm, rasanya itu je kot. Baiklah, aku cau dulu. Sebab aku dah lambat sangat doh!

Bye!

# hey dont forget to vote and comment <3 lav u alls !!

Crazy In Love | RuLiWhere stories live. Discover now