Chapter 04

1.5K 77 0
                                    


"Baiklah kelas kita tamat disini. Untuk tugasan assignment yang saya beri pada kamu. Sila siapkan dalam masa 2 minggu. Faham?" semua pelajar mengangguk tanda faham. En. Bidin segera keluar dari kelas.

Viktor segera mengemas barang2nya kerana dia tahu Ali sedang menunggunya di luar kelas selepas loceng berbunyi.

Ali berdiri di tepi dinding sementara menunggu Viktor yang masih berada dalam kelas. Sambil itu dia memerhatikan pelajar2 yang keluar dari kelas Viktor. Satu suara menyapa Ali dari belakang.

"Ali?"

Ali menoleh ke belakang.

"Eh, Moon. Iman" Moon dan Iman tersenyum ke arah Ali. Ali membalas kembali senyuman mereka. Ala macam biasa kan?

"Weyh kau gi mana lepas En. Leon halau kau dari kelas?" Moon bertanya.

"Takde, aku kat library je."

"Lain kali awak janganlah lambat datang kampus. Kesian awak kena halau." kata Iman dengan suara simpatinya. Ali hanya mengangguk tanda ya.

"Muka En. Leon waktu mengajar pun menakutkan, macam nak makan orang jer. Aku pun tak berani nak buka mulut waktu kelas tadi." Ali sekali lagi mengangguk. Well, dia tahu En. Leon hilang mood nak mengajar pagi tu disebabkan dia. Ah lantak lah!

"Korang nak gi mana?" segera Ali menukar topik perbualan.

"Oh, nak gi Cafe ni. Kau pun pergi kan? Dengan boifren ke?"

"Moon.." Iman mencuit bahu Moon perlahan. Moon tersengih, Iman hanya menggelengkan kepalanya.

"Eh boifren pula, aku laki lah. Mana ada boifren." Ali mengaru belakang kepala yang tak gatal. Tau lah rupa dia macam perempuan. Badan pun dah lah kurus macam badan perempuan, kulit putih. Muka pun macam perempuan. Wei ikut rupa mak okay?

"Hehe, gurau jer. Alah, mana lah tau, muka kau kan comel macam ppuan. Laki yang pandang pun boleh jatuh hati, kan Iman?" Moon memeluk tangan Iman. Iman memandang Ali sekilas lalu memandang Moon semula dan mengangguk sambil tersenyum.

Ah budak2 fujo ni.

"Hah kan! Iman pun fikir macam tu" Moon tersenyum besar.

"Sorry sikit, aku ni kacak okay?" Ali peluk tubuh sambil pandang arah mereka mendatar.

"Ceh.........." Moon menaikan mata hitamnya ke atas.

"Apa yang korang sembang ni??" Ali menoleh ke sebelah. Viktor berdiri sambil memandang Ali sekejap lalu memandang Iman dan Moon. Ali segera menggeleng.

"Takde pun." jawab Ali.

"Boifren dia dah maii.." bisik Moon pada Iman. Namun masih dapat di dengari oleh Ali dan Viktor. Viktor memandang Moon dengan wajah terkejut. Lagilah Ali, memerah muka macam tomato masak.

"Boifren?"

"E-ehh V-vik vik, jangan layan dia ni. Dia tak betul. Kitorang sembang kosong je tadi." Viktor mengangguk. Ali menghembus nafas lega. Moon dan Iman tersenyum2 melihat muka Ali yang merah. Comel

"Viktor, Cafe jom."

"Jom lah, aku rasa lapar dah ni. Moon, Iman korang nak join?" ajak Viktor. Mereka mengangguk. Ali segera menoleh ke arah Moon dengan pandangan maut. Moon tersenyum sinis. Ali membuat muka huduh nya 😂 dan terus pergi ke Cafe bersama Viktor. Mereka berdua hanya ketawa dari belakang. Seronok mengenakan Ali.

Waktu rehat telah tamat dan mereka pun mulakan kelas seperti biasa. Ali sudah masuk ke kelas kerana bukan kelas En. Leon. Usai saja kelas, segelintir pelajar yang mengambil kelas pagi keluar dari kelas dan pulang. Begitu juga dengan Viktor, Ali, Iman dan Moon.

# hey guys don't forget to vote and comment <3 lav u alls

Crazy In Love | RuLiWhere stories live. Discover now